Saturday, April 28, 2012

Tanggungjawab Yang Halal

 Lama aku berfikir,nak start ngan apa la mula-mula penulisan ni?Hurm entah la,biarlah hati yang berbicara dan tangan bergerak mengikut rentaknya.Perkara yang kadang-kadang datang menyelit dalam kepala otak aku yang dah sedia maklum berserabut dengan perbagai formula yang nak kena hafal.Boleh ke diteruskan dengan persahabatan ini walaupun ada diatara kita yang mempunyai perasaan lebih dari sahabat.Tidak dinafikan perasaan cinta itu suci,ia umpama hadiah yang diletakkan Allah kedalam hati seseorang untuk sayang kepada hambanya yang lain.


Tapi bila cinta tak berbalas,kecewanya mungkin tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan perasaan menipu kerana cinta,bercinta kerana terpaksa.Kecewa itu mungkin sakit tetapi berpura-pura cinta itu semakin hari semakin menghiris.Bisanya sangat pedih,persoalan aku??boleh ke diantara dua sahabat yang berlainan jantina mengaku lagi bersahabat walaupun ada diatara mereka mempunyai perasaan cinta terhadap sahabatnya itu???Akhirnya bila persoalan itu semakin terungkai,semakin banyak lagi persoalan yang datang bertimpa-timpa. Boleh ke mereka berdua bersahabat ikhlas kerana Allah??? melakukan pekerjaan hanya kerana Allah???


Bila diteruskan dengan persahabatan itu,salah seorang mesti berasa tidak senang.Segala perlakuan dan tindakan sebelum terlahirnya perasaan cinta itu akan menjadi kaku dan bersebab.Mereka sudah tidak boleh berkawan lagi,salah seorang harus mengundur diri kerana dia tidak boleh menerima sahabat yang mempunyai perasaan cinta kepadanya,hanya untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.Meskipun dia sayang dengan nilai persahabatan yang sudah lama terjalin dengan niat kerana Allah,namun dia terpaksa memutuskannya demi kerana Allah.Kerana dia tidak mahu perasaan itu terus berbunga mekar dihati sahabatnya itu.Biarlah dia dipersalahkan,biarlah dia dikata orang.Namun untuk terus menjadi bunga dalam taman indah,yang tak bisa disentuh oleh tangan kotor.Dia akan tetap teguh dengan pendiriannya.Kawan tak kan mungkin menjadi suami,tetapi biarlah dia berkawan dengan suaminya sendiri.Pinanglah dia dengan cara yang baik,sabar lah wahai hati andai kau mahu bunga yang kau petik itu berada dari taman yang harum yang tidak dicemari oleh dari mana-mana tangan kotor.InsyaAllah jika dia adalah hak kau,dia akan berjaya menepis mana jua tangan kotor yang lain,percaya la padanya.Usah terburu-buru jika kau sendiri tak bersedia nak memikul tanggungjawab yang pahala berbanding meneruskan tanggungjawab yang dosa.Pilih lah mana satu yang kau mampu,sesungguhnya aku memilih untuk berada pada tanggungjawab yang pertama.


Dan yang terakhir sekali,aku berpesan kepada yang dah terlanjur meluahkan rasa cinta dia kepada teman rapat,aku nasihatkan untuk meminta maaf atas ketelanjuran kata-kata kamu itu.Kerana kita hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan.Jangan pernah menyesal dengan apa yang dah berlaku.

 

2 comments: