Tuesday, February 10, 2015

Pekerjaan Aku

Assalamualaikum.....

Ok hari ni aku nak update entry pasal pekerjaan aku plak yea,terima kasih tak terhingga kepada sesiapa yang sudi baca penulisan aku dalam blog ni.Perjalanan hidup aku,aku rasa sangat bersyukur dan berwarna warni,kerlas gitu.Ada time turun dan naiknya,tak semuanya indah belaka.Mesti ada time aku jatuh aku down dan bila time aku naik aku risau.

Ok,kita mulakan penulisan aku start dengan lepas aku grad pada tanggal 21/9/2013 kalau tak silap aku dengan umur aku sudah mengjangkau 23 tahun.Alhamdulillah tak terhingga aku ucapkan sebab aku berjaya menhabiskan degree engineering aku selama empat tahun di Unimap Perlis.

Then seminggu selepas tu aku terus masuk kerja di sebuah company telekomunikasi di Pulau Tikus Penang Island sebagai designer.Nama company tu Echo Broadband,sebenarnya company ni tempat aku buat latihan industri selama tiga bulan.Jadi priority kami dapat kerja kat situ agak tinggi sebab masa untuk traine kami balik mungkin sekejap sebab kami sudah belajar basic-basic selama praktikal dulu. Tetapi Allah telah tuliskan bahawa rezeki aku bukan kat situ,setelah sebulan bekerja iaitu aku start kerja pada 1/7/2013 sehingga 1/8/2013 aku telah diterminatekan oleh company tersebut kerana company tersebut ada masalah dari segi kekurangan project masuk.Mereka menggunakan polisi "Last In First Out" dan kebetulan department yang aku bekerja itu sangat gentng,maka nama aku termasuk sekali dalam senarai nak diterminate.Nasib baik mereka ada bagi compassion kat kami selama sebulan kerja.Jadi Raya Puasa tahun tu jatuh pada bulan 8 kalau tak silap aku.Maka dapat lah aku raya dengan family tercinta dikampung.Aku bersama geng aku yang masuk ke company tu serentak seramai enam orang tetapi yang berjaya stay kat situ tiga orang.

Selepas aku selesai konvo pada bulan 9 aku terus bertungkus lumus mencari pekerjaan.Agak susah bagi orang macam aku yang mempunyai CGPA rendah untuk berada seiring dengan mereka-mereka yang dipandang tinggi dari segi akademi.Namun Allah telah menetapkan rezeki masing-masing.Seminggu selepas aku konvo aku dapat tawaran interview sebagai IC  Layout Design Engineer di Penang,ianya adalah anjuran SHRDC and kerajaan.CIC Unimap telah menwarwarkan kepada kami para graduate yang dapat kerja untuk mencuba nasib.Setelah menihat kelayakan yang dimintak aku sudah down,Mana taknya,CGPA aku tak lepas syarat yang dia nak.Tetapi percaturan Allah itu maha hebat.Setelah aku menghantar email resume aku kepada HR SHRDC aku mendapat feedback positive tetapi disebabkan aku berasa benda itu tidak logic maka aku bertanyakan perihal aku yang tidak cukup syarat dari segi CGPA tak lepas.Namun mereka ingin memberi aku peluang dan menyuruh aku hadir untuk interview.Dengan berbekal duit seratus aku menaiki bas bersama kawan aku sama-sama ingin mencuba nasib.Alhamdulillah aku diterima untuk manjalani training selama lapan bulan iaitu dua bulan di SHRDC di selangor dan enam bulan di USAINS.Owh lupa aku nak bagitau,semasa sesi interview ada tiga buah company yang turut serta dalam program ni iaitu INSEP.Aku terpilih untuk berada di bawah company USAINS.

