Friday, November 30, 2012

Hurm

Assalamualaikum....

Tajuk entry yang ntah paper ntah.Mengarut ja reti aku neyh tapi bila buat keja hampeh btoi.Malam ni sunyi lagi sepi dan mendamaikan,cuma panas sikit dek kerana perlis da tak hujan dalam dua hari suda.Atau secara specificnya kat kuala perlis ni ha.Nak kuar p beli makan pun kena bawak payung bagai,tak pun sarok sweeter jap sebab tak mau kena panas matahari.Ari ni jumaat and my sayang agak sedikit bz dengan keja beliau,So terpaksa la aku buat keja sendiri gak,walopon ari ni keja aku melanguk jea depan laptop tapi itu suda dikira sebagai keja gak cuma tak berfaedah jea.He need to go outstation for 3 days .Hurm sadis sungguh.Tak bole skype tiap-tiap malam,kena rarely col and i need to finish my esemen yang da tertunggak ni.sigh!!!!!! k la,tak da mood nak menaip suda...nite semua..:O

Sunday, November 18, 2012

Renungkan..

Aku sedang mencari seorang lelaki yang dapat membimbing aku.Bukan sekadar teman untuk berseronok.Seorang lelaki yang dapat memikul tanggungjawab halal apabila kami diijabkabulkan.Seorang lelaki yang begitu mementingkan agamanya lebih dari isi perut bumi.Seorang lelaki yang tidak meletakkan darjat seorang manusia lebih dari darjat Allah SWT.Seorang lelaki yang meletakkan cintanya kepada no 2 selepas cintanya kepada Allah SWT.Jika seorang lelaki begitu memilih untuk mencari seorang makmunnya yang solehah kenapa tidak boleh untuk seorang makmun memilih seorang imam yang begitu tertib perilaku.Kerana ia amat wajar memilih imam dari memilih seorang makmun yang seorang imam itu sendiri mampu membentuk makmun itu kejalan yang diredhai Allah.Aku tidak pernah berasa cemburu jikalau cinta dia pada ku berada di no 2 andai cinta dia kepada Yang Maha Esa berada di no 1.Malah aku lebih berbangga.Aku tidak pernah cemburu jikalau satu pertiga malam dia tiada disisiku  seandainya dia sedang mencari redha yang hakiki.Malah aku akan turut serta bersamanya dan menemani bagi mendapatkan keredhaan dalam perkahwinan kami.

Bagaimana untuk aku temui lelaki sebegini??Adakah ditempat haram yang selalu dikunjungi oleh pelayan yang seksi??Ataukah dimasjid yang dihadiri oleh para kaum muslimin pada solat fardhu??

Aku pun tidak pasti kerana sepanjang kehidupan ku,ku masih lagi mencari yang betul-betul asli.Yang tidak hanya menutup muka dengan kupiah dikepala.Adakah seorang lelaki yang mengajak untuk menjadi kekasih adalah pilihan yang betul??Sedangkan dia sendiri tidak boleh melawan nafsu apatah lagi jika sudah berumah tangga kelak.



ayie~~