Friday, December 23, 2011

Antara 10 Tabiat Rosakkan Otak :

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sunday, December 18, 2011

Lulus

Walaupun: 
Kita LULUS UPSR
Kita LULUS PMR
Kita LULUS SPM
Kita LULUS STPM
Kita LULUS STAM

Tapi adakah SPM yang satu lagi kita akan LULUS?
Hanya ALLAH yang tahu...

Nak tahu apa lagi satu SPM tu?

♥ Soalan Padang Mahsyar ♥

Saya Bukan Milik Sesiapa...

Si Jejaka:Hi awak, boleh berkenalan, da lama saya perhatikan awak.
Si gadis:Assalamualaikum…sape ni?

Si Jejaka:waalaikumussalam..saya *hamba ALLAH*.Terus terang saya rasa tertarik hati ngan awak ,Tapi sebelum tu boleh saya tau awak sudah berpunya ke belum?
Si gadis :Selagi belum bernikah saya bukan kepunyaan sapa2.ish3…

Si Jejaka: Boleh tak kte berkawan?
Si gadis:mintak maaf, saya takut persahabatan yang dibina bertukar kepada rasa cinta.Saya harap awak faham.

Si Jejaka: baguslah kalau begitu, tak salah kan.
Si gadis:itu salah.. cinta sebelum nikah adalah HARAM.

Si jejaka :0oo ok..so macam mana saya nak dekati awak?
Si gadis:dekati abah dan mama saya.kalau mereka setuju terus masuk meminang, kan senang.

Si jejaka: err….macam tu ke..kenapa kena melalu family awak dulu?
Si gadis:sebab saya tak nak terjatuh cinta ngan awak sebelum nikah.Saya tak nak mulakan zina hati.

Si jejaka:saya faham,kalau saya tak mampu lagi nak meminang awak?
Si gadis :simpanlah cinta dan rindu itu di dalam hati, sehingga ALLAH bagi kemudahan pada awak.Mencintai tidak semestinya memiliki.Redha akan takdir yang ditentukan ALLAH.
Si jejaka :ok saya faham.

Si gadis:trima kasih, saya ada hal ni..assalamualaikum
Si jejaka:waalaikumussalam.

Saturday, December 17, 2011

Jodoh

Tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...

Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...

Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya ...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia....

Wednesday, December 14, 2011

Berkira La Lagi

Haishhh...dengan pelajaran pom nak berkira ke?.Bila beli jeans,kasut,baju,beg,jam sume nak mahal-mahal.Tak berkira, tapi bila masuk bab untuk study mesti kena berkira.
Pada pendapat aku,sebabnyer liat nak beli bendalah macam buku ke?barang-barang untuk lab project ke?cam board ke?7 segment ke?perintang ke?LED ke?wayar ke?testpen ke?usb cabel ke?addapter ke?satu jea sebab iaitu sebab tak minat.Tak tau nak korek minat kat mana lagi.Bila sebut pasal nk beli bendalah macam ni mesti kena pikir banyak-banyak kali.Then tanya harga,pastu pikir balik sem depan pakai lagi tak benda ni.Pastu pikir lagi,laau tak pakai nak jual kat junior plak la.Dapat balik duit melabur.


Tapi bila sampai bab baju,bila ada duit lebih jea.X penah nak tanya harga dulu sebelum pegang tu.Bila da naik kat mata turun ke hati,hati cakap ok beli.Kite pom p gesel-gesel tangan rasa jenis kain tu.Ok mulut otomatik cakap.Saya nak beli baju ni brape rm???Hurm ok.xleh kurang ke??Hurm x leh yea???Hurm x pela.Saya amik jugak.Bye....


1  7segment rm 1.50
2 means rm 3
ok + ngan 
perintang 11 biji
= 11 * 0.30 = rm3.30
total cos = rm 3+rm 3.30 =rm 6.30


Kalau nak dibandingkan dengan jeans,baju,beg,kasut sume bagai tu.Nilai ni seciput ja kot dengan sekali makan snack plate kat KFC... 

Saturday, December 10, 2011

Sebab Bulan

Awak
Nape cepat sangat
Kite baru jea nga belek2 blog kwn
Cari gambar gerhana bulan td
Sebab kite nak bagi awak tgok
Cepat nyer awak da off chat
Kite kena belek satu2 senarai blog yg kite follow
Sebab tu lama sikit
Tp tup
Awak da off
Kite sedih tau
Kite tahu awak tak dapat tengok gehana bulan tadi
Sebab awak cakap tempat awak mendung
Kite tak ada kamera canggih2 nak tgkap gambar
Nak bagi awak tengok
Kite nak awak entgok
Kalau boleh nak ja kite ngan awak tengok bulan tu td sama-sama
Sweet sangat
Kite da cepat dah wak
Tapi  tenet tu yg slow
Sampai kite klik banyak-banyak kali
Benda tu duk pusing-pusing lagi
Bukan salah kite yea wak
Kite tinggal awak 5 mnit jea
Tapi kite da tinggalkan link tu kat mesage awak
Harap awak klik yea
klik sini tau wak..."klik"

 Tulisan kite kali ni sengaja kite wat merah
Sebab kite da geram ngan awak
Ase nk wat daging salai ja..
Hee

Kalau Kau Nak Kedekut

Puisi untuk Si Kedekut




Kalau kau nak kedekut,
Kau kedekut la sorang-sorang.
Tak ada sapa nak berebut ngan kau
Kalau kau nak sangat benda tu kau amik sorang sorang-sorang
Sebab tak ada sapa nak berebut ngan ko
Tapi ko lupa satu perkara.
Kalau rezeki tu dah tak ada kat ko
Ko masih boleh dapat ke??
Kalau nak masuk
Masuk la sorang-sorang
Sebab tak ada orang nak berebut masuk ngan ko
Tapi ko lupa
Rakyat Malaysia ni bukan ko sorang
Kalau kau nak simpan
Simpan la sorang-sorang
Tapi nasihat ak kat ko 
Ko jangan la teruskan dengan perangai kedekut ko ni
Bukan sebab hape???
Takut ko ilang banyak kawan
Kedekut bukan setakat ilmu jea aku nak cakap
Tapi kedekut peluang yang bagus untuk semua orang
Yang mana kawan-kawan ko tak tahu
Aku tahu ko nak rembat benda tu sorang-sorang
Dan bila kawan-kawan da tahu,ko buat-buat dah tahu
Or ko buat-buat cakap dulu ko da bagitahu pasal hal ni
Tapi hakikatnya ko kedekut.
Duit tu bukan duit ko
Cuma ko takut sebenarnya
Takut ko kalah bila kawan ko dapat lebih dari ko
Sebab aku tahu ko jenis macam mana
Jenis kedekut nak MAMPUS
Apa punyer perangai la ko ni
Nantikami buat camtu kat ko
Baru ko sedar
Merepek-repek cakap kami tak bagitau
Ingat makan ingat simpan la kawan
Dulu-dulu time kami susah ada ko tolong
Tak dek kan???
Bila ko susah 
Pandai pulak ko hangin satu badan
Tapi tak pe la,bukan sekejap kite kawan beb
Lama dowh...
Status dan ayat ko pom aku boleh hafal la
Untuk yang ada perangai ni
Beringat ingat la yea
Sebab kami da tahu perangai ko
Kedekut tak mahu bagitau
Benda yang baik pom berkira sangat ke??
Ape punyer kedekut la ko
Ke dulu-dulu ada keturunan haji bahkil jugak ni...




P/s:kepada kawan-kawan yang mempunyai maklumat yang boleh dishare bersama kawan.Cthnya:peluang nak cepat kaya(tapi bukan skim cepat kaya) tlg la share ngan kawan ampa yang tak tahu tu.Cukup tak paham dengan makhluk yang makan sorang-sorang.Tamak macam dia sorang yang hidup dalam dunia ni...

Titi tinggi...

Jom naek titi.Semalam aku berjalan bersama  Cik Wani  sekitar Seberang Ramai.Pasti ramai yang tidak mengenalinya kan???hahha...tetapi tempat yang kami nak tuju bukanlah disitu sebenarnya.Cuma jalan menuju ke Kampung Nelayan tu mesti melalui Seberang Ramai Kuala Perlis.Kami p dengan menggunakan dua belah kaki yang diberikan secara percuma.Masa perjalanan memakan lebih kurang 45 minit.Jauh tuh....


Jalan punyer jalan kami bertanya dengan orang kampung ni jalan nak p jambatan kat kampung nelayan.Mak cik tu pun dengan baik hati menyuruh sorang budak baik ni tolong tunjukkan kami tempat titi tinggi tu.Setelah melaui jalan yang bengkang-bengkok memang aku berani jamin la tak dapat keluar balik dah pasni. Masuk punyer masuk akhirnya sampai la jugak...


Inilah yang aku dapat semalam....Jom layan..













Nampak macam gambar-gambar lama kan???dengan keadaan titi yang berkarat.Ditambah pula dengan suasana hening petang-petang...Macam ni la kalau nak tahu keadaan kampung nelayan yang sebenarnya.Bila berada diatas tu kita boleh nampak dari arah belakang dan depan sekitar kuala perlis..Rupa-rupanya jauh jugak la berjalan ni.Patut la kaki ada lenguh-lenguh...Ini bukan gambar taun 60 -an tau .Ni gambar kampung nelayan kuala perlis taun 9/12/2011 pada pukul 6.30 p.m.


Tak payah nak tanya macam mana kami nak patah balik.Memang jenuh tanya orang jugak la.Nasib la ada adik gurl yang sudi bagitau kat kami jalan nak pulang..

apa?rantai burung hantu tak boleh pakai????

Assalamualaikum semua...




Terkejut kan dengan tajuk entry aku kat atast tu...yeap betul.sebenarnya aku baru jea baca entry pasal rantai yang lambang burung hantu ni tak boleh pakai.Mungkun ramai yang tidak tahu sebenarnya..termasuk aku sendiri.Ini merupaka info yang berguna kepada kita.Nasib la aku hanya memasang niat untuk membeli nya secara online.Nampak menarik jika digandingkan dengan selendang.Namun ada sesuatu disebalik rantai tersebut.nak tahu lebih lanjut disini ada ceritanya..


Jom kite terjah "sini" .


Share2 kan sesama kiter..

Friday, December 9, 2011

Internet

Aku hanya boleh study lepas pukul 2 a.m.Sebab lepas itu ja aku boleh fokus.Bukak sebab hape,cuma time ni la line tenet kawasan kolej kediaman merangkap seluruh seisi kolej kediaman sekitar perlis akan dipotong.Sebelum pukul 2 a.m budak-budak ni memang akan pulun study,tapi study  internet. Termasuklah aku yang sememangnya kaki internet neyh.Then akan disambung balik pada pukul 4 a.m.Tak lebih tak kurang sebab aku selalu mengkaji time dia onkan balik line tu.


Ni la hakikat selama tempoh belajar kat sini.selama pat taun.Lain la kalau aku kaya sikit mampu beli beruk band.Mak ada utarakan untuk beli beruk band sebab aku duk pulun downlod lagu dari beruk band kakak aku punyer.Tapi untuk kebaikan aku kakak aku cakap tak payah ...macam ni perbualannya..

Aku : ma tengok ni,adik donlod lagu nasyid-nasyid yang best
Ma: adik nak gak ke?
Aku :sengih kambing hehe...
Kakak: tak payah
Ma: kite beli la dia satu,senang nak study
Aku :diam dengan biji mata besar-besar, mata kedip-kedip banyak kali
Kakak: tak yah la ma,nati dia duk kijo donlod lagu cerita jah.Bukan study sangat pom,nati tak abis-abis fb 24 jam sari selama tiap-tiap hari..
Ma: diam..sambil tengok aku
Aku:lagi diam sambil wat bodo duk dunlod video clip
Ma : Ok.tak payah beli
Aku: Alhamdulillah...selamat masa depan aku...

sewel

Aku boleh jadi sewel camni.Tadi da post satu entry,ni nak post lagi.Nak cakap ngan orang tak boleh.Nak nyanyi sorang-sorang sore tak sedap pulak.Hurm...keje melalak tak tentu pasal .Jadik sesape yang lalu sebelah bilik aku tu buat-buat tak dengar la yea.Sebab inilah salah satu cara aku untuk berada dalam kondisi manusia lagi.Bukan macam member aku sorang tu.Masuk ja ari cuti dia boleh duk umah dalam bilik.kuar bila nak beli makan ja.


Aku nak cakap ngan sapa?
Ngan bantal golek?
Aku nak sembang ngan sapa?
Ngan katil,tuala ni sume..?
Aishhh...nanti tak pasal-pasal aku kena pkai baju
Baju wad mental...
Nanti x pasal-pasal esok kuar paper..
"Seorang pelajar dari Universiti engineering didapati mengalami masalah mental"
HEHE...


