Thursday, May 24, 2012

Jom masuk peraduan

salam sejahtera,aku ada berita penting yang nak share dengan korang yang rajin-rajin semua kat luar sana tu.Sesape yang betul-betul ada idea dan ada kemahuan sahaja yang mampu menyertai peraduan ni.hehe...bagi sesape yang malas macam aku ni hanya mampu melihat kejayaan orang sahaja la gamaknya.Berkenaan dengan pertandingan menulis.Tak kisah la tulis sayembara ke?novel ke?apa-apa ke?yang penting ianya sejenis penulisan,jadi kepada sesape yang layak tu boleh menyertai pertandingan tersebut mengikut kategori masing-masing.Jadi disini aku mempamerkan link tersebut klik .Selamat mencuba dan moga berjaya!!!!

Monday, May 14, 2012

Macho Ke Camtu

Kau ingat kau hembus asap tu kat atas sambil ko buat muka poyo camtu ko boleh berbangga ke?Kau ingat kau buat asap bentuk O tu kau hebat la?Kau ingat ko pegang putung rokok kat celah jari kau so kau macho la tu?Kau ingat ko sedut benda tu pastu tahan napas lama-lama then keluarkan asap ikut hidung jadi orang nampak paru-paru kau canggih la?Kenapa tak kau kumpul-kumpul habuk rokok tu then bila da banyak ko buat bancuh dengan air.Bubuh creamer banyak-banyak then minum,mesti lagi best kan..tak pun kalau tak nak merugikan lagi kau sedut asap tu dalam-dalam dan lepas tu telan.Biar masuk dalam perut kau,berasap satu badan,mesti lagi hebat la.Orang tengok pun lagi gempak,ni tak setakat buat  benda yang orang dah buat tu semua dah basi la.

Kenapa aku emo??ya jawapannya sebab makhluk sebegini tak reti nak hormat orang sekeliling.Sudah la orang tak ada nak tegur dia duk hisap rokok tengah-tengah tempat awam,lepas tu boleh plak la dia usha awek-awek pakai asap rokok tu???apa kejadahnya semua ini???kenapa makhluk sebegini dibiarkan hidup???hehe...kejam sangat la plak ayat aku tu.Tapi bila aku melihatkan ketiadaan adab dalam diri mereka ini,aku berasakan kemana la hilangnya adab-adab bagus sampai yang adanya ialah tak ada adab lansung.Tak cukup dengan itu spesis-spesis sebegini begitu kurang ajornya dekat orang tua-tua yang dah tak larat dah kot.Kalau setakat diorang yang nak pendekkan jangka hayat mereka sebanyak 6 taun tu tak pa,teruskan.Tapi jangan la sampai melibatkan golongan tua yang sedia maklum sudah tak larat tu.Kesian aku nengoknya,terpaksa tutup hidung mulut sebab tak mahu hidu bau asap yang korang keluarkan tu.At least kalau gian sangat nak hisap rokok pun agak-agak la tempat mana yang sesuai,dalam jamban pun ok.Dah la kau sedut asap rokok,plak tu sedut sekali dengan bau-bau najis dalam toilet tu kan bagus,pakej lengkap.

