Tuesday, February 10, 2015

Pekerjaan Aku

Assalamualaikum.....

Ok hari ni aku nak update entry pasal pekerjaan aku plak yea,terima kasih tak terhingga kepada sesiapa yang sudi baca penulisan aku dalam blog ni.Perjalanan hidup aku,aku rasa sangat bersyukur dan berwarna warni,kerlas gitu.Ada time turun dan naiknya,tak semuanya indah belaka.Mesti ada time aku jatuh aku down dan bila time aku naik aku risau.

Ok,kita mulakan penulisan aku start dengan lepas aku grad pada tanggal 21/9/2013 kalau tak silap aku dengan umur aku sudah mengjangkau 23 tahun.Alhamdulillah tak terhingga aku ucapkan sebab aku berjaya menhabiskan degree engineering aku selama empat tahun di Unimap Perlis.

Then seminggu selepas tu aku terus masuk kerja di sebuah company telekomunikasi di Pulau Tikus Penang Island sebagai designer.Nama company tu Echo Broadband,sebenarnya company ni tempat aku buat latihan industri selama tiga bulan.Jadi priority kami dapat kerja kat situ agak tinggi sebab masa untuk traine kami balik mungkin sekejap sebab kami sudah belajar basic-basic selama praktikal dulu. Tetapi Allah telah tuliskan bahawa rezeki aku bukan kat situ,setelah sebulan bekerja iaitu aku start kerja pada 1/7/2013 sehingga 1/8/2013 aku telah diterminatekan oleh company tersebut kerana company tersebut ada masalah dari segi kekurangan project masuk.Mereka menggunakan polisi "Last In First Out" dan kebetulan department yang aku bekerja itu sangat gentng,maka nama aku termasuk sekali dalam senarai nak diterminate.Nasib baik mereka ada bagi compassion kat kami selama sebulan kerja.Jadi Raya Puasa tahun tu jatuh pada bulan 8 kalau tak silap aku.Maka dapat lah aku raya dengan family tercinta dikampung.Aku bersama geng aku yang masuk ke company tu serentak seramai enam orang tetapi yang berjaya stay kat situ tiga orang.

Selepas aku selesai konvo pada bulan 9 aku terus bertungkus lumus mencari pekerjaan.Agak susah bagi orang macam aku yang mempunyai CGPA rendah untuk berada seiring dengan mereka-mereka yang dipandang tinggi dari segi akademi.Namun Allah telah menetapkan rezeki masing-masing.Seminggu selepas aku konvo aku dapat tawaran interview sebagai IC  Layout Design Engineer di Penang,ianya adalah anjuran SHRDC and kerajaan.CIC Unimap telah menwarwarkan kepada kami para graduate yang dapat kerja untuk mencuba nasib.Setelah menihat kelayakan yang dimintak aku sudah down,Mana taknya,CGPA aku tak lepas syarat yang dia nak.Tetapi percaturan Allah itu maha hebat.Setelah aku menghantar email resume aku kepada HR SHRDC aku mendapat feedback positive tetapi disebabkan aku berasa benda itu tidak logic maka aku bertanyakan perihal aku yang tidak cukup syarat dari segi CGPA tak lepas.Namun mereka ingin memberi aku peluang dan menyuruh aku hadir untuk interview.Dengan berbekal duit seratus aku menaiki bas bersama kawan aku sama-sama ingin mencuba nasib.Alhamdulillah aku diterima untuk manjalani training selama lapan bulan iaitu dua bulan di SHRDC di selangor dan enam bulan di USAINS.Owh lupa aku nak bagitau,semasa sesi interview ada tiga buah company yang turut serta dalam program ni iaitu INSEP.Aku terpilih untuk berada di bawah company USAINS.

