Aku sebenarnya nak jadikan entry pertama aku untuk sem ni berkaitan dengan kampus baru yang aku tengah belajar sekarang ni.Sedihkan bila da brape taun belajar kat sini tapi baru sekarang dapat merasa ada kampus tetap kat universiti.Tapi itu lebih baik dari kakak-kakak senior aku yang tak sempat merasa belajar kat kampus baru ni.Ya.sesungguhnya aku amat bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan urusan aku.Mengurangkan masalah yang berserabut didalam kepala otak aku selama hampir satu sem aku terseksa dengan masalah yang tak setle2 jugak.Tapi alhamdulillah,aku kira semalam Allah telah beri kekuatan kepada aku setelah Dia mengajar aku selama ini untuk banyak bersabar selagi termampu.Tapi apakan daya,cubaan yang satu-satu datang kepada aku mana mungkin dapat aku bertahan.Lalu,Dia membantu aku.Aku bersyukur kerana disebalik masalah yang dia kurniakan kepada aku.Aku banyak mengenali kelemahan yang dihadapi dalam hidup ni.Tanpa aku sedari aku telah banyak membuang segala benda yang berharga dalam hidup aku.Iaitu hati aku,Selagi mana aku ditimpa masalah selagi itulah aku akan terus mengingati Mu.Dan aku bersyukur dengan apa yang telah Kau atur kan kepada ku.
Setelah sekian lama,akhirnya aku telah menemui balik kegembiraan yang aku telah hilangkan dahulu.Akan aku simpan ia jadi kenangan tetapi melupakannya tidak sama sekali kerna otakku bukan external yang mudah untuk didelete.Wish me luck...