Selama dua bulan aku belajar mengenai IC Layout ni di Shah Alam bermula pada 11/10/2013 dan pada 1/1/2014 aku masuk USAINS di Bayan Lepas Phase 4 .Aku manjalani latihan graduate training selama enam bulan di situ.Aku menghabiskan latihan pada 21/6/2014 dan selepas itu aku bergelar penganggur balik plak dah.Sepatutnya selepas habis training aku berserta kawan yang lain selama empat orang sepatutnya diserap masuk berkerja Permanent disana.Tetapi sekali lagi disebabkan lack of project kami semua tidak diserap masuk ke company tersebut.Mungkin disebabkan tahun 2014 industri semicon mengalami kemurungan hehehe...Lagi pun company yang kami join graduate training ini hanya buat outsource ke company semicon lain like Intel,Altera dan Spansion.So dan menjadi nasib aku selalu kena terminate atas alasan project tak ada.

Selama tiga bulan jugak la aku goyang kaki kat umah tu.Tapi aku ni jenis yang tak boleh duduk diam jadi aku buatlah pekerjaan dropship kecil-kecil sambil - sambil tu godek jobstreet.Semua jenis kerja aku rembat tak kira samada kerja tu aku suka atau tak semua aku apply.Pada bulan 9 tarikh aku tak ingat,aku dan family ke Kuala Lumpur untuk melawat familykami kat sana.Aku ada jugak pergi interview kat sana tapi satu jea la iaitu kat company yang aku tengah kerja sekarang ni.Dah alang-alang aku ada kat KL so why not aku try my luck kan.Jadi nak dijadikan alkisahnya kan,aku pergi interview pada hari Isnin dan Selasa keesokan harinya tu cuti tp aku lupa cuti apa.Aku dapat email good news dari tempat aku interviews,Yes aku diterima bekerja dan offer letter akan dihantar kepada aku secepat mungkin.But,tunggu punya tunggu aku hari -hari tengok email tapi tak ada pon offer letter dari mereka.So.....

So.. aku pun give up ker????Tak.... aku give everything pada Allah.Kalau ni yang tebaik pada aku aku terima.Pada hujung bulan 9 selang seminggu sebelum Hari Raya Haji aku dapat offer letter tu.Alhamdulillah Ya Allah,bersyukur sangat-sangat.So dalam tempoh tu aku sedaya upaya cari umah terdekat paling dekat dengan opis tempat aku kerja.Sebab aku tau,kerja macam aku memang tak ada timing opis hour.Sehingga sekarang aku masih bekerja disini dan aku berasa seronok kerja disini,tenang damai jea rasa walaupun penat sedikit dengan kerja bila time rush hour.Tapi bila time relek???memang relek sangat-sangat sampai aku dah naik bosan sebab tak ada kerja nak buat.

Kronologi perjalanan hidup aku selepas grad:
1/7/2013-1/8/2013=Designer at Echo Broadband,Penang(1MONTH)
1/8/2013-21/10/2013= Penganggur,Kelantan(2 MONTH)
21/10/2013-21/6/2-14 =Graduate Training INSEP (8 MONTH)
21/6/2014-7/10/2014= Penganggur,Kelantan(3 MONTH)
7/10/2014-present = IC Layout Design Eng

Moral:
Aku sangat bersyukur sebab selama perjalanan hidup aku,Allah dah aturkan yang terbaik.Dia biarkan aku bekerja dan dia biarkan aku berehat dirumah bersama maa abah jaga mereka.Dia biarkan aku bekerja balik dan dia rehatkan aku selama tiga bulan untuk beri aku kesempatan jaga maa abah aku di kampung.Dan sekali lagi Dia biarkan aku bekerja dan berikan aku rezeki untuk aku berkongsi bersama maa abah dikampung.Sesungguhnya aku bersyukur dengan perjalanan hidup aku ini,segala perjalanan pelajaran aku selama empat tahun tidak disia-siakan.Alhamdulillah.Aku share perjalan kisah aku ni bukan nak bongkak ka apa tapi sebagai diari aku.Aku ni kan cepat lupa,tulis bulan lepas bulan ni dah lupa dah.Maklum lah dah 1/4 abad sudah...Hihihi

bye,
~qzulk


Monday, February 9, 2015

5 Sebab Aku Tak Nak Glamour

Hi hi hihihihihi...

