Thursday, December 29, 2011

11 Jenis Manusia Yang Didoa Malaikat

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah




Kita Sebenarnya

KITA SEBENARNYA.. 
lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih membesarkan Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.

KITA SEBENARNYA..

lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujaan.

KITA SEBENARNYA..

lebih suka menyebut hello atau hai drpd Assalamualaikum.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka membaca majalah drpd buku2 agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka memaki,mengumpat orang drpd doakan mereka.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih bangga dgn kejahilan drpd bersyukur dgn keimanan kita.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.

KITA SEBENARNYA.. 

lebih suka menuju ke syurga daripada neraka.

**Tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

Zikir Untuk Siapa???

Assalamualaikum




Orang lain semua pakat duk cerita tentang drama tentang dhia.aku nak cerita jugak.hahahaha.....terkejut ngan ending dia.Tak sangka yea dua-dua boleh mati.Tu la di namakan sehidup semati.Sebenarnya aku baru tengok sampai episode 20 petang tadi.Almaklumlah sibuk dengan kerja + plak dengan tv rosak.Jadi kena tengok yang donlod punyer la jawabnya.Ni dah tengok ending nyer,da tahu jadi cena jadi malaslah plak nak abiskan cerita yang masih bersisa tu....hurm..bagi aku cerita tu bagus,sebab sarat dengan pengajaran.tapi bab ending tu la.agak terkejut,bukan terkejut sebab mati tapi aku bayangkan tadi boleh la jugak Ku Salmi tu menggelupar dengan dosa yang dia da buat selama ni.Tapi bila tengok-tengok jam dah kul 7.45 p.m.Hurm x da la cerita ni nak terang satu-satu pasal balasan yang mak Zikir tu nak dapat.Tapi part aku paling suka bila Raffi sebut ayat camni "Zikir untuk Dhia" dalam episode lepas yang mengingat kan aku tentang tajuk sebenar cerita ni.Anyway congrazzz untuk penulis skrip cerita ni.Juga kepada yang menjayakan drama bersiri ni..

Wasalam

Mampu Tersenyum

Assalamualaikum

Sekarang ni aku mampu tersenyum sahaja.Bukan kerana sudah puas dan berasa bagus tetapi kerana berserah kepadaNya.Dan aku sudah berjanji bahaya aku akan berubah sedikit demi sedikit.Terutama dari segi perangai mula-mula sekali.Sebab yang tu yang penting.

Pertama,bila aku tak suka sesuatu benda tu aku akan diam,diam seluruhnya.Kalau dulu aku mungkin akan marah-marah dan lepaskan rasa ketidak puashati aku tu pada yang berkenaan,Tapi sekarang aku nekad untuk let it go.Biar la dalam hati ni menanah macam mana pom.Aku akan sedaya upaya mengawal marahku.Dulu-dulu masa kat matrik kakak angkat aku sudah banyak kali berpesan.Dik cuma ada satu ja kelemahan,iaitu marah.Kalau adik boleh kawal marah adik tu.InsyaAllah semuanya akan baik.Adik x mo kawan ngan syaitan kan,Jadi jangan ikut perangai dia.

Kedua,bila hati tak meredhai.Aku cuma akan cakap sekali ja.Lepas tu aku akan diam.Diam yang tak bermakna aku mengiakan segalanya.Tapi sebab aku sudah menyatakan hati aku.Dan tiada kali kedua lagi.Jadi selepas menyuarakan pendapat aku,lebih baik diam and wat don now ja.Jangan layan.

Ketiga,aku kena lebih rajin beribadat.Bukan sahaja yang wajib perlu dilakukan tetapi mesti dususuli dengan yang sunat.Supaya aku lebih berdisiplin dalam kerja seharian aku.Agar hidup lebih teratur

Cukup dulu 3 perkara ni untuk aku setelkan.Sebelum lagi banyak perkara yang bakal menjengah aku...

Wasalam

Tuesday, December 27, 2011

Malam Yang Tak Berapa Nak Sepi

Assalamualaikum....

malam ni tak sunyi,jauh sekali sepi.mungkin malam masih awal...baru kul 9.08 p.m.motor-motor mak gad pom masih berkeliaran kat tepi umah aku ni.mungkin sebab semalam ada kes kecurian lagi jadi semua org sibuk menjalankan tugas masing-masing termasuk aku.apa tugas aku yea????tugas aku ialah tamatkan pengajian aku kat sini dan abis jer terus p cari keje,ringankan beban maa abah.nanti tiap2 bulan boleh bagi duit.hasil dari pekerjaan halal aku.

tiba-tiba rasa nak berubah plak malam ni.jadi anak yang bagus-bagus untuk kedua ibu bapa aku.hurm moga-moga dapat la kau berubah wahai budak kecik.aku tak mintak banyak,cukup la berubah dari dalam dahulu.aku pom  tak mahu berubah secara mengejut.takut nanti aku sendiri yang terkejut.and then perubahan aku tu tak lama.aku tak nak la macam tu.bagi aku kalau kita da berubah sekali tu biar la kekal selama-lamanya.asalkan berubah kepada kearah kebaikan..

aku sebenarnya banyak lagi yang tak betul.sedang menunggu orang untuk memperbetulkan aku atau aku sendiri yang perlu betulkan diri aku ni.terutama dari segi perangai aku,sikap panas baran,marah tak tercontrol,mulut yang pantas mengeluarkan ayat2 yang boleh menyakitkan hati orang,pemalas,dan macam bagai lagi la...kenapa la baru hari ni aku sedar yang aku punya la banyak perangai x elok...aihhhh tapi mungkin ada orang yang berjaya menyedarkan aku.tanpa dia sendiri sedari.yang buat aku berasa mahu berubah jadi lagi bagus

hati aku bukan keras mn sangat pom.bila da tersentuh tu sekejap ja aku boleh berubah.errmmm...tapi bila masuk bab2 nak ngurat ke tackel ke.otomatik dia jadi keras.bukan keras kerak nasi or keras lekuk batu ni.tapi sekeras benda yang keras.tapi kalau bab-bab keagamaan senang ja aku nak lembut hati.cuma belum ada sapa lagi yang nak ajar aku bab-bab agama ni...

sekian dahulu...

wasalam

Sunday, December 25, 2011

Perut Ketat

Assalamualaikum semua...

Malam ni aku dinner ngan member umah yang tak balik kampung.Menu aku iaitu mee goreng basah yang dibeli oleh member aku kat Samudera.Situated dekat trafic light Kuala Perlis.Tempat dia besh,kalau malam2 aku sarankan korang pkai baju sejuk tebal2 kalau nak menikmati makan malam kat belah luar.Kalau kat belah dalam pakai la nak pakai baju macam mana pom.Asal korang tak kesejukan dalam menikmati hidangan tu nanti.

Alhamdulillah,kenyang suda.Setelah petang tadi aku ngan membe umah suda tibai megi kari.Tapi perut perlu di isi untuk malam pula.Dan akibatnya,aku tak mampu fokus study lagi buat masa ni kerana perlu tarik nafas dalam-dalam menaip di keyboard.Semput mak aih....sabo ja la.

Saturday, December 24, 2011

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Assalamualaikum semua...heee..


Lama suda aku tak menaip disini.Tiada  apa info menarik untuk dikongsi bersama.Sekarang ni musin study weeks bagi student2 universiti.Tak kira dimana sahaja anda berada.Ramai yang dah bungkus kain baju sebab nak balik kampung mintak restu  maa abah kat kampung.Tak termasuk aku,Almaklum la.rumah ku jauh dipantai timur dan aku sedang menuntut ilmu diutara tanah air.menunggu masa lagi setaun lebih untuk  grad.


Disini aku nak kongsikan beberapa tips yang berguna untuk diamalkan bersama.Boleh dilakukan dalam study weeks ni.Sebagai study smart.Diaharap semuanya berjalan lancar,jaga kesihatan elok-elok sebab bila kita sakit nanti.Otak pom tidak dapat bekerja dengan elok.


Jom kita intai,apa tips yang nak  kongsikan bersama pembaca semua:


Tips menjadi student gempak mengikut Al-Quran


1)Letakkan keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
-"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]




2)Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
-"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]


-Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.




3)Prioriti. Mengutamakan apa yang utama
-"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
-Dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 

-Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

-Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

-Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru dan lain-lain kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.


4)Prihatin sesama kita
-"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]


-Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.




5)Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
-"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]


-Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.




6)Jujur, amanah
-" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]


-Bukankah kita telah berjanji dengan ibu bapa kita, pihak penaja dan juga kepada semua untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

-Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."


7)Tepati waktu
-sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita.

-Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

SELAMAT BERAMAL SEMUA

Beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

Friday, December 23, 2011

Antara 10 Tabiat Rosakkan Otak :

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sunday, December 18, 2011

Lulus

Walaupun: 
Kita LULUS UPSR
Kita LULUS PMR
Kita LULUS SPM
Kita LULUS STPM
Kita LULUS STAM

Tapi adakah SPM yang satu lagi kita akan LULUS?
Hanya ALLAH yang tahu...

Nak tahu apa lagi satu SPM tu?

♥ Soalan Padang Mahsyar ♥

Saya Bukan Milik Sesiapa...

Si Jejaka:Hi awak, boleh berkenalan, da lama saya perhatikan awak.
Si gadis:Assalamualaikum…sape ni?

Si Jejaka:waalaikumussalam..saya *hamba ALLAH*.Terus terang saya rasa tertarik hati ngan awak ,Tapi sebelum tu boleh saya tau awak sudah berpunya ke belum?
Si gadis :Selagi belum bernikah saya bukan kepunyaan sapa2.ish3…

Si Jejaka: Boleh tak kte berkawan?
Si gadis:mintak maaf, saya takut persahabatan yang dibina bertukar kepada rasa cinta.Saya harap awak faham.

Si Jejaka: baguslah kalau begitu, tak salah kan.
Si gadis:itu salah.. cinta sebelum nikah adalah HARAM.

Si jejaka :0oo ok..so macam mana saya nak dekati awak?
Si gadis:dekati abah dan mama saya.kalau mereka setuju terus masuk meminang, kan senang.

Si jejaka: err….macam tu ke..kenapa kena melalu family awak dulu?
Si gadis:sebab saya tak nak terjatuh cinta ngan awak sebelum nikah.Saya tak nak mulakan zina hati.

Si jejaka:saya faham,kalau saya tak mampu lagi nak meminang awak?
Si gadis :simpanlah cinta dan rindu itu di dalam hati, sehingga ALLAH bagi kemudahan pada awak.Mencintai tidak semestinya memiliki.Redha akan takdir yang ditentukan ALLAH.
Si jejaka :ok saya faham.

Si gadis:trima kasih, saya ada hal ni..assalamualaikum
Si jejaka:waalaikumussalam.

Saturday, December 17, 2011

Jodoh

Tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...

Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...

Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya ...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia....

Wednesday, December 14, 2011

Berkira La Lagi

Haishhh...dengan pelajaran pom nak berkira ke?.Bila beli jeans,kasut,baju,beg,jam sume nak mahal-mahal.Tak berkira, tapi bila masuk bab untuk study mesti kena berkira.
Pada pendapat aku,sebabnyer liat nak beli bendalah macam buku ke?barang-barang untuk lab project ke?cam board ke?7 segment ke?perintang ke?LED ke?wayar ke?testpen ke?usb cabel ke?addapter ke?satu jea sebab iaitu sebab tak minat.Tak tau nak korek minat kat mana lagi.Bila sebut pasal nk beli bendalah macam ni mesti kena pikir banyak-banyak kali.Then tanya harga,pastu pikir balik sem depan pakai lagi tak benda ni.Pastu pikir lagi,laau tak pakai nak jual kat junior plak la.Dapat balik duit melabur.