Hurm
Boring-boring tengok buku.
Boring lagi tengok fb,
Boring lagi tengok lab,
Boring lagi salin note.
Boring lagi layan movie.
Boring lagi chat ngan kawan.
Boring lagi tulis entry kat blog.
Boring lagi aku tdo.... 


Sedey kan hidup aku.Da la tak de pakwe..tapi tak pe.petang ni nak g jalan-jalan ngan kawan...huyee

Thursday, December 8, 2011

keseorangan

Assalamualaikum semua....diharap berbahagia hendaknya di hari jumaat yang penuh rahmat....
Hari ni tak ada nak cerita panjang,cuma nak bagitau aku kena tinggal oleh housemate-housemate serta rumate ku sekalian....disebabkan kelas minggu ni banyak yang tak ada,jadi mereka-mereka semua decide untuk balik kampung masing-masing.Dan tinggal lah kami berdua setia menjaga rumah ini....


Dan nak dijadikan cerita.housemate  tu yang  seorang lagi ni decide untuk balik kampung kerana ada "bekwoh"..jadi tinggal la aku sorang-sorang diumah ni...huhu...sedey jugak la biar mengenangkan kite duk jauh dari family ni..bukan setaun dua tapi daan nak masuk pat taun aku berpisah dengan family tersayang (berpisah bukan bermaksud tak pernah jumpa tapi jarang-jarang jumpa)..


Tapi tak apa la,mungkin ini pengorbanan yang perlu dibayar untuk berjaya...kalau nak dipikir-pikirkan balik..kawan aku yang study kat mesir kat us u lagi la kesian sebab lagi jarang nak balik umah...kira aku ni bernasib baik la jugak sebab hanya mampu sambung study kat dalam negara.Boleh balik jenguk maa abah kat kampung bila cuti sem...



10 perkara tolong la paham

Assalamualaikum kepada pembaca....
aku baru ja update entry..ni update lagi..sebab aku ada sesuatu yang mahu dikongsi bersama.tentang bulan....
apa pendapat korang akan buat kalau korang tak tertarik untuk berchating dengan seseorang tapi terpaksa gak layan??/hurm mesti berasa semak jea...
Disini dibawah ni,aku akan senaraikan beberapa sikap yang apabila kita teman chat kite tu tak nak chat dah dengan kita...dan tolong la paham bila condition ni berlaku..dan tolong la faham untuk berhenti mengganggu beliau..sekian terima kasih...

1)bila dia x tegur ko dulu ko jangan nak tegur dia
2)bila ko da tegur dia dulu dia wat-wat x layan kat ko
3)bila ko da tegur dia dulu dia lambat-lambat balas chat ko
4)bila ko da tegur dia dulu dia kerap on and off chat
5)bila ko da tegur dia dulu dia terus off9 chat ngan ko tp sedangkan member ko kat sebelah tengah duk syok chat ngan dia
6)bila ko da tegur dia dulu dia terus cakap dia bizi,sedangkan chat dia kalor hijau lagi
7)bila ko da tegur dia dulu dia terus buat-buat bizi and cakap"sori saya x perasan mesage awak td...auwww"
8)bila ko da tegur dia dulu dia banyak diam dan balas chat pom pendek-pendek
9)bila ko da tegur dia dulu dia tggu ko ckp "xpe la awak,kite tawu awak ngantuk"-(time tu dia berasakan macam lepas dari seksa dunia)
10)bila ko da tegur dia dulu dan dia cakap"saya x mahu chat ngan kamu.dan kalau boleh jangan cuba nak tegur saya dalam chat.sebab saya tak berminat"

Semua diatas ni menunjukkan bahawa dia tak berminat nak chat ngan ko.Yang ni kalau ko muka tembok ko buat ja la tak malu terhegeh-hegeh pi layan chat dia lagi.Dah sah-sah dia tak suka chat ngan ko...Nasihat aku,bila ko da sampai step number dua tuh udah-udah la chat ngan dia..tu pom kalau ko tak mahu kena penyakit hati... 