Mesti sapa yang rajin mengikuti perkembangan entry aku berasa pelik pasaipa aku selalu update entry sejak kebelakangan ni oke.Mungkin sebab banyak idea untuk dluahkan atau pun mungkin ada isu berbangkit yang aku patut ketengahkan kan kan kan kan .Hahahaha..sebenarnya semua tu salah:

Sebab utama aku selalu rajin update entry aku sejak kebelakangan ni kerana hari ni masuk hari ke LIMA aku datang opis bukak pc then check email ak,pastu tutup pc then bukak laptop masuk bilik meeting and bukak blog tengok movie dalam ni  PENCURI MOVIE. Kalau minggu lepas aku boleh behave because that date aku start masuk kerja pada 4/2.2015 so baki hari bekerja cuma balance 3 hari but this weeks so sick lar. Dari hari Isni lagi tak ada kerja and u need to berpura-pura ada kerja and buat-buat sibuk.That 's why lar aku masuk bilik meeting sorang and watch movie there. Silence!!!!!

So aku bukak question kepada other soalan apa nak tanya aku boleh email ke : ainiqurratu16@yahoo.com oke,free jea.Selalu soalan-soalan ni orang selalu bukak dekat formspring jea kan tapi yang ni aku bukak general and can ask me.NOt semuanya oke,agak-agak soalan itu tak masuk akai so baik tak payah tanya.

5 sebab kenapa aku tak nak glamour:

1)Sebab bila ko dah start glamour ko kena well manner
Pertamanya sebab aku tak nak glamour sebab aku kena nampak smart terurus.Pakaian kena ada brand bagai dan kena cantik dan cute sentiasa.Aku ni dah la kerja biasa-biasa jer mana la nak cari duit nak beli benda-benda yang nak suruh nampak terurus dan smart sentiasa.Bagi aku kalau nak nampak well amnner paling penting ko kena jaga sikap ko.Ko da ta boleh nak korek hidung ko depan umum,korek taik gigi,garu gatai dan semuanya yang ko selalu buat.Pendek kata ko kena nampak bagus depan umum.

2)Sebab bila ko dah start glomour ko da tak ada privacy
Keduanya sebab  aku manusia yang nak kan privacy.Tak kisahlah privacy nak berak ke nak makan ke nak keluar jalan-jalan sorang-sorang ke.Semuanya perlu privacy,cuba bayangkan bila ko dan glamour and semua orang kenal ko,jadi bila ko nak masuk tandas awam pon orang boleh sempat nak ambik outograf ko sedangkan ko dah tak tahan sangat nak berak.Kalau ko ignorekan saja peminat ko tu orangcakap ko sombong la,lupa daratan la,baru naik sikit dah belagak.Tapi kalau ko layankan dan sign outograf so macam mana kalau ko tiba-tiba tercirit kat situ.Lagi la ko malu,
habis semua orang gelak kat ko pastu jatuh populariti ko.Esok hari keluar paper muka depan."SI POLAN TERBERAK DALAM SELUAR SEMASA NAK MASUK TOILET".Kompom famous terus la ko lepas tu.

3)Sebab bila ko dah start glamour ko da tak jadi diri ko
Ketiga sebab aku nak jadi diri aku yang sebenar.Yang tak perlu nak behave bila berhadapan dengan orang ramai,yang boleh duduk bersembang,gelak kuat-kuat,duduk bersila dan semabang kuat-kuat tanpa peduli orang sekeliling.Kalau diorang nak marah sebab bising maka terima la amarah diorang tu sebab sapa suruh aku tepekik telolong cakap dengan orang sebelah jea pon.Sebab bila ko da glamour ko perlu ada sebab untuk ko buat sesuatu,ko tak happy macam dulu lagi dah.Kalau dulu time ko tak glamour ko bleh lompat bila masa ko nak lompat.Tapi once ko da glamour ko kena berfikir untuk lompat sebab public is watching u.So jiwa ko tersekat,dari situ ko tak dapat lepasan aura lompatan tersebut so ko jadi murung.Hehehehe.. kesitu plak aku tapi tu la salah satu reason aku

