Sunday, March 11, 2012

Zero one

Assalamualaikum....

Sekurang-kurangnya aku dapat pahala 50 kepada sesiapa yang menjawab salam aku diatas tu.Mekasih.Maaf yea,entry kali ni bersifat emosi sikit, sikit jea tak banyak mana pom,heee.Biasa la,manusia ada pasang surut mood dia kan,ada yang epy golucky sokmo,ada yang duk moody sokmo,ada yang pasang ja memanjang,ada yang surut ja memanjang.haha...termasuk la aku.Sebab aku pom manusia gak,bukan benda lain k.

Dalam entry kali ni aku ada satu persoalan yang nak ditanya???

1)kenapa kawan-kawan aku suka sangat tengok aku kapel ngan mamat sorang ni yea??




Pikir punya pikir sampai aku temui jawapan ini...

1)adakah kerana sebab aku akan bahagia bila kapel ngan dia?

2)adakah kerana he loves me more than i love him?

3)adakah kerana kawan-kawan aku nampak dia jodoh aku?

4)adakah kerana kawan-kawan aku caring tentang aku?(maklum la da umo 22 x da mr right lg)?

5)adakah kerana dia classmate aku?(senang nak mai time kahwin,sekali harung ja)?~~harung means buat semua sekali

6)adakah kerana dia try mencuba nasib dia pada aku sejak taun 1 lagi?

7)adakah kerana mereka serabut tengok aku serabut bila masalah ni datang melanda?

8)adakah kerana mereka berasa kesian terhadap mamat tu yang tak berputus asa terhadap aku?

9)adakah kerana dia anak lelaki tunggal sulung dan aku anak pompuan bongsu?

10)adakah kerana aku satu lab dengan dia?

11)adakah kerana dia banyak tolong aku dalam perbagai hal?

12)adakah kerana dia pernah bagitau kawan-kawan laki dia yang dia akan ajak aku kapel?

13)udah-udah la tu,banyak sangat sebabnya...pe kata kau buat surveys tanya member-member kau yang mengharapkan impian untuk kau kapel ngan si mamat ni.

Dan disebalik jawapan diatas tu aku ada terfikir sebab lain plak??Adakah bila aku kapel ngan dia aku akan...?

1)bahagia???-ya jawapan bahagia terlalu subjektif untuk dipakai

2)sengsara???ya jawapan sengsara terlalu subjektif juga untuk ditulis

3)epy..  :)???ya jawapan epy pom terlalu subjektif untuk dikatakan

4)sedey..  :"(??ya jawapan sedey pun sangat terlalu subjektif untuk diperkatakan




pendek kata kita tak boleh nak meramal masa depan,tapi...kalau kita belajar bersungguh-sungguh dan dapat grade yang elok-elok,yang ni aku setuju.Kita mampu meramal masa depan kita.Coz ia sudah menjadi satu syarat kepada hidup kita.

Jadi setelah terfikri barang sepukul dua tadi...apakata kalau????

1)let me handle dis problem by myself-coz aku tak pernah sibuk-sibuk cakap aku berasa runsing dengan umo yang 22 masih tak ada mr right lagi???coz bukan aku tak pernah merasai kapel

2)let me handle dis problem by myself-coz yang nak kapel tu AKU,yang nak kawin tu AKU,yang hidup semati ngan laki aku pun AKU,yang nak bahagia or sengsara ngan laki aku pun AKU,nope YOU??kan

3)let me handle dis problem by myself-coz who ar u yang kecoh-kecoh pasal my prob,event both my parent pun tak da nak sibuk-sibuk ask me abot dis k???they more deserve than you

4)let me handle dis problem by myself-coz aku pikir-pikir balik yang umo aku baru 22,event kakak aku yang umo 26 pom tak ada nak kecoh-kecoh pasal pakwe walaupun aku tahu dia ada sebenarnya..heee..biasalah kakak.Mana nak tunjuk kat adik dia.Tunggu kawin dulu la baru nak jumpa bakal abang ipar

5)let me handle dis problem by myself-coz kita masing-masingkan bukan hebat mana pun. Hamba Allah yang lemah,jadi apakata kalau kita berserah sahaja kepada Allah,put ur trust on Him.Baru la ada suprise orang kata,just pray and pray supaya dapat yang baik-baik ja(walaupun diri sendiri tak seberapa nak baik)

6)let me handle dis problem by myself-coz aku tak suka la member-member aku menentukan jodoh aku.Macam aku ada ramai mak tiri and adik beradik tiri yang selalu suruh buat benda yang kita tak suka kan..smile....:)Apakata kalau doakan yang baik-baik ja untuk aku,tak kisah la dari segi jodoh ke?kewangan ke?pembelajaran ke?kerana kawan aku ada cakap.Sekali kita doakan yang baik-baik untuk sekalian muslimin muslimat,maka Allah akan balas berganda-ganda lagi pada kita.trust dis!!!