Tapi bila sampai bab baju,bila ada duit lebih jea.X penah nak tanya harga dulu sebelum pegang tu.Bila da naik kat mata turun ke hati,hati cakap ok beli.Kite pom p gesel-gesel tangan rasa jenis kain tu.Ok mulut otomatik cakap.Saya nak beli baju ni brape rm???Hurm ok.xleh kurang ke??Hurm x leh yea???Hurm x pela.Saya amik jugak.Bye....


1  7segment rm 1.50
2 means rm 3
ok + ngan 
perintang 11 biji
= 11 * 0.30 = rm3.30
total cos = rm 3+rm 3.30 =rm 6.30


Kalau nak dibandingkan dengan jeans,baju,beg,kasut sume bagai tu.Nilai ni seciput ja kot dengan sekali makan snack plate kat KFC... 

Saturday, December 10, 2011

Sebab Bulan

Awak
Nape cepat sangat
Kite baru jea nga belek2 blog kwn
Cari gambar gerhana bulan td
Sebab kite nak bagi awak tgok
Cepat nyer awak da off chat
Kite kena belek satu2 senarai blog yg kite follow
Sebab tu lama sikit
Tp tup
Awak da off
Kite sedih tau
Kite tahu awak tak dapat tengok gehana bulan tadi
Sebab awak cakap tempat awak mendung
Kite tak ada kamera canggih2 nak tgkap gambar
Nak bagi awak tengok
Kite nak awak entgok
Kalau boleh nak ja kite ngan awak tengok bulan tu td sama-sama
Sweet sangat
Kite da cepat dah wak
Tapi  tenet tu yg slow
Sampai kite klik banyak-banyak kali
Benda tu duk pusing-pusing lagi
Bukan salah kite yea wak
Kite tinggal awak 5 mnit jea
Tapi kite da tinggalkan link tu kat mesage awak
Harap awak klik yea
klik sini tau wak..."klik"

 Tulisan kite kali ni sengaja kite wat merah
Sebab kite da geram ngan awak
Ase nk wat daging salai ja..
Hee

Kalau Kau Nak Kedekut

Puisi untuk Si Kedekut




Kalau kau nak kedekut,
Kau kedekut la sorang-sorang.
Tak ada sapa nak berebut ngan kau
Kalau kau nak sangat benda tu kau amik sorang sorang-sorang
Sebab tak ada sapa nak berebut ngan ko
Tapi ko lupa satu perkara.
Kalau rezeki tu dah tak ada kat ko
Ko masih boleh dapat ke??
Kalau nak masuk
Masuk la sorang-sorang
Sebab tak ada orang nak berebut masuk ngan ko
Tapi ko lupa
Rakyat Malaysia ni bukan ko sorang
Kalau kau nak simpan
Simpan la sorang-sorang
Tapi nasihat ak kat ko 
Ko jangan la teruskan dengan perangai kedekut ko ni
Bukan sebab hape???
Takut ko ilang banyak kawan
Kedekut bukan setakat ilmu jea aku nak cakap
Tapi kedekut peluang yang bagus untuk semua orang
Yang mana kawan-kawan ko tak tahu
Aku tahu ko nak rembat benda tu sorang-sorang
Dan bila kawan-kawan da tahu,ko buat-buat dah tahu
Or ko buat-buat cakap dulu ko da bagitahu pasal hal ni
Tapi hakikatnya ko kedekut.
Duit tu bukan duit ko
Cuma ko takut sebenarnya
Takut ko kalah bila kawan ko dapat lebih dari ko
Sebab aku tahu ko jenis macam mana
Jenis kedekut nak MAMPUS
Apa punyer perangai la ko ni
Nantikami buat camtu kat ko
Baru ko sedar
Merepek-repek cakap kami tak bagitau
Ingat makan ingat simpan la kawan
Dulu-dulu time kami susah ada ko tolong
Tak dek kan???
Bila ko susah 
Pandai pulak ko hangin satu badan
Tapi tak pe la,bukan sekejap kite kawan beb
Lama dowh...
Status dan ayat ko pom aku boleh hafal la
Untuk yang ada perangai ni
Beringat ingat la yea
Sebab kami da tahu perangai ko
Kedekut tak mahu bagitau
Benda yang baik pom berkira sangat ke??
Ape punyer kedekut la ko
Ke dulu-dulu ada keturunan haji bahkil jugak ni...