4)Sebab bila ko dah start glamour ko akan lupakan asal usul ko
 Keempat sebab aku  ni bukan kuat iman sangat.Aku takut bila suatu hari aku jadi glamour aku akan lupa asal usul aku.Aku takut aku akan berjalan mendongak kelangit sedangkan aku lupa yang aku sedang berjalan didaratan.Kalau daratan tak ada aku nak berjalan kat mana??tak kan nak terbang macam burung kot???tak kan nak berenang macam ikan kot???Aku takut aku jadi sombong,lupa rakan-rakan aku yang sesama susah senang dulu.Dan menambahkan dosa aku yang sediaada banyak ni.So better aku elakkan kan kan kan..

5)Sebab bila ko dah start glamour maka dunia ko akan gelap
Kelima aku rasa dunia aku akan gelap bila suatu hari nanti aku glomour!!!!!Macam mana aku nak cari pakwe yang boleh menerima aku seadanya kalau dia hanya melihat populariti aku sahaja.Kesian... kesian..kesian to me.Nanti dapat fake fake fake pakwe jea.So gelap dunia aku soon.Dapat kawan time senang jea time susah lari,dapat boyfriend time cute jea,time tak cute dah tak nak.Jadi yang kekal family ja yang selama disisi.So better elakkan dari glamour,nanti gelap dunia aku tau...bahahaaha..Tapi ada ker yang nak popularkan aku ni..kikikikiki.

So conclusionnya better la aku dengan kerja aku ni.Walaupun tak diiktiraf masyarakat tapi menyumbang kepada industri semiconductor negara kita oke. Walaupun dalam komuniti yang kecik dalam negara ni dan tak semua company pakai kami tapi aku cukup berbangga sebab dari benda kecik yang kami sumbangkan inilah other foundries kat luar sana dapat sold dia punya technology.Ecececece..macam aku jer yang create circuit tu,padahal lukis-lukis jea kotak-kotak tu..kekekkekeek...tapi apa salahnya kan AKU BANGGA DENGAN KERJA AKU!!!!!!

Tulisan type tangan dari:
~qzulk

Thursday, February 5, 2015

Second Day

Hew hew hew ....

Kenapa tajuk entry aku second day????second day what????Oke semua,hari ni second day aku tak ada kerja.Selepas previous project sude settle and tengah tunggu feedback diorang so kami sekarang tengah duk rileks2 .Rileks tu memang best tapi bagi aku sehari releks is enough already oke.Bila masuk second day aku masih tak ada keja ni maka aku mati kutu.Yes betul aku boleh create keja contoh:
1) Baca article pasal design technology paling latest sekarang ni
2) Baca article pasal layout
3) Baca article pasal software layout selain aku pakai sekarang ni
4) Baca article pasal a good routing for ic design
5) Baca article pasal rule layout
6) Baca dan baca dan search benda berfaedah oke

Kesimpulannya:
Aku kena banyak membaca dan study sebab aku budak baru,newbie dalam bidang IC Layout ni.

Please give me task...huhu..event suruh lukis inverter pon aku rela..punya la kebosanan.Memang adat kerja design ic layout ni kalau sibuk tu memang sangat sibuk.Sampaikan nak pergi toilet pun kena lari sebab nk save time berjalan.Nak terkuncil pun kena tunggu tahap genting sebab tak nak spend masa lama dalam toilet.Lunch kami akan order jea sebab tak nak bazirkan masa pergi keluar lunch.Masa rehat aku hanya bila tiba waktu solat,time tu la maso untuk balas whatapps,wechat,telegram and mesage.Balik keja lewat sampai pukul 2,3,4,5,6,7,8,9 pagi .... 2.30 petang hari berikutnya.Nak tidur kat opis da buat da.

Aku rindu saat tu la plak bila time2 ni,time aku tengah dak ada buat layout ni.Tangan rasa gian nak tengok color-color layout,nak ukur jarak,nak gerakkan otak supaya fikir a good way to reduce space and good routing....Please job... come to me soon.MATI KUTU WEI BILA PROJECT TAK ADA NI.


Sekian,
~qzulk

Sunday, January 4, 2015

Hikmah Disebalik Dugaan

Assalamualaikum,

Baru-baru ni negara kita terutamanya negeri-negeri disebelah pantai timur seperti Kelantan,Terengganu dan Pahang telah berlaku banjir teruk.Aku berasal dari Kuala Krai,salah sebuah daerah di Kelantan yang lupus keseluruhannya ketika bah besar berlaku.Tapi daerah Kuala itu besar,secara terperincinya aku tinggal di Kg.Telkong Kuala Krai Kelantan.Kampung aku juga terkena tempias banjir tetapi kawasan rumah aku Alhamdulillah selamat dari air bah. Syukur Ya Allah kerana memelihara keselamatan keluarga,aku tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan sekiranya bah besar ini juga sampai ke kawasan rumah ku, mungkin aku juga senasib dengan kawan-kawanku yang lain. Yang mana ada dikalangan mereka kehilangan rumah,ahli keluarga,binatang ternakan dan juga harta benda.Harta benda boleh dicari tapi nyawa tiada ganti.

Setiap hari di facebook dan juga di blog-blog pasti ada memaparkan berita mengenai pasca banjir ini,Alhamdulillah ramai tangan membantu mereka yang sangat memerlukan bantuan.Syabas aku ucapkan,hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian semua.

Bila direnungkan kembali dugaan yang Allah berikan keapada kita semua mangsa banjir ini.Dan melihat kepada tangan-tangan suci yang memberi bantuan,aku tersenyum sendiri.Mungkin kepada sesiapa yang melihat aku ketika itu menganggap aku kurang siuman atau lebih tepat lagi gila.Aku berfikir,berfikir hikmah disebalik semua dugaan ini.Allah nak bantu kita semua rupanya,Maha Suci Allah,Dia lah pemberi nikmat kepada sekalian makluk. 

Bila kita renungkan apa yang berlaku pasca banjir????Banyak bantuan dari setiap pelosok sampai ke mangsa banjir.Itu maknanya Allah nak tambahkan pahala kita sebanyak mungkin dengan melipat ganda pahala sedekah kita kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan.Ingatlah semua,dunia kita tak lagi muda.Ingatlah semua kiamat bukan kebelakang tapi sedang berhadapan dengan kita.Dan kita tak tahu ajal kita sampai bila. Selagi ada hayat ini baguslah kita menggunakan dengan sebaik mungkin, jika yang berkemampuan boleh dermakan tak kira dari segi kewangan,barangan,keperluan kepada mangsa banjir.

Allah nak tolong kita sebenarnya,cuba lihat jika tiada musibah sebegini.Mungkin kita masih leka dengan dunia ni dan tidak bertaubat kepadanya.Jika tiada musibah sebegini mungkin kita tidak akan menderma dan bersedekah harta kita kepada mereka diluar sana.Jika tiada musibah begini mungkin kita tiada kata sepakat bantu membantu mereka dalam kesusahan.Jika tiada musibah sebegini mungkin kita masih lalai dengan dunia dari melihat KekuasaanNya Ya Allah.

Aku bukan mahu membebel tapi itulah hakikat manusia,cepat lupa pada pencipta.Sayu bila aku tengok gambar kampung lama aku dulu,namanya Kampung Dusun Nyiur Kuala Krai Kelantan.Dah macam padang jarak keadaanya,rumah banyak yang hilang,kalau ada pun sebijik rumah tu dah diangkat oleh arus deras ke tempat lain.Subhanallah Maha Suci Allah,sungguh hebat kuasa Allah.Rumah yang terpacak teguh diatas tiang boleh beralih tempat ke tempat lain.Mengucap panjang aku bila melihat kejadian tu,Allah Maha Besar.

Semoga dengan tahun baru ini sama-sama la kita cuba mengambil sebanyak mungkin pahala selagi masih diberi kesempatan olehNya.

Sekian,
~Qzulk

Saturday, November 22, 2014

Balik La Kepada Allah S.W.T

Lepaskan ia pergi atau simpan sebagai duri.Aku tak pasti samada apa yang aku tulis sekarang ni adalah dari fikiran waras aku atau kehendak hati yang terasa dibebani.Siapa yang dapat memahami pegolakan hati aku sendiri selain Allah,tapi kenapa tidak aku meminta pertolongan dari Nya.Aku rasa aku kuat,kadang-kadang aku sendiri tak dapat nak menampung apa yang aku alami.Malas untuk aku ceritakan pada orang bukan sebab aku anggap semuanya tidak penting tetapi aku malas untuk menjadikan masalah aku itu sebagai topic atau isu kepada yang lain.Biar lah aku simpan sendiri,pernah aku berfikir untuk menunggu dan menunggu sahaja sehingga hal tersebut datang namun aku tetap memikirnya lagi.Terlalu banyak untuk aku uruskan,Ya Allah aku terlalu mengejar duniawi sehingga kadang-kadang selalu melupakan kan Mu dan meletakkan Mu dibelakang.Tanpa aku menyedari bahawa aku mungkin sahaja segala dugaan ini supaya aku kembali kepadaMu dan menyerahkan segalanya sambil berdoa meminta pertolongan dariMu.Aku menjadi buntu,lalu bila kurasakan beban itu sudah tidak mampu tertanggung lagi oleh ku,maka aku mencari teman-teman jauh dari laman fb untuk aku meluahkan segala keperitan dihatiku ini sedangkan aku lupa pada Mu yang berada dekat disisi ku sentiasa.Aku lupa pada kedua ibu bapa ku yang selayaknya mempunya hak dalam segala keputusan terhadap aku.Aku lupa diri,aku perlu muhasabah diri,aku perlu sedar siapa diri aku yang sebenar,dunia ini hanya pinjaman semata-mata.Gunakan ia untuk kebaikan.Berapa banyak masa lagi untuk aku bazirkan?????aku dah penat dan aku buntu sekarang.

“asking” atau “persoalan”

ASSALAMUALAIKUM,

Hi semua,hee kepada sesiapa yang sudi lagi nak jengah ke blog aku yang kusut masai dan terabai ni terima kasih aku ucapkan.Tajuk malam ni “asking” atau “persoalan”.Oke berbalik kepada persoalan.Bila kita nak tanya or lontarkan apa-apa soalan kepada sesiapa sahaja mesti kita akan fikir dulu susunan soalan yang kita nak tanya tu kan? Bukan main terjah jea nak Tanya walaupun dia adalah maa abah kita,adik beradik kita mahupun geng rapat kita.Sedangkan adik beradik yang rapat pun kita mesti pandai susun soalan apa yang boleh tanya dan soalan apa yang tak sepatutnya kita tanya.Inikan pula rakan sekerja dan geng rapat. Sebab setiap soalan yang kita tanya tu perlu fikir dulu supaya sikap hormat ada antara satu sama lain.Bukan seperti bila dia dah jadi geng aku so aku mesti hilang rasa hormat kat dia????Answer is NO and NEVER,jawapan nya senang jea.Bila seseorang tu dah jadi geng and boleh dikatakan dah satu kepala gila-gila jadi nak tanya apa pun dah tak ada batas sebab dah berkawan lama tapi kenapa bila kita dengan adik beradik mesti ada certain-certain soalan yang boleh ditanya dan ada certain-certain soalan yang patut biarkan jea sehingga dia reveal sendiri.sedangkan kita kenal adik beradik kita lebih lama dari kita kenal geng kita???

