Saturday, November 22, 2014

Balik La Kepada Allah S.W.T

Lepaskan ia pergi atau simpan sebagai duri.Aku tak pasti samada apa yang aku tulis sekarang ni adalah dari fikiran waras aku atau kehendak hati yang terasa dibebani.Siapa yang dapat memahami pegolakan hati aku sendiri selain Allah,tapi kenapa tidak aku meminta pertolongan dari Nya.Aku rasa aku kuat,kadang-kadang aku sendiri tak dapat nak menampung apa yang aku alami.Malas untuk aku ceritakan pada orang bukan sebab aku anggap semuanya tidak penting tetapi aku malas untuk menjadikan masalah aku itu sebagai topic atau isu kepada yang lain.Biar lah aku simpan sendiri,pernah aku berfikir untuk menunggu dan menunggu sahaja sehingga hal tersebut datang namun aku tetap memikirnya lagi.Terlalu banyak untuk aku uruskan,Ya Allah aku terlalu mengejar duniawi sehingga kadang-kadang selalu melupakan kan Mu dan meletakkan Mu dibelakang.Tanpa aku menyedari bahawa aku mungkin sahaja segala dugaan ini supaya aku kembali kepadaMu dan menyerahkan segalanya sambil berdoa meminta pertolongan dariMu.Aku menjadi buntu,lalu bila kurasakan beban itu sudah tidak mampu tertanggung lagi oleh ku,maka aku mencari teman-teman jauh dari laman fb untuk aku meluahkan segala keperitan dihatiku ini sedangkan aku lupa pada Mu yang berada dekat disisi ku sentiasa.Aku lupa pada kedua ibu bapa ku yang selayaknya mempunya hak dalam segala keputusan terhadap aku.Aku lupa diri,aku perlu muhasabah diri,aku perlu sedar siapa diri aku yang sebenar,dunia ini hanya pinjaman semata-mata.Gunakan ia untuk kebaikan.Berapa banyak masa lagi untuk aku bazirkan?????aku dah penat dan aku buntu sekarang.