Monday, June 10, 2013

Last day

hohoho....da lama sudah aku tak berceloteh kat sini.Akibat minggu yang sangat menyibukkan minggu lepas so aku ambik keputusan untuk mengerahkan segala tenaga yang ada untuk menyiapkan segala kerja yang tertunggak.Sebenarnya minggu lepas start 4/6/2013 sampai 5/6/2013 family aku ada datang perlis.Tujuan kedatangan beliau-beliau semua adalah untuk pick up my thing,ooooo tak terlalu awal ker tu???Memang sangat awal lebih-lebih lagi exam aku baru nak bermula 18/6 jea,satu paper untuk last sem ni.Tak lama lagi bergelar penganggur la aku.Owh tidak,mintak dijauhkan la yea sebab sebenarnya aku dah dapat tempat kerja.Walaupun company yang aku nak kerja tidak lah segrand yang orang lain dapat but memang bebaloi la sangat dengan keputusan PNGK aku yang tak seberapa sangat tu.Bersyukur sangat kerana hala tuju hidup aku selama ini tidak pernah membuang masa,selalu Allah turunkan rezeki untuk aku kutip pengalaman dalam hidup ini.Ok,nak dijadikan cerita yang mengambil barang aku ni semetelah lah kan mesti abang aku.Disebabkan diorang ni selalu ada kekangan masa disebabkan semua dah berkeluarga dan bekerja serta anak-anak yang bersekolah,so aku mengikut sahaja schedule mereka.Oleh kerana minggu lepas adalah cuti sekolah dua minggu jadi diorang sepakat untuk holiday kat perlis atau lebih tepat lagi kat Langkawi,Pulau Mahsuri.Sambil mnyelam minum air aku pun turut serta mesti lar,segala bayaran makan minum tempat tinggal segalanya disupport oleh mereka janji aku jadi tukang bawa pelancong.Ok mungkin next entry aku akan ceritakan sepanjang percutian dekat sana.

Niat dihati memang nak kongsi gambar-gambar yang diambil semasa bercuti dilangkawi tetapi apakan daya,kamera tersebut bukan ada dengan aku.Abah bawak balik umah kat kelate,so nak tak nak tunggu la abang aku uploadkan dekat facebook kan.Tetapi korang tak tahu apa pengorbanan yang mesti aku bayar untuk segala kesengan yang aku kecapi untuk pergi percutian ni.Selama 5 hari aku terpaksa tidur lepas subuh setiap hari,tangan dan jari belah kanan berasa kebas-kebas,tulang belakang rasa macam nak patah dan aku mengalami penyakit payah nak tidur sampai sekarang pada waktu malam,Segala-galanya sebab aku mahu follow family aku pergi bercuti.Report final year project mesti dihantar due date pada 7/6 tepat pkul 5pm.so aku dijadualkan balik 7 pm 6/6.So dimana lagi aku nak curi masa nak buat report tersebut kalau bukan start dari sekarang.Dan bermula la dari situ aku meniarap,mengengsot,merangkak,bertatih,berjalan dan seterusnya pecut untuk siapkan report aku.Ma tiap-tiap kali coll mesti nak tanya dapat ikut tak pergi langkawi,rasa tak sampai hati plak nakkecewakan hato orang tua.So aku bertungkus lumus siapkan.Sampai ke 3/6 aku berjaya menyiapkan report aku cuma tunggu edit sebelum dihantar nanti.Pergh baru aku teringat pepatah,manakan dapat sagu kalau tak dipecahkan sagunya.

Aku bercuti dengan senang lenang sungguh,jadi nasihat aku kalau nak berjaya mesti usaha sendiri.Sebab tiada sapa yang mampu membantu kita kecuali Allah SWT.Jadi nak tak nak kalau nak sesuatu benda tu mesti mau usaha..hehe..