Wednesday, January 12, 2011

tip untuk wanita bertudung



Hari  ini ada nak bagitau pasal  tips2 untuk jaga rambut bagi wanita bertudung macam kite semua.Ini saya baca dari sebuah majalah  dan teringin nak kongsi dengan para sesiapa yang sudi jenguk blog saya dan baca.Kita selalu berhadapan dengan masalah kelemumur,rambut rosak dan gatal namun kita semua mampu hadapinya jika kita rajin merawat rambut.Bila sebut  pasal  rawatan rambut mungkin ramai yang terfikir tentang duit yang harus dikeluarkan.Namun saya faham,saya pun masih seorang mahasiswi.Tidak mahu membazirkan wang untuk rambut semata-mata.Namun bagi yang mampu saya tidak menghalang anda sekalipun memarahi.Bergantung pada "pitis " individu tersebut la kan.hahahaha....ni saya nk kongsi petua yang tidak perlu keluarkan "fulus".Sebasai seorang yang masih bergelar student IPTA.Sibuk pula dengan keje-keje,asignment yang bertimbun dan kuliah yang bermula dari awal pagi sampi malam memungkinkan kita semua untuk berhadapan masalah ini.Maklumlah kalut-kalut bangun pagi mesti basahkan rambut dan pkai  tudung untuk ke kuliah kan???Hal ini pun terjadi pada kebanyakan kawan-kawan.Disebab itu saya nak sangat kongsi ilmu dan petua berguna ni kepada rakan2 seperjuangan semua..amin...




Antara tips untuk mendapatkan rambut sihat sila ikut nasihat dibawah :

1)   Jangan sisir rambut dalam keadaan basah.Seeloknya biarkan rambut kering dahulu secara semula jadi.        Kalau separuh basah juga jangan pakai tudung.Tunggu sehingga rambut betul-betul kering.Bukan ape,takut rambut tu ada bau bila masuk lam tudung lama-lama.Lagi pun takut cepat berbuah.Haa..nanti buah tu buleh kumpul banyak-banyak jual kat kedai.kompom laku.

2)   Apabila menggunakan pengering rambut pula,sebaiknya dalam suhu yang rendah dan dengan jarak yang tidak terlalu dekat supaya rambut tidak kering dan tidak pecah-pecah.Bukan apa,tkut nanti pegi kelas atau tempat keje orang tengok pelik sebab tetiba rambut jadi "afro".

3)   Sebelum pakai tudung tu kita harus sisir rambut dengan sisir bergigi jarang agar rambut tidak kusut masai sebab bila kita menyisir,kesihatan rambut akan lebih terjaga kerana ia meransang kalenjar minyak secara semulajadi,oleh itu ia akan meyebar dengan  rata sekali gus melancarkan peredaran darah di kepala.

4)   Kita tidak digalak dan dilarang sama skali untuk ikat rambut terlalu kuat kerana akan menyebabkan rambut mudah patah.Tp kalau ada yang x sabar nak rambut botak cepat sila la berbuat demikian.Ikat rambut kuat sampai tercabut pun tidak apa.




5)   Jangan terlalu kerap mengubah belahan rambut ataupun  gaya agar terhindar dari kerosakan rambut.Oleh itu nasihat saya jangan la kita jap sikat rambut belah tengah,lepas tu esok belah tepi,lusa belah belakang bawak kedepan,dan tulat cukur rambut sampai botak sebab tak tahu nak buat fesyen apa dah.


6)   Kita juga harus jaga kelembapan rambut  dengan memakai serum atau minyak rambut sebelum melakukan aktiviti luar.


7)   Skali skala tu tak salah lau kita lakukan cream bath,masker rambut ke,rawatan rambut dan gunakan tonik rambut seminggu sekali untuk memberi nutrisi.Nasihat saya pula beli tonik tu ok.Pakai sikit-sikit biar tahan setahun dua da ckup.taun depan baru beli baru


Begitu la petua-petua yang dapat dikongsi bersama semua.Harap jaga la rambut kita sebaiknya...


p/s:tips untuk melebatkan rambut bagi yg tiada rambut apa kate pegi Yun Nam Hair Care






4 comments: