Saturday, May 25, 2013

“8 Pintu Murah Rezeki”

Tadi semasa aku berjalan-jalan kat muka buku then aku jumpa sesuatu yang berguna yang aku rasakan ok dan sangat cun untuk dikongsi bersam sesape pembaca blog aku ni.Tengok tajuk dah tau kan,so disini dikongsikan 

“8 Pintu Murah Rezeki”
1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.  
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara. 
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”  
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.  
5. Jangan tidur selepas solat subuh.  
6. Selalu baca surah Al-Waqiah pd setiap hari.  
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.  
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.

Dan selamat beramal

:) 

Thursday, May 16, 2013

DEserved

Ok kenapa aku cakap deserved????why?why?and why?sebab dah benda tu memang deserved untuk benda yang lain jugak or erti kata lain secocok gitu.Sebenarnya aku nak menceritakan tentang sesuatu yang bertajuk deserved atau dalam bahasa melayu bermaksud berhak!!!!Berhak bermaksud dia mempunyai hak dan mempunya lebih peluang terhadap apa yang dihak kan nya itu or whateve.Bunyi macam sengal sikit sebab aku yang menaip ni pun terasa euwwww...pehal!!!!

Begini-begini, nak dijadikan ceritanya. Aku telah mereview beberapa teman yang macam- macam jenis peel dan perangai masing-masing. Nama pun manusiakan mana nak sama antara satu sama lain, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Jadi nak dijadikan cerita terjumpa seorang teman ni,memang bagus dan sangat bagus orangnya. Sangat menjaga auratnya,tutur kata dan segala-galanya la yang aku nampak.Dan yang bestnya pasangan dia pun begitu,baik jer orangnya.Tapi disebabkan kapel-kapel ni mana boleh jadi pasangan ni tak pernah pun declare.Mereka saling bersederhana antara satu sama lain.Tu kalau didepan mata aku la,kalau belakang tu lain cerita la.Jadi nak dipendekkan cerita masig-masing nekad untuk mencari duit bagi membina rumah tangga terus.Bagus sungguh, aku hormat mereka ni sebab mampu menepis godaan syaitan untuk berkasih-kasihan semasa masih lagi tiada ikatan yang sah.Moga-moga mampu menjadi pengajaran pada orang lain.

Berbalik kepada tajuk entry,deserved!!!mana boleh jalan cerita lari dari tajuk entry kan.So melalui cerita pendek yang aku story mory kat atas tu.Sudah terang lagi bersuluh!!! PEREMPUAN BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK.She as a good woman deserved to get a good man kan.Jadi tetiba reflect kat diri sendiri,aku macam mana pulak yea.Lu pikir sendiri la,tak payah tanya orang lain.Lu jaga badan lu,otak lu,kepala lu,pemikiran lu so tak kan lu tak boleh jawab soalan sesimple tu???Ayooo....kalau lu stail yang layan semua orang special so lu punya patner will reflect exactly what u be.Haha...merenung jauh sambil tersenyum sinis...Bila teringat kalau dia ada buat macam tu memang panas,tapi sendiri punya buat mau tak ingat ker???

Opsss...sudah terkena kat diri sendiri la plak. Mau berfikir sejenak,lu perangai stail kaki layan,layan jea semua stok-stok yang ada.Stok  bintang-bintang ker,stok pasar malam ker semua lu rembat asal lu tak boring tapi agak-agak lu lupa kot yang  lu tak kan terlepas dari hukum karma.Nanti yang lu dapat buat laki/bini pun jenis kaki layan jugak la jawabnya.Tetiba teringat kat burger ayam chessssseeee yang baru beli tadi.Ingat nak buat sahur untuk puasa esok hari,berundur dulu la yea.Moga-moga kita semua termasuk aku sekali selalu la rajin tengokdan berfikir mengenai diri sendir dulu sebelum  rajin nak tengok orang lain tu.

Sekian dulu 



Saturday, May 11, 2013

STATUS grrrr....