P/s:bukan aku tak terfikir untuk sayang orang or disayangi.But belum masanya lagi,bak kata artis dalam tv yang bila wartawan tanya soalan bila nak kahwin?
dierang cakap belum sampai seru

owh...please la.haha...ok-ok aku tau aku bukan artis.but i'm human k,i av my right and i av my choice.kita hidup dalam pemerintahan demokrasi k.jadi jangan la nak salahkan aku atas semua yang terjadi...sedey aku.Cuba la fikir yang senang-senang ja..handle yang hari ni elok-elok,walaupun besok kita ada perancangan tapi tak bererti kita harus buat donow ja untuk hari ini.Make everyday special event keje kamu menangis sahaja ari ni.


Hee...jadi sekarang ni jawapan aku senang jea,selagi maa abah tak ada kecoh-kecoh tanya pasal my mr right.Jadi aku tak kan providekan space dalam otak aku untuk benda tu.Kunokan???tapi tak pa lah,aku tak kisah.Bukan kamu semua yang besarkan aku selama ni.Bukan kamu semua yang jaga makan pakai aku,bukan kamu semua yang ambik aku kat stesen bus bila aku balik,bukan kamu semua yang bagi duit kat aku bila aku sengket..kan???So for wat reason i must follow cakap-cakap kamu tentang hal yang berkaitan my private.Ok,jelas????


And i don care lah,kalau aku mati dulu sebelum kawin,sebab bukan aku tak ada keinginan nak kawin but mybe my mr right tak da kat dunia ni.Dan dia sedang tunggu aku kat akhirat sana.




Sori la yea,aku tak leh nak sambung entry ni panjang2 coz aku rasa telinga aku da merah dan jantung berdegup dengan kencang,seluruh badan tetiba naek suhu..heeee and suara tersekat-sekat~~~

Wasalam....

Saturday, March 10, 2012

Alahai...


Huarghhhhh…pedas…tu ja yang mampu aku bagitau kat korang semua,sedap tapi sayang perut aku tak dapat menahan kepedasan tomyam gom mak cik kafe Farah.Mak aih,mula-mula buka plastic duk la kutuk asal tomyam dia ni sikit giler,lauk plak da la dalam 5 ketul ayam yang dipotong kecik-kecik ja.Mana cukup ni,pastu aku amik sudu, try nak test dia punyer power,wah…memang berdiri ar telinga aku.Lau tak cukup power lagi bleh keluar asap keretapi dalam lubang telinga,pendek kata cukup pedas la.Sampai meleleh-leleh air mata aku.Tengah-tengah duk makan sambil layan cerita Nora Elena ni sorang member aku datang kat bilik,aku pun jamu la buah anggur yang baru aku  petik kat mall td.Makan punya makan,dia duk la cerita zaman dia kecik-kecik dulu sebab tiba-tiba dia teringat kemeja yang Eid pakai dalam cerita Nora Elena tu,tengah-tengah aku duk hirup kuah tomyam tu tetiba aku rasa kuah tomyam tu da penuh dalam kerongkong, penuh dalam otak. ALAMAK…nak keluar.Untuk mengelakkan kuah tu dari mengalir kuar kot hidung aku,maka aku tahan la.Betapa seksanya tuhan saja yang tahu.Aku batuk sampai kuar air mata suci..hehe…macam orang sakit yang orang ramai tengah bacakan yasin,batuk aku tak henti-henti gak.mau taknya. kuah tu da masuk kat dalam aku punya hidung.Kuah tu da la pedas.Buat lplak awak time aku tengah hirup tomyam.Nasib baik tak tersembur depan dia.Lau tak naya kena p mandi lagi sekali.Dia cuak bila tengok yang aku batuk cam mak nenek umo 90 an.(takut ada kes yang orang mati sebab tercekik serai dalam tomyam).Tahu pun takut,sayang gak ko kat aku yea. Dalam 10 minit camtu aku bertenang,dia pun da tak da nak buat lawak dah selepas kena sumpah dek sesumpah.hehe…

