Wednesday, September 28, 2011

jom ikut ramai2..

sebenarnya benda ni mungkin certain orang dah tahu...tapi bagi aku,aku baru ketemu sebenarnya....tapi tak pe la....sekurang-kurangnya masihh belum terlambat kan......meh ikut ni...aku tak nak cerita lebih...tengok dan praktiskan yea..:)


Sunday, September 25, 2011

4 perkara!!!!!!

Petua Imam Syafi'e....


Empat perkara menguatkan badan... 
1. makan daging 
2. memakai haruman 
3. kerap mandi 
4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan... 
1. banyak berkelamin (bersetubuh) 
2. selalu cemas 
3. banyak minum air ketika makan 
4. banyak makan bahan yang masam 


Empat perkara menajamkan mata... 
1. duduk mengadap kiblat 
2. bercelak sebelum tidur 
3. memandang yang hijau 
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata... 
1. memandang najis 
2. melihat orang dibunuh 
3. melihat kemaluan 
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran... 
1. tidak banyak berbual kosong 
2. rajin bersugi (gosok gigi) 
3. bercakap dengan orang soleh 
4. bergaul dengan para ulama 


4 CARA TIDUR... 
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi. 
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka. 



nk tau x ni?????

Ak ada sesuatu nak dikongsi dengan kamu semua ni.tadi aku ada la terbaca satu article ni.pasal rambut...jadi xpayah nak panjang cerita kamu semua baca la yer serba sedikit dibawah ni yea..:)


Kenali diri melalui rambut oleh Dr. Fadhilah Kamsah



1) RAMBUT LURUS 
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu, dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan.


2) RAMBUT KERINTING TEBAL
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,
 banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung. 


3) RAMBUT KERINTING NEGRO
bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah.
 


4) RAMBUT IKAL MAYANG
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,
 berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu.



5) RAMBUT HALUS/LEMBUT
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.


6) RAMBUT SIKIT
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,
 dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.


7) RAMBUT PERANG
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.


8) RAMBUT TEBAL
bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai
 mengambil hati seseorang.


9) RAMBUT KUSUT
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa
pertolongan.


10) RAMBUT BERUBAN
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,
 berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri. 

11)TIADA RAMBUT
(Botak)-tak dapat nak membantu


ok begitu lah serba sedikit info yang aku baca.saja untuk suka-suka dikongsi

Friday, September 23, 2011

COUPLE ISLAMIK....apa 2??

salam semua...da lama aku tak bukak blog aku ni.bukan sebab sibuk sangat  tak tapi sebab aku kehilangan cerita dan info yang nak dikongsi bersama kamu semua.jadi dikesempatan ni.aku telah terjumpa satu kisah yang  menarik yang aku rasa kamu tak akan rugi apa-apa pun kalau baca.ceritanya pendek saja.tapi kalau panjang sedikit pom apa salahnya kan kalau ia adalah untuk kearah kebaikan.selain menambahkan ilmu pengetahuan sedia ada....jadi tak nak cerita panjang jom kita baca sama-sama cerita ni okey....:)


*******************************************************************************


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri ana sendiri terutamanya....wallahualam

*******************************************************************************