Sunday, May 13, 2012

Hujan Oh Hujan

Tadi hujan lebat,kilat pun aku dengar berdetam detum lagi.Mak aku pesan suruh tutup laptop sebab takut kena sambar petir tapi disebabkan mak aku tak ada kat sini jadi aku tak buat apa mak aku suruh tu.Aku kuar bilik sebab nak bagitau housmate aku kot-kot dia ada sidai baju kat ampaian,tup-tup dia lari berkejaran sebab pagi tadi dia ada basuh kasut.Aku masuk bilik balik,try bukak let note nak buat nota kaki.Maklumlah,dah tiga minggu aku simpan nota-nota ni sebab ingat baru nak study bila tiba study weeks nanti.Bila aku start nak bukak tu,aku pandang kat langit,mendung ni,sejuk plak tu.Mesti jap lagi hujan balik.Aku tengok jam baru pukul 5 petang,kalau aku tido ni mesti best ni.Kunci pintu bilik then pasang lagu yang slow rock sambil duk hadap kearah tingkap yang aku selak langsir.Duk merenung langit yang awan-awan dia berubah bentuk jadi naga.Tapi aku baru ingat yang aku baru bangun tido pukul 2.30 tengah hari tadi.Maknanya aku hanya bukak mata untuk 2 jam 30 minit sahaja menatap dunia ni lepas tu pejam balik.Aku tak jadi tido,aku jalan kat ruang depan.Intai-intai kut ada orang main bola petang-petang ni boleh gak cuci mata sekejap.Tiba-tiba perut lapar mintak nak isi,aku p panaskan air.Buat air susu,maklumlah.Hari tu pegi check penyakit diorang suruh aku banyakkan minum susu sebab incase kalau incident tak da nak parah sangat sebab tulang kuat.Katanya lah,aku ikut ja la nasihat orang pakar.Macam ni la hidup dihujung minggu bila da tak ada keja nak buat,nak keluar duit memang kosong dalam poket,nak main bola memang tak cukup geng.Jadi asal-asalnya kena la memberuk ja dalam bilik.Boring-boring sungguh,kalau kat rumah boleh jugak merayap umah kekawan satu kepala,borak-borak sampai magrib.Cerita pasal pakwe masing-masing,hujung minggu nak mandi air terjun mana,nak berkelah kat mana.Dah la,aku nak sambung tengok super spontan buat hilangkan boring...

Saturday, May 12, 2012

Kawan

Aku ada seorang kawan,meski pun baru kenal tapi kami selalu bertukar pendapat.Dia seorang yang berterus terang, sangat lurus orangnya.Tak pernah bengkang bengkok dalam percakapan, bila dia ada buat salah dia akan cepat-cepat minta maaf.Begitu juga dengan aku,kadang-kadang aku sibuk dengan perjalanan hidup aku,kadang-kadang aku terlupa dengan kawan-kawan yang jauh.Tapi kami ada satu persamaan,bila aku sedih biar pun aku tak pernah beritahu pada sesiapa kecuali hanya mengadu pada Allah,dia akan hantar message semangat untuk meneruskan dugaan dalam hidup.Kadang-kadang aku juga begitu,bila aku ada mesage yang best-best yang nak dikongsi aku akan message dia.Pernah satu hari,dia message aku,teruskan persahabatan ni sampai bila-bila.Jangan pernah lupakan kawan.Tapi hari demi hari,mungkin salah aku atau salah dia atau salah kami berdua.Kami lost contact,mungkin dia sibuk atau dia menganggap aku sangat sibuk.Jadi kami masing-masing mengambil hala tuju,menganggap bahawa ukhwah ini tidak hanya berakhir.Biar la sampai kiamat kami bersahabat,moga pabila satu hari nanti bila dia mendengar khabar kematian aku dia akan sedekahkan al-fatihah pada aku dan begitu juga aku.Supaya satu hari nanti apabila dia sudah berjaya aku dapat mengatakan tengoklah!!!itulah kawan aku dahulu.Dan harapan aku pada suatu hari nanti kami boleh kekal rapat macam dulu,bertukar pandangan dan saling memberi motivasi sesama sendiri kerana kita hanyalah insan yang lemah yang kadang-kadang memerlukan orang sekeliling bagi menyuntik semangat untuk meneruskan kehidupan.



Sayangi kawan-kawan anda,jangan pernah membezakan dan melupakan mereka.