Wednesday, December 7, 2011

syukur

Nak pasangan hebat kite mesti kena hebat juga
Nak pasangan rajin kite mesti kena rajin juga
Nak pasangan elok budi pekerti kite mesti elok juga
Nak pasangan yang sedap mata memandang kite mesti kelihatan elok pada pandangan
Nak pasangan yang baik beriman kite mesti kena baik beriman juga

Pernah ke kite dengan perempuan yang baik untuk lelaki yang jahat
Atau
Lelaki yang baik dengan perempuan yang jahat

Mesti kite selalu dengar perempuan yang baik dengan lelaki yang baik
Sebab selama ini itulah pegangan kite untuk memperoleh yang terbaik dalam hidup

Bila kite dapat yang sebaliknya jangan sesekali kite merasa tuhan telah berlaku tidak adil kepada kita
Kerana pasti kita tidak layak dapat yang lebih baik
Oleh itu cuba perbaiki diri dari sehari ke sehari
InsyaAllah kite pasti akan mendapat yang baik-baik dalam hidup
Tidak kira pasangan mahupun kawan-kawan yang baik-baik dan beriman pada yang satu iaitu Allah

Dan jangan sesekali kite menyombong2kan diri apabila sudah menganggap diri itu sudah baik dan sempurna kerna itu dusta semata-mata
Dan jagalah perckapan yang keluar dari bibir itu kerana tiadalah sebaik-baik perbuatan dari berdiam diri ketika tidak sepatutnya bercakap
bersyukurlah dengan apa yang telah kamu peroleh dari pasangan masing-masing kerana itulah sebaik-baik untuk kamu
Tiada guna untuk kamu berharap pada ketinggian yang kamu sendiri berasa tidak tergapai oleh kamu mesti pun kamu terlompat-lompat untuk memautnya
Mungkin jodoh kamu disitu,bersama dia yang selayaknya untuk kamu
Bersyukur lah walau sekali....
Amin...

Tuesday, December 6, 2011

malas

kenapa malas
perlu ke malas sebenarnya???
keje banyak tapi malas buat
sebab apa aku kena malas
malas..malas...malas
kenapa wujudnya perkataan tu
kalau tak ada kan best...
mesti ada perkataan rajin ja....
rajin..rajin...rajin...
aku kena rajin kalau nak berjaya..
kalau malas
alamatnya ditakuk lama la jawabnya..
orang da sampai bulan
aku masih lagi tercungap-cungap kat bwah ni...
aishhh malas
tol......

aku anak bongsu

ha...disini aku nak share ngan ampa sume....aku anak bongsu,dulu-dulu mak aku ada mengandung lagi lepas aku,tapi gugur jadi lepas tu ma abah aku da start panggil aku adik.begitu la mak aku criter....bila aku melamun cari bahan bacaan tadi godek sana godek sini tetiba ada dua entry ni yang berjaya mencuit jiwa aku.betul gak apa yang dia cakap...anak bongsu ni cepat matang dari masa yang sepatutnya..independent katakan....jadik aku selaku anak-anak bongsu sekalian amat lah bersetuju dengan kata-kata dari blog ni:
salah satunya berbunyi camni


5.Lonely
Sindrom biasa yang dihadapi oleh anak-anak bongsu sedunia, ialah Over-speed Pre-Mature , ataupun tempoh pra-matang yang pantas. Rata-rata bongsu lagi cepat matang kerana dapat observe sendiri  pengalaman abang-abang ngan kakak-kakak dia ketika membesar. Disebabkan cepat matang inilah , menjadikan dia seorang yang berdikari, dan mahu bebas dari keluarga seawal yang mungkin.Tak pasti kenapa dia suka buat hal sorang-sorang,Nak buktikan kat semuorang yang dia pun dapat ape yang lain dapat dengan tanpa bantuan, maybe?Mula-mula bongsu akan ditinggalkan kat rumah ,  bila semua orang gi skolah situ sini, termasuk yang masuk asrama, maka dia mudah terasa lonely.Kemudian, bila dah besar skit, dia tak mahu dilabelkan sebagai anak manja ke, anak kesayangan papa ke.maka semua keputusan dia akan wat sendiri Memandangkan tanggungjawab kat keluarga pun dah kurang, , lantas menjadikan dia seorang yang paling independent dalam keluarga.Then, bila semuorang dah kahwin, maka hubungan dah makin jauh dengan abang-abang ngan kakak-kakak yang lain.Tatkala masing-masing riuh satu keter pulang beraya, dia drive sorang-sorang tengah malam, sayu.Akibatnya, dia menjadi seorang yang sangat  sinonim dengan lonely.Jadi jangan hairan kenapa anak bongsu belum berpunya sampai berjanggut, barangkali, dia mahu yang setaraf atau mungkin lebih dari apa yang abang-abang dan kakak -kakak dia ada sekarang.