Makan punya makan sampai abis separuh pinggan tu,mula lah perut aku da buat hal.Plak dah,ni mesti sebab  tomyam cabai ni.Padahal ko tak sedar diri!!!! Yang ko p melantak tak sedar diri tu sapa suruh???.kesian si perut,akibat dari pagi tadi aku breakfast dengan kfc. Segala makanan ayam,burger,krusher,cheezy wedges, ngan fun fries bercampur dalam perut.Ni ditambah dengan tomyam gom.Apalagi,tak masyuk la.bukan kaum kerabat dia agaknya.Jadi dia kasi lepas sikit.Dan akibatnya,aku cirit sekejap.Kesian kat tomyam tu,masuk tong sampah jugak la.Nak buat macam mana dah kan.Dan makan buah untuk mengurangkan sakit perut 


Friday, March 9, 2012

Anak sedara baru..:)

Hyep...tadi sekejap aku ada tulis entry baru,ada kat bawah ni.And now aku nak update entry baru pasal my new nephew..hehe...helaweh..muka dia sama ngan muka aku time kecik-kecik dedulu.Comel gitu,tapi sayang aku tak dapat tengok and pegang dia in real lagi.Tunggu bila dia da balik umah aku kat kelantan,siap la.But both my parents av seen their cucu before me.Almaklum la,aku duduknya diperantauan.Nak p kl sesorang maa x bagi,ongkos pom malas nak kuarkan.hehe..ape punya kedekut la mak sedara camni.tak nak cakap banyak cuma layan jea gambar yang abang aku send ni...







hehe..samakan dengan mak sedara dia.her name najwa maisara,aku ingat-ingat la kan,abang aku ni angau ngan suara najwa latif kot.tu yang dia p bubuh nama tu.berat baby time baru lahir mak aih,3.5.kg,kalah aku yang 3.25 ni.Anyway tak kisah la nama apa ke,berat berapa ke?asal sihat walafiat.Pasni x sabar nak main ngan dia.Heee...<3....besday dia 14/2/2012 ni.kira da nak dekat sebulan jugak la umo dia sekarang.but sampai la ni aku tak dapat peluk dia lagi.hyep baby,waiting for urs ucu





No tile

Assalamualaikum....

Mula-mula sekali aku nak bagitau besok and next three days aku cuti..hurey.After 2 week before this aku dapat cuti sikit.Selepas 7 pillars,diikuti oleh topup exam and next week ada 7 pillars again.Ouch....dis moment rasa macam bersyukur sangat.And tomorrow hang out with kawan yang tak balik kampung.Same as me,so besok ingat nak perabiskan duit dalam rm2++.Ecece bunyi cam aku ada sugar daddy yang tolong baik in duit tiap-tiap minggu ja.haha..tapi tak salah pun kalau sekadar beli barang keperluan yang tak berapa nak perlu sangat tu.

Sebenarnya aku da lupa apa yang nak diceritakan dalam entry kali ni,just want to say aku tido petang lagi.Tahan punya tahan sampai aku tengok movie kat bawah sambil makan nasi tapi ancus kau tahu,bila aku da kenyang-kenyang tu aku p panjat katil kesayangan.Pe lagi la,membuta la gamaknya,sedar-sedar suda jam 10 p.m...Mak aih,bangun-bangun ja otak gelong(erti kata laen tak brape nak center).Aku jalan kuar bilik tengok hosmate tanya sal pengkhabaran dia dalam bilik tu.Then take a bath and start segarkan diri.And bila da waras ni aku start pikir balik masalah aku .Pikir punya pikir aku rasa malas,jadi aku teruskan dengan kerja sambilan merangkap hobi aku sejak dua taun lepas,baca blog..Dah tiga hari berturut-turut lappy aku duk sleep tak shut down coz aku duk meralik baca blog Hanis Zalikha ni.Dah la tuan cantik,sempoi plak tu.Yang paling penting cool beb.Aku ingat nak khatamkan baca blog dia malam ni,sebab tu la aku sleepkan lappy aku,so dat aku tak pyah nak klik banyak-banyak kali windows tu and continue my reading.Start from beginning until da last entry aku baca,sampai nak terkeluar biji-biji mata ni.Tapi nasib baik la,biji mata aku ni besar dari kelopak mata..lau tak mau tersembul gak la kat atas keyboard ni.

