Assalamualaikum..
Lama gamaknya aku tak bukak blog aku neyh,tak tulis entry baru,yang sempatnya ingat nama blog ja dalam kepala..ngeh2...Korang semua mesti tak tau yang sepanjang cuti sem aku ni apa la aku buat kat umah kan???memberuk dalam bilik sambil melayan magic farm or bersiar-siar dengan kucing kat belakang umah??sebut pasal kucing ni aku sedih sangat,kucing aku yang baru dapat sentuh masa hari raya puasa dulu kini dah tertanam dalam tanah.Sebabnya ditindih oleh kereta yang lalu lalang depan rumah.Sungguh menyayat hati dan sanubari ini..tapi nak wat macam mana kan..kan..dah ajal dia setakat tu.Kita yang masih hidup ini pun belum pasti samada masih jauh perjalanan atau pun singkat.Apa pun jadikan setiap perbuatan kita tu ikhlas kerana Allah S.W.T
Ok,jadi aku direct terus la yea.Selama tiga bulan cuti sem tu aku ditugaskan untuk mengikuti latihan industri atau singkatannya (LI).Tempat li aku dekat penang,syarikat telekomunikasi ECHOBROADBAND Sdn Bhd.Sepanjang tempoh bekerja tu aku ok ja,cuma kadang-kadang berasa takut bila nak menempuhi alam pekerjaan yang sebenar nanti.Yang nak diceritakan bukan pasal internship aku tapi pasal kisah aku balik kampung aku dekat kelate.Begini ceritanya,selepas berakhir sudah tempoh tiga bulan duk kat penang aku pun balik la sekejap ke umah,jenguk maa abah kat kampung.Sambil-sambil tu sengaja buat cuti tidak berganti terhadap kelas-kelas yang aku dah ponteng selama seminggu.Nak dijadikan cerita,aku sampai la kat kelate dalam pukul 4.30 petang,aku pun berjalan menuju ke stesen bas yang tak jauh dari situ.Bila da sampai kat situ aku pun tanya la dekat pak cik yang arrange pasal bas yang nak pegi kb,pasir mas,tanah merah,mache,kuala krai.Pastu aku tanya,
aku:"pak cik bas nak pegi kat ............ pukul berapa"?
pak cik :bas tu da lepas,bas seterusnya pukul 5.30 plak.adik nak pegi mana?
aku: saya nak balik umah,umah dekat .............
pak cik: study lagi ke? (sambil tengok beg galas aku)
aku: a ah
pak cik:budak uitm ke?
aku: tak bukan,saya study kat .......... baru abis praktikal
pak cik :kenapa tak praktikal kat sini?
aku: tak dapat la pak cik,dapat yang jauh
pak cik: owh,tak pe la,adik tunggu la sejam lagi.
aku : ok
Pak cik tu pun berjalan masuk dalam kaunter pertanyaan, aku terus telefon abah aku bagitau yang bas kena delay sejam lagi.Abah tanya nak suruh abah pegi amik tak,aku cakap tak payah la.Lagi pun aku nak jumpa orang lepas tu.Tunggu punya tunggu sampai la pukul 5.00 petang.Lama jugak menunggu ni,penat pun ada jugak.Dalam tengah berkhayal tu,pak cik kauter tadi mai balik tempat aku duduk ni,dia cakap...
pak cik : nak pak cik hantar tak?
aku : tak pe la pak cik,tak lama dah pun
pak cik :amik course apa belajar kat sana?
aku : engineering jea pak cik
pak cik : pasal apa?
aku : electronik
pak cik : owh perempuan amik engineering yea
aku : a ah
pak cik :pak cik ada anak sedara sorang,dia amik undang-undang UIA.Masa praktikal dia kena kat sini.pak cik mekanik sebenarnya,ada workshop sendiri.Keja kat sini pun sebab nak hilangkan boring.
aku: owh yeke
pak cik : pak cik ada pelihara sorang budak ni,kesian pak cik tengok dia.Keluarga dia susah,tak mampu nak menyara dia yang tengah belajar ni.
aku : owh yeke
pak cik : dia sekarang ni tengah amik SPM kat sekolah teknik, amik course catering.Tiap-tiap bulan pak cik bagi la dekat dia 300,yuran pun mahal,semua tu pak cik yang bayar.Tapi apa yang pak cik ceritakan ni pada adik bukan sebab apa,itu antara pak cik ,dia ngan tuhan.
aku :owh jadi kira pak cik ni sugar daddy dia la yea.Mak bapak dia tahu tak pasal ni?
pak cik : tak tahu pun,kadang-kadang dia datang sini tidur.Hari ahad pak cik pegi hantar dia kat sana.
aku: tido kat sini???(dalam hati tido kat mana la budak tu)
Pak cik : a ah,teman pak cik.Kadang-kadang pak cik pegi amik dia.Tapi sekarang ni dia da jarang datang sini,sibuk kot.
Aku:yela kot,nak amik SPM dah mesti nak kena fokus.Berapa lama dah pak cik jaga dia?(macam wartawan duk soal siasat)
pak cik: dekat dua tahun juga la,dulu pak cik ada jaga sorang lagi,tapi bila dia dah masuk universiti dah keja sekarang ni nak mesage pun tak balas dah.
aku: biasa la pak cik,abis madu sepah dibuang
pak cik: pak cik bukan apa,saja nak tolong orang dalam kesusahan,selagi kita mampu lagi ni,Pak cik ada anak tiga,semua laki-laki.Yang bongsu darjah tiga,isteri pak cik plak keja cikgu kat sekolah.Gaji pak cik 3000 lebih sebulan,duit untuk anak-anak da cukup dah jadi sebab tu pak cik jaga anak orang(sambil duk gelak)
aku: hurm tak tahu pak cik,duit pak cik.Saya tak da hak nak cakap apa-apa.Tak pe la pak cik,bas pun dah sampai tu,saya pegi dulu la yea
pak cik : nak pegi dah ke,la cepat plak bas ni datang yea.adik tak nak no telefon pak cik.Yea la bukan sebab apa,kot-kot nak tempah tiket pegi mana-mana pak cik boleh simpan siap-siap untuk adik.
aku :hurm tak pe la pak cik,saya memang dah selalu janji ngan kawan nak balik sekali ngan dia,jadi dia akan amik tiket untuk saya.mekasih
pak cik:lain kali datang la lagi,pak cik bawak pegi minum-minum dulu sembang-sembang
aku : hurm tengok la dulu,assalamualaikum
pak cik:wasalam,(sambil ikut aku hantar sampai kat atas bas)
Waduh-waduh,nasib baik bas sampai cepat,tak larat dah aku nak melayan orang tua ni.Pasang scandal ni bagus bila kita dapat duit dia dan tak bagusnya bila bini or family dapat tahu,punah-punah.Walau apa pun selagi aku mampu elak,aku akan elak.
Wasalam...:)