P/s:kepada kawan-kawan yang mempunyai maklumat yang boleh dishare bersama kawan.Cthnya:peluang nak cepat kaya(tapi bukan skim cepat kaya) tlg la share ngan kawan ampa yang tak tahu tu.Cukup tak paham dengan makhluk yang makan sorang-sorang.Tamak macam dia sorang yang hidup dalam dunia ni...

Titi tinggi...

Jom naek titi.Semalam aku berjalan bersama  Cik Wani  sekitar Seberang Ramai.Pasti ramai yang tidak mengenalinya kan???hahha...tetapi tempat yang kami nak tuju bukanlah disitu sebenarnya.Cuma jalan menuju ke Kampung Nelayan tu mesti melalui Seberang Ramai Kuala Perlis.Kami p dengan menggunakan dua belah kaki yang diberikan secara percuma.Masa perjalanan memakan lebih kurang 45 minit.Jauh tuh....


Jalan punyer jalan kami bertanya dengan orang kampung ni jalan nak p jambatan kat kampung nelayan.Mak cik tu pun dengan baik hati menyuruh sorang budak baik ni tolong tunjukkan kami tempat titi tinggi tu.Setelah melaui jalan yang bengkang-bengkok memang aku berani jamin la tak dapat keluar balik dah pasni. Masuk punyer masuk akhirnya sampai la jugak...


Inilah yang aku dapat semalam....Jom layan..













Nampak macam gambar-gambar lama kan???dengan keadaan titi yang berkarat.Ditambah pula dengan suasana hening petang-petang...Macam ni la kalau nak tahu keadaan kampung nelayan yang sebenarnya.Bila berada diatas tu kita boleh nampak dari arah belakang dan depan sekitar kuala perlis..Rupa-rupanya jauh jugak la berjalan ni.Patut la kaki ada lenguh-lenguh...Ini bukan gambar taun 60 -an tau .Ni gambar kampung nelayan kuala perlis taun 9/12/2011 pada pukul 6.30 p.m.


Tak payah nak tanya macam mana kami nak patah balik.Memang jenuh tanya orang jugak la.Nasib la ada adik gurl yang sudi bagitau kat kami jalan nak pulang..

apa?rantai burung hantu tak boleh pakai????

Assalamualaikum semua...




Terkejut kan dengan tajuk entry aku kat atast tu...yeap betul.sebenarnya aku baru jea baca entry pasal rantai yang lambang burung hantu ni tak boleh pakai.Mungkun ramai yang tidak tahu sebenarnya..termasuk aku sendiri.Ini merupaka info yang berguna kepada kita.Nasib la aku hanya memasang niat untuk membeli nya secara online.Nampak menarik jika digandingkan dengan selendang.Namun ada sesuatu disebalik rantai tersebut.nak tahu lebih lanjut disini ada ceritanya..


Jom kite terjah "sini" .


Share2 kan sesama kiter..

Friday, December 9, 2011

Internet

Aku hanya boleh study lepas pukul 2 a.m.Sebab lepas itu ja aku boleh fokus.Bukak sebab hape,cuma time ni la line tenet kawasan kolej kediaman merangkap seluruh seisi kolej kediaman sekitar perlis akan dipotong.Sebelum pukul 2 a.m budak-budak ni memang akan pulun study,tapi study  internet. Termasuklah aku yang sememangnya kaki internet neyh.Then akan disambung balik pada pukul 4 a.m.Tak lebih tak kurang sebab aku selalu mengkaji time dia onkan balik line tu.