Hi kepada semua pembaca blog aku yang sudi membaca cerita-cerita yang aku tulis kat dalam ni.Sebenarnya malam ni tak ada nak merapu sangat pun just nak sharing sesuatu ngan korang disamping pasai aku ja,tu pun lau kamu-kamu diluar sana rajin dan prihatin nak baca entry aku sampai habis ni,hehe.Jikalau tak berminat oke sila pangkah kecil tab tersebut.Alkisahnya macam ni,hampir setengah bulan hubungan aku dengan incik bilink tergantung tak bertali maka hari ni tepat pukul 2.30 pm lebih-lebih macam tu aku tersedar dari tidur sebab ada col masuk,disebabkan ringtone incik sama dengan ringtone incik ayah aku maka dengan serta merta mata menjadi segar bugar.Kerana takut dimarag oleh ayah sebab dah pukul berapa ni still tak bangun tido lagi.Ok,saya ketiduran lewat pagi tadi yea,lagi pun tak perlu nak bangun sarapan or lunch sebab aku puasa ganti hari ni oke.Aku membelek laju ja telepon,tapi tetiba eku nampak incik ----- col maka dengan serta merta darah membuak-buak,pehal plak mamat ni col aku tengah hari macam ni.Disebabkan aku tak suka nak bercakap dengan orang bila bangun tido kecuali kedua maa abah aku sahaja disebabkan aku hormat gila dengan mereka berdua oke,orang laen sori,lain hari pun sori.Maka nak pekak telinga jugak la aku dengar lagu astrid-mendua ni bermain-main kat telinga ni.Nak bangun mandi rasa ngantuk lagi,maka aku silentkan tepon aku then terus nyenyak dibuai mimpi.


Kemudian disebelah petang baru aku teringat balik hal yang tengah hari tadi,maka aku text dia

Me:Ya
Dia:Kita ni pe cer
Me:cer pe plak?
Dia:Hal ni la,senyap jer ni
Me:Larh,still kata putus macam dulu,priority for now family and career shja.Nak tunggu oke bleh tunggu tapi jangan ingat paksa plak.
Dia:Ok,incik b nak tggu.still pd janji yang dlu jugak
Me:Ok/K

Aishhh...sampai sekarang entah ler kata putus macam mana plak.Samada kami terus bersama or tidak kami sendiri tak tahu hala tuju masing-masing lagi.Walaupun harapan dalam hati masing-masing agar each other can keep promise but for not so sure we can still keep that promise until it be broken by someone or both of us.Hurm ...aku harap-harap sangat la iman dia teguh kalau memang betul la jodoh kami bersama.Dan aku sangat mengharap jugak la agar aku dapat kunci pintu hati aku ni daripada orang lain duduk bersarang, selagi dia belum bersedia nak jumpa kedua orang tua aku..Amin...so untuk sekarang belagak solo jea lar kalau orang tanya walaupun dalam hati tesimpan satu janji yang kedua-duanya berserah pada jodoh.Walaupun cara dan  love story kami ni  pelik sikit tapi lebih bagus untuk kami  bersedia memikul tanggungjawab yang lebih halal.Sebab aku sayang dia la dan sebab aku sayang hubungan kami berdua aku nak dia betul-betul bersedia terima aku bukan sebab nak bercinta or nak berkasih sayang tapi sebab aku nak dia nak bimbing aku bersama-sama dia menuju kesyurga nanti...amin

Disini aku bagi korang baca lirik lagu ni berserta lagu skali:


Berulang kali kau menyakiti
Berulang kali kau khianati
Sakit ini coba pahami
Ku punya hati bukan tuk disakiti
* ku akui sungguh beratnya
Meninggalkanmu yang dulu pernah ada
Namun harus aku lakukan
Karena ku tahu ini yang terbaik
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
Repeat *
Reff:
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
Cintaku lebih besar darinya
Mestinya kau sadar itu
Bukan dia, bukan dia, tapi aku
Begitu burukkah ini
Hingga ku harus mengalah
Ku harus pergi meninggalkan kamu
Yang telah hancurkan aku
Sakitnya, sakitnya, oh sakitnya
(cintaku) cintaku
(lebih besar dari benciku) lebih besar dari benciku
Cukup aku yang rasakan
(jangan dia) jangan dia
(jangan dia) jangan dia cukup aku
(jangan dia jangan dia) cukup aku
(jangan dia)

Saturday, May 4, 2013

X salah pun

Sudah dua hari aku menggila dengan projek akhir aku,almaklum la benda ni tarik 6 jam kredit untuk final aku tahun ni.Nak tak nak kalau aku nak result gempak sem ni memang kena pulun betul-betul la pada paper yang ambik lebih-lebih lagi pada subject yang banyak jam kredit macam ni.Sesudahnya aku kena submit technical report dekat turnitin before pukul 5 pada hari jumaat 3/5/13.Before that day aku pergi merayap kat kedai sambil beli barang dapur yang mak aku pesan.Bila dah merayap tu aku singgah dirumah kakak aku sampai petang.Jadi tergendala la semua kerja aku tang sememangnya dah tertunggak.Tapi sebelum tu aku da tau dah,"kau nak bawa balik kerja ni semua balik kampung,memang tidak la siapnya,dah la semua geng balik mengundi tahun ni lagi la kerja merayap tak tentu masa".Jadi nak dipendekkan cerita,aku tak sempat nak submit pun technical report petang tu,tapi malam sebelum tu memang aku pulun habis-habis wooo,seingat aku tidur pukul 3 pagi sebab nak siapkan simulation.Bukan setakat tu sahaja malah aku kena kerahkan salur-salur saraf kat otak ni untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah simulation,jemmmmm sungguh aku rasa dengan mata mengantuk,besok dah ada plan nak kuar lagi.Nak tak nak aku tutup laptop aku tidur,semasa dalam proses nak tidur aku harap sangat la kawan-kawan aku yang lain tak sempat nak hantar jugak.hehehe...baru ada geng nak buat jahat.Jadi pesanan aku untuk story kat atas tu ialah korang kalau ada kerja homework tu ke,asignment ke,kerja khusus ke,atau apa-apa kerja ke make sure korang manage masa korang dengan betul sebab nanti jadi macam aku,serabut betul rasanya.

Apa yang aku nak share untuk entry kali ni bukan pasal kerja aku yang tak siap kat atas tu but this story yang aku rasa bagus untuk dishare kepada anyone,ceritanya begini...

Hari ni,salah sorang kawan talaqqiku kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*...

kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul-betul menyentuh hati kami semua....

syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh...pada pandangan saya,dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh...dalam 3 tahun lagi...

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang?kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia,dia sukakan kamu,bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar-benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan pinang dia secara suci?bukankah cara itu lebih suci?wanita umpama air mutlak,mereka suci,tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab,apatah lagi ber couple,wanita itu umpama air musta'mal..ia tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci seperti basuh pinggan,basuh najis,basuh bontot dan sebagainya...apa kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?sesungguhnya wanita ini akalnya pendek, nafsu mereka didepankan atas segalanya,kalau lelaki datang ucapkan kata-kata palsu,mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran... sedangkan lelaki memang perangai mereka hanya main-main kecuali mereka benar-benar bersedia untuk nikah,tapi sekiranya mereka belum sedia,contohnya mereka masih belajar dan sebagainya,jelas permainan mereka dengan wanita itu hanya tipu daya,tapi tipu daya semudah itu pun dapat menipu para wanita hingga membawa mereka ke ranjang perzinaan.. itu tandanya akal mereka sangat pendek...nabi utuskan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan perosak mereka....bagi kamu,couple,chatting,cakap dalam phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina....dekati zina pun tak boleh,makna kata kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram kerana perintah ini....jadi janganlah pandang remeh perkara zina ini...sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.....apa berbaloi kau bahagia sementara dengan teman wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?

note: kepada lelaki bapuk di luar sana yang gemar permainkan wanita...ketahuilah bahawa kalian adalah MUSUH ALLAH DAN MUSUH RASULULLAH ! ! ! kalian permainkan para wanita yang akalnya pendek,tidak dapat bezakan baik dan buruk...memang para wanita walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi....fb,phone,twitter,internet ni semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan...wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu(tak mau orang lihat wajah merek) pun pamerkan gambar mereka walaupun berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram,mereka tanpa segan silu bergurau senda,tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya...sekarang akal mereka tidak dapat jaga diri mereka,bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka..jadi siapa yang bertanggungjawab menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan LELAKI???

lelaki yang couple2 dan yang bersayang2 dengan bukan mahram atas nama "tunang" tu..tolong lah....korang ada akal kuat..korang tak bodoh....korang nak memusuhi allah dan rasul,itu hak korang...tapi korang kena sedar,nanti korang pun akan ada anak perempuan,korang suke ke jantan tah mana-mana berhubung,bermanja,bersayang secara haram dengan anak perempuan korang?kalau korang redha...nampak sangat korang dayus dan lelaki dayus nabi khabarkan mereka DIHARAMKAN SYURGA KEPADANYA WALAUPUN BAUNYA.....

Ok tu jea setakat ni,bagi aku kalau korang jahat sangat sampai macam mana pun tapi kalau dah pasang niat untuk jadi jadi X salah pun.But make sure korang buat la yea...