Sunday, January 4, 2015

Hikmah Disebalik Dugaan

Assalamualaikum,

Baru-baru ni negara kita terutamanya negeri-negeri disebelah pantai timur seperti Kelantan,Terengganu dan Pahang telah berlaku banjir teruk.Aku berasal dari Kuala Krai,salah sebuah daerah di Kelantan yang lupus keseluruhannya ketika bah besar berlaku.Tapi daerah Kuala itu besar,secara terperincinya aku tinggal di Kg.Telkong Kuala Krai Kelantan.Kampung aku juga terkena tempias banjir tetapi kawasan rumah aku Alhamdulillah selamat dari air bah. Syukur Ya Allah kerana memelihara keselamatan keluarga,aku tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan sekiranya bah besar ini juga sampai ke kawasan rumah ku, mungkin aku juga senasib dengan kawan-kawanku yang lain. Yang mana ada dikalangan mereka kehilangan rumah,ahli keluarga,binatang ternakan dan juga harta benda.Harta benda boleh dicari tapi nyawa tiada ganti.

Setiap hari di facebook dan juga di blog-blog pasti ada memaparkan berita mengenai pasca banjir ini,Alhamdulillah ramai tangan membantu mereka yang sangat memerlukan bantuan.Syabas aku ucapkan,hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian semua.

Bila direnungkan kembali dugaan yang Allah berikan keapada kita semua mangsa banjir ini.Dan melihat kepada tangan-tangan suci yang memberi bantuan,aku tersenyum sendiri.Mungkin kepada sesiapa yang melihat aku ketika itu menganggap aku kurang siuman atau lebih tepat lagi gila.Aku berfikir,berfikir hikmah disebalik semua dugaan ini.Allah nak bantu kita semua rupanya,Maha Suci Allah,Dia lah pemberi nikmat kepada sekalian makluk. 

Bila kita renungkan apa yang berlaku pasca banjir????Banyak bantuan dari setiap pelosok sampai ke mangsa banjir.Itu maknanya Allah nak tambahkan pahala kita sebanyak mungkin dengan melipat ganda pahala sedekah kita kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan bantuan.Ingatlah semua,dunia kita tak lagi muda.Ingatlah semua kiamat bukan kebelakang tapi sedang berhadapan dengan kita.Dan kita tak tahu ajal kita sampai bila. Selagi ada hayat ini baguslah kita menggunakan dengan sebaik mungkin, jika yang berkemampuan boleh dermakan tak kira dari segi kewangan,barangan,keperluan kepada mangsa banjir.

Allah nak tolong kita sebenarnya,cuba lihat jika tiada musibah sebegini.Mungkin kita masih leka dengan dunia ni dan tidak bertaubat kepadanya.Jika tiada musibah sebegini mungkin kita tidak akan menderma dan bersedekah harta kita kepada mereka diluar sana.Jika tiada musibah begini mungkin kita tiada kata sepakat bantu membantu mereka dalam kesusahan.Jika tiada musibah sebegini mungkin kita masih lalai dengan dunia dari melihat KekuasaanNya Ya Allah.

Aku bukan mahu membebel tapi itulah hakikat manusia,cepat lupa pada pencipta.Sayu bila aku tengok gambar kampung lama aku dulu,namanya Kampung Dusun Nyiur Kuala Krai Kelantan.Dah macam padang jarak keadaanya,rumah banyak yang hilang,kalau ada pun sebijik rumah tu dah diangkat oleh arus deras ke tempat lain.Subhanallah Maha Suci Allah,sungguh hebat kuasa Allah.Rumah yang terpacak teguh diatas tiang boleh beralih tempat ke tempat lain.Mengucap panjang aku bila melihat kejadian tu,Allah Maha Besar.

Semoga dengan tahun baru ini sama-sama la kita cuba mengambil sebanyak mungkin pahala selagi masih diberi kesempatan olehNya.

Sekian,
~Qzulk