Ok malam ni aku nak utarakan satu pendapat la kan,ni bagi pendapat aku la dan tak salah kalau kita berbeza pendapat pun kan. Bila ada orang tanya pasal contohnya “berapa duit gaji” so kita jawab ok la untuk hidup.Jadi walau apa pun jawapan yang dia bagi kita kena respect kerana itu hak dia nak jawab macam mana sebab soalan subjektif.Memang jawapan dia tak kena untuk soalan kerana soalan tanya amount dan dia bagi jawapan general.Tapi bila berbalik kepada yang menanya soalan pulak apa hak kamu nak tahu gaji orang berapa???lebih-lebih lagi bila dia orang yang baru kita kenal… so hati-hati bila nak bertanya soalan pada orang walaupun kamu kenal rapat dengan dia.Hormati hak dia,tak semua benda dia nak share dengan orang dan hanya orang nak menyibuk jea yang suka Tanya macam-macam ni..hee  opss sori terlebih kata sudah.

Dan respek la jawapan dia sebab mungkin dia ada sebab kenapa jawapan dia general.Pssstt: aku pun tak suka nak sibuk pasal gaji orang . Mungkin gaji dia ciput and dia segan nak bagitahu orang nilai gaji dia.Mungkin gaji dia tinggi dan dia tak suka berlagak nak bagitahu gaji dia sebab walau ada satu titik riak dalam hati pun tak baik tau.Mungkin dia da sign contract dengan company dia bagitahu benda tu private and confidential.Mungkin dia ni suka berahsia dari nak reveal apa-apa.Mungkin dia nk low profile dan selamber jea,tak nak ambil port pasal gaji.Asal boleh makan pakai hidup dimuka bumi ni pon da Alhamdulillah.

Bentuk-bentuk soalan yang akan diterima baik oleh penjawab soalan adalah yang berkaitan kehidupan dan bukan kebendaan.Mana satu yang kita lagi suka persoalan “apa khabar”,  “kerja sekarang macam mana” ,dengan  “bila nak beli kereta”, “gaji kau bila nak naik???nak open table ni”.dari situ pun kita boleh Nampak yang mana lebih penting????Dia nak tahu pasal kita ke nak tahu pasal benda lain.Soalan Tanya tentang kita lagi senang nak jawab dari soalan yang Tanya pasal benda-benda yang kita sendiri belum tahu samada kita mampu kecapi tak sebelum meninggal.


Pssttt :Berfikir sebelum bertanya banyak kebaikan dari bertanya dahulu then baru nak fikir. 

Tuesday, March 18, 2014

Baguih

Assalamualaikum....

Semalam membe aku duk sibuk pasai video baru Mat Lutfi,then pagi ni bila sampai ofice baru aku ada kesempatan nak tengok video ni.Komen aku pasal video ni baguih sangat la sebabnya orang kita zaman la ni semakin ramai hat pandai bercakap dari duk diam.Bila sekalian layan video ni paham-paham la apa maksud tersirat tu.


Sekain.

Sunday, March 16, 2014

15 MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”. H.R Tarmizi.
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w. Ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Firman Allah SWT
:لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. Ar-Ra'du

(11). FirmanNya yang lain: 

أَلَمۡ يَرَوۡاْ كَمۡ أَهۡلَكۡنَا مِن قَبۡلِهِم مِّن قَرۡنٍ۬ مَّكَّنَّـٰهُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ مَا لَمۡ نُمَكِّن لَّكُمۡ وَأَرۡسَلۡنَا ٱلسَّمَآءَ عَلَيۡہِم مِّدۡرَارً۬ا وَجَعَلۡنَا ٱلۡأَنۡهَـٰرَ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمۡ فَأَهۡلَكۡنَـٰهُم بِذُنُوبِہِمۡ وَأَنشَأۡنَا مِنۢ بَعۡدِهِمۡ قَرۡنًا ءَاخَرِينَ

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain? Al-An'aam(6).