Sunday, May 6, 2012

Gaun Cantik Yaya


Ada satu kisah adik beradik,yaya dan nani adalah adik beradik yang sangat rapat.Yaya sangat sayangkan nani,adiknya.Malah dia selalu menjaga nani tika ibunya keluar membeli barang dapur.Pada suatu hari,ibunya telah membelikan yaya sepasang baju gaun yang sangat cantik.Yaya sangat sayangkan baju gaun itu.Oleh itu dia telah menyimpan baju gaun itu sehingga raya.Setelah beberapa ,bulan saiz badan yaya telah bertambah.Yaya tidak sempat mencuba baju itu ekoran daripada baju itu tidak muat untuk dipakainya.Oleh itu,ibunya telah memutuskan untuk memberikan sahaja baju gaun itu kepada adiknya,nani.Namun yaya masih tidak berpuas hati.Dia tetap ingin menyimpan baju itu hanya untuknya. Lalu emaknya menasihati yaya.Ibunya berkata,yaya,kadang-kadang Allah berikan sesuatu itu kepada kita bukan untuk kita simpan sahaja.Mungkin Dia berikan kepada kita sebagai pinjaman sahaja.Bila Dia memberikan sesuatu kepada kita,kita patut menerima dengan redha,begitu juga bila Dia berkehendakkan balik sesuatu benda itu, kita harus menyerahkan dengan hati yang terbuka.Yaya tak sanggupkan tengok baju gaun itu jadi barang tontonan sahaja tanpa menggunakan ia.Kan membazir begitu,kalau yaya bagi kat adik mesti baju tu tak dibazirkan sebab ada orang lain yang dapat pakai.Nanti ibu belikan yaya baju gaun yang lain.Yang sama cantik dengan yang ni.Wamaupun yaya bersetuju untuk menyerahkan aun itu kepada adiknya,namun yaya masih sayangkan baju itu lagi.Tapi bila dia melihatkan kebahagian dan keseronokan yang terpamer pada wajah nani apabila memakai baju tersebut.Yaya menjadi tenang,dan akhirnya yaya sendiri yang menyerahkan gaun itu kepada adiknya.Dia berbuat demikian bukan kerana sebab dia tak sayang pada gaun tersebut tetapi jodohnya dengan gaun itu tidak ada walau bagaimana cara sekali pun dia mencuba tetapi gaun itu tetap tidak muat untuknya.Tetapi dia bahagia kerana gaun itu dapat dipakai oleh nani.Sekurang-kurangnya gaun itu tidak dibazirkan begitu sahaja.



Best tak cerita kat atas tuh,sume tu rekaan aku sahaja.Tapi boleh jea kalau nak diaplikasikan kepada kehidupan seharian kita.Selalu aku dengar cerita pasai kesetiaan,kekecewaan,putus cinta dan cinta yang bertepuk sebelah tangan ni.Walaupun kita sayang kat seseorang itu sangat-sangat,tetapi kita tak boleh paksa dia untuk sayang kita juga macam kita sayang dia.Memang semua yang tertera kat atas tu sakit kan hati jea.Tapi apalah yang nak dibandingkan antara cinta-cinta tersebut dengan cinta pada Yang Maha Esa.Jauh lagi manis dan mendamaikan.


Dan kita kalau tak cinta dan tak suka kat seseorang tu cuba berterus-terang dengan dia betul-betul sebab ini berkait dengan perasaan.Dan apabila orang dah berterus-terang tu jangan la menyalahkan orang lain sebab sifat terus terang dan sifat terlalu jujur dia tu.Kerana cinta yang terpaksa dan berlandaskan kebohongan tak kan kekal lama.Alih-alih kamu juga yang merana.Jadi lebih baik kamu sakit sebab dia berterus-terang daripada kamu sakit dibelakang hari apabila dia berpura-pura berbohong kepada kamu yang dia cintakan kamu.Padahal sedikit pun tidak,semuanya sebab belas kasihan dan budi-budi yang pernah kamu taburkan pada dia sejak sekian lama.


Dan aku harap,kalau aku tergila-gila kan seseorang separuh nyawa pun aku akan buka minda waras aku untuk terima pandangan dia juga samada cinta aku tu bertepuk sebelah atau kedua-duanya sekali.Ngeh-ngeh...tapi tak kan lah,aku kan si pemalu..auwwww...cinta dalam hati cukup la.Bukan nampak gentle pun kalau luahkan.Kalau betul-betul serius pegi jumpa parent dia and then mintak nak ikat.Selagi tak mampu tu jangan harap nak mimpi nak jaga anak dara orang.Sedar sikit diri tu,nak jaga anak dara orang tapi diri sendiri pun tak terjaga.Ada hati lagi tu...haha...k la.Semoga apa yang diatas tu mampu menyedarkan dan memberi kamu semangat yang baru.Nasihat aku,tak rugi sedikit pun kalau kita melepaskan orang yang tak sayang kat kita.


Yang e-class..
Aweks putus cinta dedulu...

No comments:

Post a Comment