Ni la hakikat selama tempoh belajar kat sini.selama pat taun.Lain la kalau aku kaya sikit mampu beli beruk band.Mak ada utarakan untuk beli beruk band sebab aku duk pulun downlod lagu dari beruk band kakak aku punyer.Tapi untuk kebaikan aku kakak aku cakap tak payah ...macam ni perbualannya..

Aku : ma tengok ni,adik donlod lagu nasyid-nasyid yang best
Ma: adik nak gak ke?
Aku :sengih kambing hehe...
Kakak: tak payah
Ma: kite beli la dia satu,senang nak study
Aku :diam dengan biji mata besar-besar, mata kedip-kedip banyak kali
Kakak: tak yah la ma,nati dia duk kijo donlod lagu cerita jah.Bukan study sangat pom,nati tak abis-abis fb 24 jam sari selama tiap-tiap hari..
Ma: diam..sambil tengok aku
Aku:lagi diam sambil wat bodo duk dunlod video clip
Ma : Ok.tak payah beli
Aku: Alhamdulillah...selamat masa depan aku...

sewel

Aku boleh jadi sewel camni.Tadi da post satu entry,ni nak post lagi.Nak cakap ngan orang tak boleh.Nak nyanyi sorang-sorang sore tak sedap pulak.Hurm...keje melalak tak tentu pasal .Jadik sesape yang lalu sebelah bilik aku tu buat-buat tak dengar la yea.Sebab inilah salah satu cara aku untuk berada dalam kondisi manusia lagi.Bukan macam member aku sorang tu.Masuk ja ari cuti dia boleh duk umah dalam bilik.kuar bila nak beli makan ja.


Aku nak cakap ngan sapa?
Ngan bantal golek?
Aku nak sembang ngan sapa?
Ngan katil,tuala ni sume..?
Aishhh...nanti tak pasal-pasal aku kena pkai baju
Baju wad mental...
Nanti x pasal-pasal esok kuar paper..
"Seorang pelajar dari Universiti engineering didapati mengalami masalah mental"
HEHE...


Hurm
Boring-boring tengok buku.
Boring lagi tengok fb,
Boring lagi tengok lab,
Boring lagi salin note.
Boring lagi layan movie.
Boring lagi chat ngan kawan.
Boring lagi tulis entry kat blog.
Boring lagi aku tdo.... 


Sedey kan hidup aku.Da la tak de pakwe..tapi tak pe.petang ni nak g jalan-jalan ngan kawan...huyee

Thursday, December 8, 2011

keseorangan

Assalamualaikum semua....diharap berbahagia hendaknya di hari jumaat yang penuh rahmat....
Hari ni tak ada nak cerita panjang,cuma nak bagitau aku kena tinggal oleh housemate-housemate serta rumate ku sekalian....disebabkan kelas minggu ni banyak yang tak ada,jadi mereka-mereka semua decide untuk balik kampung masing-masing.Dan tinggal lah kami berdua setia menjaga rumah ini....


Dan nak dijadikan cerita.housemate  tu yang  seorang lagi ni decide untuk balik kampung kerana ada "bekwoh"..jadi tinggal la aku sorang-sorang diumah ni...huhu...sedey jugak la biar mengenangkan kite duk jauh dari family ni..bukan setaun dua tapi daan nak masuk pat taun aku berpisah dengan family tersayang (berpisah bukan bermaksud tak pernah jumpa tapi jarang-jarang jumpa)..


Tapi tak apa la,mungkin ini pengorbanan yang perlu dibayar untuk berjaya...kalau nak dipikir-pikirkan balik..kawan aku yang study kat mesir kat us u lagi la kesian sebab lagi jarang nak balik umah...kira aku ni bernasib baik la jugak sebab hanya mampu sambung study kat dalam negara.Boleh balik jenguk maa abah kat kampung bila cuti sem...