lonely tu xpayah citer la sebab sudah terang-terang anak bongsu akan sunyi sebab kakak-kakak ngan abang-abang yang lain sume da besar dan beranak pinak dah...jadi untuk itu sapa sokong aku dengan entry kali ni...tapi sebelum tu layan ni dulu

klik sini
dan 

tapi aku rasa selain anak bongsu tu mesti bangkang abis la,sedangkan ampa sendiri tak tau pom apa yang kami da rasa.cakap banyak pom tak da guna ngan orang selain anak bongsu ni.wat perabis ayaq liuq ja...tapi kalau sekadar baca utuk nak tmba ilmu tentang apa yang adik-adik korang rasa.boleh la layan..bak kata rokers,ko tak tau sal kami bek ko diam beb,lu cakap bikin menyemak ja...ahahah....

jOm tGok ni..

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gan Edwarddhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no.3
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


no.6
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


no.8
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
 


no.9
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bidang kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Friday, December 2, 2011

10 things a girl probably doesn't know about a guy :-P

1. Guys are more emotional then they think, if they loved them truly.

2. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about.

3. Guys go crazy over a girl's smile.

4. A guy who likes you wants to be the only guy you talk to.

5. Guys are more emotional than they'd like people to think.

6. Girls are guys' weaknesses.

7. If a guy tells you about his problems, he just needs someone to listen to him. You don't need to give advice.

8. When a guy asks you to leave him alone, he's just actually saying, "Please come and listen to me."

9. No guy can handle all his problems on his own. He's just too stubborn to admit it.

10. When a guy sacrifices his sleep and health just to be with you, he really likes you and wants to be with you as much as possible.

Friday, November 18, 2011

OPICK-RAPUH


 

LUAHAN HATI CINTA


cinta,
satu perkataan yang ajaib,
menjadikan diri di ambang kebahagian,
dalam meniti hari-hari yang datang...
tanpa cinta,
kebahagian itu hilang
tanpa cinta,
kebahagian itu muncul,
tanpa cinta
sengsara yang datang...
milik siapakah cinta itu...


Wednesday, November 16, 2011

5 minit

aku bukan sempurna,perlukan teman hidup namun aku perlu kawal hati aku,nafsu aku.jangan diikutkan sangat...biar la dulu.aku percaya pada jodoh aku..tak perlu melayan sangat jiwa sebab segala pasti terjawab segalanya...mana la silap aku pun masih belum tahu...tapi kenapa bila melihat nya bahagia dengan sempurna,jauh disudut hati terusik .nape dulu tak pernah nampak macam ni,nape dulu tak nampak dia sebahagia ni.tak sempurnakan segalanya???kecewakan dia???or masih tak cukupkah???atau selama ni hanya penderitaan yang dia alami bila bersama aku???maaf untuk kesekian kalinya bila aku tidak mampu memberi apa yang telah dia dapat sekarang,kerna ku takut dengan batasan yang telah tersurat untuk ku,kerna ku tak mampu memecah tembok yang selama ni aku pegang...namun betul,aku memang masih sayang dia...dan aku tak kan putus2 untuk memelihara kesetiaan aku ini sampai melihat dia betul2 bahagia...aku sanggup mengunci pintu hati ini,menunda segala kebarangkalian yang akan mendatang..menepis segala cubaan dari luar yang cuba untuk menjengah pintu hati.telah lama ia tidak berpenghuni sejak aku telah berputus asa dengan seseorang..berdosanya aku bila kecewakan orang len semata2 untuk terus setia pada hati yang semakin lama makin melupai aku...namun aku tak mampu meneruskan hubungan yang tercipta atas desakan dan simpati...biar la hati itu meredhai segalanya...suatu masa nanti yang aku sendiri tak pasti bila waktunya...dan jika kesetiaan aku ini ku bawa sampai ke akhir hayat ku.ku redha kerna kupasti disana masih ada yang telah tercipta untuk..di syurga sana yang kekal abadi....ya aku masih sayang pada dia...tak tipu


aishhh...tak sangka aku boleh tulis ayat2 jiwang kat atas tu"cam x percaya jea"..hak2..ni la hobi bila 5 minute duk view wall ex.melanguk x tentu pasal...