Friday, October 15, 2010

Indahnya Islam Agama Ku

Abu Said Al-Kudri r.a memberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Berapa banyak orang di dunia ini mengingati Allah SWT di tilam yang empuk yang kerananya Allah membawa mereka keperingkat yang tertiggi di dalam syurga”

Keterangan lainnya:

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Jika kamu sentiasa dengan berzikir nescaya para Malaikat akan berjabat tangan denganmu di jalan-jalan dan tempat tidur kamu”

Dilaporkan dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda, “Telah berjayalah mereka yang unggul sendiri”, para sahabat bertanya, “Siapakah yang unggul sendiri ya Rasulullah?”, Baginda menjawab, “Iaitu mereka yang menyebut nama Allah SWT sebanyak-banyaknya” (iaini orang yang sentiasa sibuk dengan zikrullah).

Hazrat Abu Darda r.a berkata: “Kamu hendaklah mengingati Allah dalam kesenangan dan kelapangan nescaya Allah mengingati kamu dalam kesusahan dan kesempitan”

Hazrat Salman Farsi r.a berkata: “Apabila seseorang mengingati Allah dalam kesenangan, kelapangan dan kemewahan (maka dengan kuasa Allah) jika ia tercampak dalam penderitaan dan kesusahan maka para malaikat berkata bahawa suara hamba yang dhaif ini amat menyukakan kami (iaini kami pernah mendengar mereka memohon bantuan Allah SWT baginya). Barangsiapa lalai dan tidak mengingati Allah dalam kesenangan dan kemudian ia menderita kesusahan lalu ia pun mengingati Allah maka para malaikat berkata bahawa suara ini tidaklah menyukakan kami (iaini kami tidak pernah mendengarnya)”

No comments:

Post a Comment