Saturday, November 22, 2014

“asking” atau “persoalan”

ASSALAMUALAIKUM,

Hi semua,hee kepada sesiapa yang sudi lagi nak jengah ke blog aku yang kusut masai dan terabai ni terima kasih aku ucapkan.Tajuk malam ni “asking” atau “persoalan”.Oke berbalik kepada persoalan.Bila kita nak tanya or lontarkan apa-apa soalan kepada sesiapa sahaja mesti kita akan fikir dulu susunan soalan yang kita nak tanya tu kan? Bukan main terjah jea nak Tanya walaupun dia adalah maa abah kita,adik beradik kita mahupun geng rapat kita.Sedangkan adik beradik yang rapat pun kita mesti pandai susun soalan apa yang boleh tanya dan soalan apa yang tak sepatutnya kita tanya.Inikan pula rakan sekerja dan geng rapat. Sebab setiap soalan yang kita tanya tu perlu fikir dulu supaya sikap hormat ada antara satu sama lain.Bukan seperti bila dia dah jadi geng aku so aku mesti hilang rasa hormat kat dia????Answer is NO and NEVER,jawapan nya senang jea.Bila seseorang tu dah jadi geng and boleh dikatakan dah satu kepala gila-gila jadi nak tanya apa pun dah tak ada batas sebab dah berkawan lama tapi kenapa bila kita dengan adik beradik mesti ada certain-certain soalan yang boleh ditanya dan ada certain-certain soalan yang patut biarkan jea sehingga dia reveal sendiri.sedangkan kita kenal adik beradik kita lebih lama dari kita kenal geng kita???

Ok malam ni aku nak utarakan satu pendapat la kan,ni bagi pendapat aku la dan tak salah kalau kita berbeza pendapat pun kan. Bila ada orang tanya pasal contohnya “berapa duit gaji” so kita jawab ok la untuk hidup.Jadi walau apa pun jawapan yang dia bagi kita kena respect kerana itu hak dia nak jawab macam mana sebab soalan subjektif.Memang jawapan dia tak kena untuk soalan kerana soalan tanya amount dan dia bagi jawapan general.Tapi bila berbalik kepada yang menanya soalan pulak apa hak kamu nak tahu gaji orang berapa???lebih-lebih lagi bila dia orang yang baru kita kenal… so hati-hati bila nak bertanya soalan pada orang walaupun kamu kenal rapat dengan dia.Hormati hak dia,tak semua benda dia nak share dengan orang dan hanya orang nak menyibuk jea yang suka Tanya macam-macam ni..hee  opss sori terlebih kata sudah.

Dan respek la jawapan dia sebab mungkin dia ada sebab kenapa jawapan dia general.Pssstt: aku pun tak suka nak sibuk pasal gaji orang . Mungkin gaji dia ciput and dia segan nak bagitahu orang nilai gaji dia.Mungkin gaji dia tinggi dan dia tak suka berlagak nak bagitahu gaji dia sebab walau ada satu titik riak dalam hati pun tak baik tau.Mungkin dia da sign contract dengan company dia bagitahu benda tu private and confidential.Mungkin dia ni suka berahsia dari nak reveal apa-apa.Mungkin dia nk low profile dan selamber jea,tak nak ambil port pasal gaji.Asal boleh makan pakai hidup dimuka bumi ni pon da Alhamdulillah.

Bentuk-bentuk soalan yang akan diterima baik oleh penjawab soalan adalah yang berkaitan kehidupan dan bukan kebendaan.Mana satu yang kita lagi suka persoalan “apa khabar”,  “kerja sekarang macam mana” ,dengan  “bila nak beli kereta”, “gaji kau bila nak naik???nak open table ni”.dari situ pun kita boleh Nampak yang mana lebih penting????Dia nak tahu pasal kita ke nak tahu pasal benda lain.Soalan Tanya tentang kita lagi senang nak jawab dari soalan yang Tanya pasal benda-benda yang kita sendiri belum tahu samada kita mampu kecapi tak sebelum meninggal.


Pssttt :Berfikir sebelum bertanya banyak kebaikan dari bertanya dahulu then baru nak fikir. 

No comments:

Post a Comment