Sambil-sambil merelekskan mata aku ni,aku main la game barang sepukul.Tak tahu la samada aku ni materialistic or suka berjimat cermat.Tapi seingat aku,aku tak kisah sangat dua-dua tu.Sebabnya,member aku cakap aku ni materialistik (adik beradik ngan plastik) coz aku suka main game yang berkaitan ngan money..hehe..bukan judi beb.aku tak layan la mainan setan ni sume.Pikir-pikir balik betul gak tu,contohnya la kan..aku suka main Plants Vs Zombies.Game ni aku khatam masa aku first year lagi,bagus sebab dia mereleskan tensen anda.Tapi kalau setakat otak anda kena makan ngan zombie tu tak hairan la,sebab aku pun da bape kali otak kena jamu ngan diorang tu.Bukan tu yang penting but,dalam game tu aku suka kutip duit dari pokok bunga yang aku tanam.haha..siram-siram..dan bila kumpul-kumpul hampir 300 riban jugak la.Tapi limit dia cakap setengah  juta ja.jadi tak dapat la aku kumpul sampai 2 juta.if aku dapat withdraw kan duit-duit sume.Aku bagi free ja kat kawan-kawan ngan family.Aku tak payak amik engineering,tak payah sakit-sakit kepala pikir solving.Just duk depan lappy and main.



Tapi mak aku selalu pesan,benda yang senang tu bukan senang nak dapat,jadi kena la susah-susah dahulu.baru bila kita senang nanti,supaya kita akan selalu teringat waktu susah kita.Jadi tak da la nak cepat jatuh sangat.

miss u mum..<3

Thursday, March 8, 2012

Hari yang memenatkan

Assalamualaikum...

Huhu..belum apa-apa da mengelu panjang...hurm...apa nak buat,penat la katakan...Pegi kelas tido atas bas,dalam kelas tido dalam leture,balik kelas tido atas bas,sampai umah tido atas katil.Pendek kata tak ada yang tak tido la,sem ni memang penat,yea la.Baru dapat kampus baru,jauh plak tu.Kena bangun awai-awai coz takut kena tinggal bas plak.Aku bukan ada bawak kenderaan mai sini pun.Kaki sepasang ni jea la yang bawak aku kesana-kesini.

Dan sekarang aku mengantuk yang teramat sangat biar pun aku sebenarnya baru bangun tido...haha....nak buat macam mana,kita kena la ikut kehendak badan dan mata.Lau otak still tak dapat tido,kita kena jugak pejamkan mata.Tapi kalau tido awal-awal camni nantikan sedar tengah pagi plak esok.Masalah-masalah....

Ahad ni ada game kat kolej kediaman aku,kawan-kawan pakat duk ajak main futsal.Teringin jugak la,main untuk seronok-seronok.Tapi kalau nak menang tu tak tahu la,tak la kut.hehe....aku bukan pandai tendang-tendang bola ni,kaki bangku la katakan.Tapi keputusannya belum tau lagi,malam ni dah due date dia...Hoohoo.....memeningkan..

nite....

Wednesday, March 7, 2012

Buku pilihan

Assalamualaikum...


Haa...kali ni aku akan bercerita  sedikit sebanyak zaman kabudak budakan aku dedulu..haha...Ari ni kelas sangat la pack,sampai baru sekejap tadi aku sempat menjamah nasi.HOHO...sangat la kesian kan???hehe...Kelas aku start kul 8 a.m  sampai 2 a.m tapi sebenarnya leturer lepas awal setengah jam.Jadi lah kul 1.30.Tapi disebabkan aku p naik bas,so kena la tunggu bas tu sampai dalam sejam lebih.So aku balik lebih kurang dalam 2.30 and then sampai kat bilik dalam 3 lebih.Yang nak ceritanya bukan benda diatas tu but wat happen after dis.Saje jer karang panjang-panjang sebab mood tengah rajin menaip.

jadi sesampai jer aku kat bilik aku sempat la beli keropok lekor kat kedai depan tu.Lepas da makan keropok ,solat sume tu aku pun pengsan.Sedar - sedar kul 6.45 p.m.mak aih lama gak tu,lepas tu aku bangun pasang lampu tu semua,sampai la kul 9 lebih baru bleh makan nasi.bangun-bangun tido ja cari makanan,Lapar la...selongkar loker jumpa la ni....




Vochelle ja...coz dis my favorut.dedulu aku layan van haunted whole almond.tapi macam mana ntah aku boleh berkenan ngan jenama ni.Lau dairy memang aku tolak awal-awal.Jadi makan la 2 3 bar setakat nak alas perut tu.Bila da kenyang-kenyang ni aku pun mulakan tugas malam aku,iaitu jelajah fb.Aku ni kaki fb sebenarnya,sebab aku ada dua benda penting yang perlu aku kawal kat situ iaitu castleville ngan empires & alies.So lau aku tak tengok benda-benda tu 9ti mati la my kingdom hehe...yang laen-laen aku tak layan.kim salam ja.Tapi disebabkan tenet yang cam siput ****.Aku tak dapat main....sebab tu la boring-boring aku layan blog ja skunk ni.

Pendekkan cerita,semasa aku jelajah fb td,aku terjumpa ni...korang agak2 pernah tak baca buku ni...???


anak-anak sidek


tetiba aku teringat kisah lama,zaman bebudak hingusan dedulu tu.Abah aku selalu beli buku ni.Lepas abis sekolah tengah bulan dia pasti bawak aku p pustaka untuk beli buku ni.Aku pun berkenan sebab abah aku da tanamkan semangat main badminton kat aku sejak dari kecik lagi.Jadi selama bertaun-taun aku kumpul buku ni,sejak dari darjah 2 lagi..Jadi ma aku cakap tak adil la kan,abah aku beli buku-buku camtu kat aku,Kena juga ada agama-agama sikit,jadi ma aku suh aku baca buku ni..??


ana muslim

Baru la seimbang ma aku cakap,jadi sepanjang pembesaran aku dididik dengan buku2 camni la.bila da besar ni Buku-buku ni da jadi kenangan terbaik aku semasa kecil.Buku ni bagus,banyak nilai-nilai murni yang aku belajar kat dalam ni.but for now i'm not sure whether dis book is still selling or not.Coz aku da lama tak ikut perkembangan mereka,tapi buku-buku ni memang best la.

Jadi pesanan aku banyakkan lah membaca buku sejak dari kecil lagi untuk mengelakkan dari cepat nyanyok bila da tua 9ti...


Tuesday, March 6, 2012

Gigi baru

Gigi nak tumbuh lagi..yeay..tapi tumbuh kat tepi..huhhuh....Rasa cam geli-geli ja kat hujung gusi ni.Cam ada sisa makanan yang lekat kat celah gigi.hehe...Dulu aku da biasa naik masa mula-mula masuk matrik dulu.Bayangkan selama ni tak pernah berpisah ngan maa abah tapi tiba-tiba da besar ni kena berpisah pastu time tu jugak la gigi nak tumbuh.Adoi,demam seminggu...tapi aku demam bukan sebab gigi ja,Tapi sebab rindu kat family sama.hehe....Ni dah tua bangka pun masih nak tumbuh lagi.Dan simptom2 nak demam pun datanglah.Tapi kalau dulu segala hal aku report kat maa aku,Sakit tu sakit ni la.Tapi sekarang tak dah,semua aku simpan.Maklum la,makin matang katakan.Makin aku matang ni,makin banyak aku setlekan masalah sendiri,Tak bagitahu parents aku,tapi bila aku rasa malas nak beratkan kepala aku yang memang dah berat ni..Aku passing kat maa aku,hehe...sian maa sebab terpaksa pikirkan masalah aku.Tapi kalau yang berat2 tu contohnya fail dalam exam ke????aku diam jea.Tapi alhamdulillah,tak pernah lagi setakat ni...hee..syukur...


By da way aku suka org gigi belapis,means gigi dia ada blakang dan depan,cute..:)

Saturday, March 3, 2012

I LOVE MY MUM

Assalamualaikum....