Selama dua bulan aku belajar mengenai IC Layout ni di Shah Alam bermula pada 11/10/2013 dan pada 1/1/2014 aku masuk USAINS di Bayan Lepas Phase 4 .Aku manjalani latihan graduate training selama enam bulan di situ.Aku menghabiskan latihan pada 21/6/2014 dan selepas itu aku bergelar penganggur balik plak dah.Sepatutnya selepas habis training aku berserta kawan yang lain selama empat orang sepatutnya diserap masuk berkerja Permanent disana.Tetapi sekali lagi disebabkan lack of project kami semua tidak diserap masuk ke company tersebut.Mungkin disebabkan tahun 2014 industri semicon mengalami kemurungan hehehe...Lagi pun company yang kami join graduate training ini hanya buat outsource ke company semicon lain like Intel,Altera dan Spansion.So dan menjadi nasib aku selalu kena terminate atas alasan project tak ada.

Selama tiga bulan jugak la aku goyang kaki kat umah tu.Tapi aku ni jenis yang tak boleh duduk diam jadi aku buatlah pekerjaan dropship kecil-kecil sambil - sambil tu godek jobstreet.Semua jenis kerja aku rembat tak kira samada kerja tu aku suka atau tak semua aku apply.Pada bulan 9 tarikh aku tak ingat,aku dan family ke Kuala Lumpur untuk melawat familykami kat sana.Aku ada jugak pergi interview kat sana tapi satu jea la iaitu kat company yang aku tengah kerja sekarang ni.Dah alang-alang aku ada kat KL so why not aku try my luck kan.Jadi nak dijadikan alkisahnya kan,aku pergi interview pada hari Isnin dan Selasa keesokan harinya tu cuti tp aku lupa cuti apa.Aku dapat email good news dari tempat aku interviews,Yes aku diterima bekerja dan offer letter akan dihantar kepada aku secepat mungkin.But,tunggu punya tunggu aku hari -hari tengok email tapi tak ada pon offer letter dari mereka.So.....

So.. aku pun give up ker????Tak.... aku give everything pada Allah.Kalau ni yang tebaik pada aku aku terima.Pada hujung bulan 9 selang seminggu sebelum Hari Raya Haji aku dapat offer letter tu.Alhamdulillah Ya Allah,bersyukur sangat-sangat.So dalam tempoh tu aku sedaya upaya cari umah terdekat paling dekat dengan opis tempat aku kerja.Sebab aku tau,kerja macam aku memang tak ada timing opis hour.Sehingga sekarang aku masih bekerja disini dan aku berasa seronok kerja disini,tenang damai jea rasa walaupun penat sedikit dengan kerja bila time rush hour.Tapi bila time relek???memang relek sangat-sangat sampai aku dah naik bosan sebab tak ada kerja nak buat.

Kronologi perjalanan hidup aku selepas grad:
1/7/2013-1/8/2013=Designer at Echo Broadband,Penang(1MONTH)
1/8/2013-21/10/2013= Penganggur,Kelantan(2 MONTH)
21/10/2013-21/6/2-14 =Graduate Training INSEP (8 MONTH)
21/6/2014-7/10/2014= Penganggur,Kelantan(3 MONTH)
7/10/2014-present = IC Layout Design Eng

Moral:
Aku sangat bersyukur sebab selama perjalanan hidup aku,Allah dah aturkan yang terbaik.Dia biarkan aku bekerja dan dia biarkan aku berehat dirumah bersama maa abah jaga mereka.Dia biarkan aku bekerja balik dan dia rehatkan aku selama tiga bulan untuk beri aku kesempatan jaga maa abah aku di kampung.Dan sekali lagi Dia biarkan aku bekerja dan berikan aku rezeki untuk aku berkongsi bersama maa abah dikampung.Sesungguhnya aku bersyukur dengan perjalanan hidup aku ini,segala perjalanan pelajaran aku selama empat tahun tidak disia-siakan.Alhamdulillah.Aku share perjalan kisah aku ni bukan nak bongkak ka apa tapi sebagai diari aku.Aku ni kan cepat lupa,tulis bulan lepas bulan ni dah lupa dah.Maklum lah dah 1/4 abad sudah...Hihihi

bye,
~qzulk


No comments:

Post a Comment