Lama suda aku tak menaip disini.Tiada apa info menarik untuk dikongsi bersama.Sekarang ni musin study weeks bagi student2 universiti.Tak kira dimana sahaja anda berada.Ramai yang dah bungkus kain baju sebab nak balik kampung mintak restu maa abah kat kampung.Tak termasuk aku,Almaklum la.rumah ku jauh dipantai timur dan aku sedang menuntut ilmu diutara tanah air.menunggu masa lagi setaun lebih untuk grad.
Disini aku nak kongsikan beberapa tips yang berguna untuk diamalkan bersama.Boleh dilakukan dalam study weeks ni.Sebagai study smart.Diaharap semuanya berjalan lancar,jaga kesihatan elok-elok sebab bila kita sakit nanti.Otak pom tidak dapat bekerja dengan elok.
Jom kita intai,apa tips yang nak kongsikan bersama pembaca semua:
Tips menjadi student gempak mengikut Al-Quran
1)Letakkan keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
-"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
2)Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
-"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
-Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
3)Prioriti. Mengutamakan apa yang utama
-"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
-Dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.
-Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
-Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
-Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru dan lain-lain kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
4)Prihatin sesama kita
-"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
-Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
5)Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
-"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
-Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
6)Jujur, amanah
-" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
-Bukankah kita telah berjanji dengan ibu bapa kita, pihak penaja dan juga kepada semua untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
-Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
7)Tepati waktu

-sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita.
-Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
SELAMAT BERAMAL SEMUA
Beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
No comments:
Post a Comment