Malam ni masuk malam yang ke 11 aku belum sempat dengar suara maa aku.Ya Allah,terasa sempitnya dada ini bila mengenangkan yang Kau hanya menguji  aku dengan sedikit dugaan namun aku telah kalah diawal-awal lagi.Bukan kerana aku bergaduh dengan maa tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan berlaku untuk aku postpone kan niat aku untuk bercakap dengannya.Tiap kali aku col mesti line putus.Tu baru sedikit dugaan yang diberikan.Menyebabkan aku terpaksa tunggu maa aku balik umah kat kelantan baru aku boleh col panjang.Itu baru sebelas hari,aku dah jadi tak keruan,tak dapat fokus dalam bagai hal,tak dapat nak tido malam,tak masuk ilmu dalam otak.Kalaulah Allah bawa pergi maa dari hidup aku....aku tak tahu apa nak jadi dengan aku sekarang ni.Memang aku tak bersedia,dan bila-bila pun aku tak kan bersedia.Sebab aku tak mahu benda yang aku paling takut itu berlaku.Dalam setiap doaku,ku panjatkan kepadaNya agar aku lebih tabah dalam menjalani kehidupan seharian,dan Dia memperkenankan doa aku.Aku diuji dengan bagai masalah supaya lama kelamaan aku akan menjadi tabah.Ya Allah,begitu Kau memahami setiap kehendak hambaMu ini.Walaupun kadang-kadang aku berasa amat lemah dan tak sanggup lagi nak hadapi semua ini.Hati kecil aku selalu berbisik.Allah tidak akan buat semua itu tanpa ada hikmah disebaliknya.Dan Allah tak kan sia-siakan hambanya.Berdoalah kepada Nya kerana Dia lebih menyukai orang yang tidak sombong.Dikesempatan ini aku menasihatkan semua agar berjumpa ibu bapa anda selagi mereka masih bernafas dan ada bersama-sama kita lagi.Jika berada jauh,telefonlah mereka selalu kerana kita belum tahu samada kita masih ada kesempatan itu lagi untuk berbual-bual bersama mereka,Adakah mereka atau kita yang akan pergi dahulu.


I LOVE MY MUM UNTIL THE LAST OF MY BREATH

Friday, March 2, 2012

Bini Oh bini

Cerita yg menarik, selamat membaca.. :) 

Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran gler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut. waaa... mana isteri ku... ... ... 

Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. 

Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku. fuuu.. lega.. 

“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam. “Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.. 

Lelaki tu pun berfikir... Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth… hahaha... takde yg nak marah ku... Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa... Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. 

Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. Bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. 

Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukupker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ??? ingat balik.. And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!! SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU.. HARGAI MEREKA!!!!! Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”....

Monday, February 27, 2012

Settle..

Assalamualaikum...


Aku sebenarnya nak jadikan entry pertama aku untuk sem ni berkaitan dengan kampus baru yang aku tengah belajar sekarang ni.Sedihkan bila da brape taun belajar kat sini tapi baru sekarang dapat merasa ada kampus tetap kat universiti.Tapi itu lebih baik dari kakak-kakak senior aku yang tak sempat merasa belajar kat kampus baru ni.Ya.sesungguhnya aku amat bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan urusan aku.Mengurangkan masalah yang berserabut didalam kepala otak aku selama hampir satu sem aku terseksa dengan masalah yang tak setle2 jugak.Tapi alhamdulillah,aku kira semalam Allah telah beri kekuatan kepada aku setelah Dia mengajar aku selama ini untuk banyak bersabar selagi termampu.Tapi apakan daya,cubaan yang satu-satu datang kepada aku mana mungkin dapat aku bertahan.Lalu,Dia membantu aku.Aku bersyukur kerana disebalik masalah yang dia kurniakan kepada aku.Aku banyak mengenali kelemahan yang dihadapi dalam hidup ni.Tanpa aku sedari aku telah banyak membuang segala benda yang berharga dalam hidup aku.Iaitu hati aku,Selagi mana aku ditimpa masalah selagi itulah aku akan terus mengingati Mu.Dan aku bersyukur dengan apa yang telah Kau atur kan kepada ku.

Setelah sekian lama,akhirnya aku telah menemui balik kegembiraan yang aku telah hilangkan dahulu.Akan aku simpan ia jadi kenangan tetapi melupakannya tidak sama sekali kerna otakku bukan external yang mudah untuk didelete.Wish me luck...

Thursday, December 29, 2011

11 Jenis Manusia Yang Didoa Malaikat

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah




Kita Sebenarnya

KITA SEBENARNYA.. 
lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih membesarkan Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.

KITA SEBENARNYA..

lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujaan.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka menyebut hello atau hai drpd Assalamualaikum.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka membaca majalah drpd buku2 agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka memaki,mengumpat orang drpd doakan mereka.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih bangga dgn kejahilan drpd bersyukur dgn keimanan kita.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka menuju ke syurga daripada neraka.

**Tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

Zikir Untuk Siapa???

Assalamualaikum




Orang lain semua pakat duk cerita tentang drama tentang dhia.aku nak cerita jugak.hahahaha.....terkejut ngan ending dia.Tak sangka yea dua-dua boleh mati.Tu la di namakan sehidup semati.Sebenarnya aku baru tengok sampai episode 20 petang tadi.Almaklumlah sibuk dengan kerja + plak dengan tv rosak.Jadi kena tengok yang donlod punyer la jawabnya.Ni dah tengok ending nyer,da tahu jadi cena jadi malaslah plak nak abiskan cerita yang masih bersisa tu....hurm..bagi aku cerita tu bagus,sebab sarat dengan pengajaran.tapi bab ending tu la.agak terkejut,bukan terkejut sebab mati tapi aku bayangkan tadi boleh la jugak Ku Salmi tu menggelupar dengan dosa yang dia da buat selama ni.Tapi bila tengok-tengok jam dah kul 7.45 p.m.Hurm x da la cerita ni nak terang satu-satu pasal balasan yang mak Zikir tu nak dapat.Tapi part aku paling suka bila Raffi sebut ayat camni "Zikir untuk Dhia" dalam episode lepas yang mengingat kan aku tentang tajuk sebenar cerita ni.Anyway congrazzz untuk penulis skrip cerita ni.Juga kepada yang menjayakan drama bersiri ni..

Wasalam

Mampu Tersenyum

Assalamualaikum

Sekarang ni aku mampu tersenyum sahaja.Bukan kerana sudah puas dan berasa bagus tetapi kerana berserah kepadaNya.Dan aku sudah berjanji bahaya aku akan berubah sedikit demi sedikit.Terutama dari segi perangai mula-mula sekali.Sebab yang tu yang penting.

Pertama,bila aku tak suka sesuatu benda tu aku akan diam,diam seluruhnya.Kalau dulu aku mungkin akan marah-marah dan lepaskan rasa ketidak puashati aku tu pada yang berkenaan,Tapi sekarang aku nekad untuk let it go.Biar la dalam hati ni menanah macam mana pom.Aku akan sedaya upaya mengawal marahku.Dulu-dulu masa kat matrik kakak angkat aku sudah banyak kali berpesan.Dik cuma ada satu ja kelemahan,iaitu marah.Kalau adik boleh kawal marah adik tu.InsyaAllah semuanya akan baik.Adik x mo kawan ngan syaitan kan,Jadi jangan ikut perangai dia.

Kedua,bila hati tak meredhai.Aku cuma akan cakap sekali ja.Lepas tu aku akan diam.Diam yang tak bermakna aku mengiakan segalanya.Tapi sebab aku sudah menyatakan hati aku.Dan tiada kali kedua lagi.Jadi selepas menyuarakan pendapat aku,lebih baik diam and wat don now ja.Jangan layan.

Ketiga,aku kena lebih rajin beribadat.Bukan sahaja yang wajib perlu dilakukan tetapi mesti dususuli dengan yang sunat.Supaya aku lebih berdisiplin dalam kerja seharian aku.Agar hidup lebih teratur

Cukup dulu 3 perkara ni untuk aku setelkan.Sebelum lagi banyak perkara yang bakal menjengah aku...

Wasalam

Tuesday, December 27, 2011

Malam Yang Tak Berapa Nak Sepi

Assalamualaikum....

malam ni tak sunyi,jauh sekali sepi.mungkin malam masih awal...baru kul 9.08 p.m.motor-motor mak gad pom masih berkeliaran kat tepi umah aku ni.mungkin sebab semalam ada kes kecurian lagi jadi semua org sibuk menjalankan tugas masing-masing termasuk aku.apa tugas aku yea????tugas aku ialah tamatkan pengajian aku kat sini dan abis jer terus p cari keje,ringankan beban maa abah.nanti tiap2 bulan boleh bagi duit.hasil dari pekerjaan halal aku.

tiba-tiba rasa nak berubah plak malam ni.jadi anak yang bagus-bagus untuk kedua ibu bapa aku.hurm moga-moga dapat la kau berubah wahai budak kecik.aku tak mintak banyak,cukup la berubah dari dalam dahulu.aku pom  tak mahu berubah secara mengejut.takut nanti aku sendiri yang terkejut.and then perubahan aku tu tak lama.aku tak nak la macam tu.bagi aku kalau kita da berubah sekali tu biar la kekal selama-lamanya.asalkan berubah kepada kearah kebaikan..

aku sebenarnya banyak lagi yang tak betul.sedang menunggu orang untuk memperbetulkan aku atau aku sendiri yang perlu betulkan diri aku ni.terutama dari segi perangai aku,sikap panas baran,marah tak tercontrol,mulut yang pantas mengeluarkan ayat2 yang boleh menyakitkan hati orang,pemalas,dan macam bagai lagi la...kenapa la baru hari ni aku sedar yang aku punya la banyak perangai x elok...aihhhh tapi mungkin ada orang yang berjaya menyedarkan aku.tanpa dia sendiri sedari.yang buat aku berasa mahu berubah jadi lagi bagus

hati aku bukan keras mn sangat pom.bila da tersentuh tu sekejap ja aku boleh berubah.errmmm...tapi bila masuk bab2 nak ngurat ke tackel ke.otomatik dia jadi keras.bukan keras kerak nasi or keras lekuk batu ni.tapi sekeras benda yang keras.tapi kalau bab-bab keagamaan senang ja aku nak lembut hati.cuma belum ada sapa lagi yang nak ajar aku bab-bab agama ni...

sekian dahulu...

wasalam

Sunday, December 25, 2011

Perut Ketat

Assalamualaikum semua...

Malam ni aku dinner ngan member umah yang tak balik kampung.Menu aku iaitu mee goreng basah yang dibeli oleh member aku kat Samudera.Situated dekat trafic light Kuala Perlis.Tempat dia besh,kalau malam2 aku sarankan korang pkai baju sejuk tebal2 kalau nak menikmati makan malam kat belah luar.Kalau kat belah dalam pakai la nak pakai baju macam mana pom.Asal korang tak kesejukan dalam menikmati hidangan tu nanti.

Alhamdulillah,kenyang suda.Setelah petang tadi aku ngan membe umah suda tibai megi kari.Tapi perut perlu di isi untuk malam pula.Dan akibatnya,aku tak mampu fokus study lagi buat masa ni kerana perlu tarik nafas dalam-dalam menaip di keyboard.Semput mak aih....sabo ja la.

Saturday, December 24, 2011

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Assalamualaikum semua...heee..


Lama suda aku tak menaip disini.Tiada  apa info menarik untuk dikongsi bersama.Sekarang ni musin study weeks bagi student2 universiti.Tak kira dimana sahaja anda berada.Ramai yang dah bungkus kain baju sebab nak balik kampung mintak restu  maa abah kat kampung.Tak termasuk aku,Almaklum la.rumah ku jauh dipantai timur dan aku sedang menuntut ilmu diutara tanah air.menunggu masa lagi setaun lebih untuk  grad.


Disini aku nak kongsikan beberapa tips yang berguna untuk diamalkan bersama.Boleh dilakukan dalam study weeks ni.Sebagai study smart.Diaharap semuanya berjalan lancar,jaga kesihatan elok-elok sebab bila kita sakit nanti.Otak pom tidak dapat bekerja dengan elok.


Jom kita intai,apa tips yang nak  kongsikan bersama pembaca semua:


Tips menjadi student gempak mengikut Al-Quran


1)Letakkan keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
-"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]




2)Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
-"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]


-Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.




3)Prioriti. Mengutamakan apa yang utama
-"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
-Dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 

-Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

-Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

-Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru dan lain-lain kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.


4)Prihatin sesama kita
-"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]


-Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.




5)Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
-"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]


-Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.




6)Jujur, amanah
-" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]


-Bukankah kita telah berjanji dengan ibu bapa kita, pihak penaja dan juga kepada semua untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

-Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."


7)Tepati waktu
-sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita.

-Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

SELAMAT BERAMAL SEMUA

Beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.