Friday, May 11, 2012

Printer

Stress betul la bila kita kalut-kalut nak print note then tetiba plak printer wat hal.Kalau hal yang remeh temeh tak pe plak.ni sampai kena tukar cartrige lagi,duit lagi tu.Dah la hujung-hujung sem ni,duit sume habis.Pantang ada cuti sikit balik kampung sebab nak buat muka kasihan kat maa abah.Nak mintak kat telepon segan,takut dia ingat kita buang duit.Tapi parents aku terbaik arghhh...nafkah kat anak dia sorang ni tak pernah dilupakan.Sebenarnya aku nak cerita pasal error kat printer aku neyh.Tapi itu cerita minggu lepas,tetiba plak malam ni dia ok,mood dia tak moody and dapat la aku print sume let note yang dah ketinggalan selama seminggu.Cuba la korang bayangkan la kan,cena nak fokus dalam let bila tak da let note.Nak bubuh star kat mana kalau leturer cakap ni importance!!!!so kena allert la yang benda tu confirm punya akan masuk final.Bila nak tanda kat note,note plak tak print lagi.Terus down jer semangat,tu tak termasuk lagi bila leturer lewat upload note kat portal.(cececece...sejak bila plak aku bersungguh-sungguh belajar ni???)sukati aku la,hahaha....then terus mintak kawan sebelah tolong jot down apa yang leturer cakap kat depan.

PRINTER


Satu perkataan yang senang disebut kecuali yang pelat huruf R.Tapi bila si printer ni buat hal,rasa nak bukak jea tingkap then baling kat luar.Then kalau nak gempak lagi,letak printer tu elok-elok tengah jalan then pegi amik tukul besi dan katok printer tu sampai tak da rupa dia yang asal.Tapi aku cerita ni kena slow-slow,entah lah.Kadang-kadang aku rasa printer ni ada telinga,sebab bila aku puji sebab dia tak banyak ragam maka mulalah dia start tunjuk perangai sebenar.Buat hal memanjang,kalah baby baru lahir.Then bila dia buat hal mula la mulut aku yang laser ni terus memaki hamun dia,then menyebabkan dia decide untuk merosakkan badan dia dengan lebih teruk lagi.Sampai beratus-ratus RM aku kena keluarkan untuk dia.Buat ganas-ganas tak boleh,rasa nak hempuk pon ada kadang-kadang tu.Tapi nak buat macam mana,selagi bergelar student ni maka printer merupakan benda penting.Sama penting dengan laptop,aku sebenarnya malas nak menyusahkan orang nak suruh tolong print sebab selagi aku boleh berusaha,aku akan stay.Tapi kalau dah desperate sangat tu memang tak boleh buat apa dah.

Ada printer ni pun tak ok,bila da tak da tu lagi tak ok.Jadi nak tak nak kena la beli.Tapi bila time dia buat hal tu better sorok muka bawah bantal sebab muka dah sebal sebab duk tahan marah.Wahai printer,kalau nak rosak pun tunggu la aku da abis grad sume.Nak jahanam pun boleh la time tu,ni tak!!!time duk study ni la menguji keimanan.Serabut betoi la kepala hotak camni.K la,ni aku nak share satu error yang membuat printer aku jammed selama seminggu dan sekarang dah ok.Alhamdulillah....






Printer aku dulu dia ada masalah ink absorber kalau tak silap aku.Sebijik macam gambar kat atas tu.Then bila aku tengok printer tu, lampu oren tu akan berkelip sebanyak 8 kali,maka tak lain tak bukan,masalah yang sama jugak la.Kalau nak ikukan kat mana dia suruh buat macam ni

Eight flashes:
Ink absorber is almost full.
Action:
The ink absorber is almost full.

Press the printer's RESUME/CANCEL button to continue printing. Contact the service center.

Tapi bila aku tekan-tekan tu tak jadi.Tak larat nak power off then on balik dan off balik then on balik sampai la aku da jemu hadap benda tu sehari suntuk.Tiba-tiba aku terfikir,apakata aku cabut buang span dia kat dalam tu,nak tengok dah lencun sangat ke sebab ink duk tumpah.Then bila bawak kuar tu,mak aih..banyak gila ink yang tumpah.Aku oun cepat-cepat keringkan span tu bawah kipas,lap-lap dengan tisu.Then bula dah rasa ringan sikit span tu aku masukkan balik.Bila nak print balik tu,dia buat hal lagi.Geram aku!!!terus aku cabut power supply then terus tido.Maklum la,pukul 5 pagi kot aku baiki benda tu.Esok pagi tu mata dah jadi panda,tangan dah penuh dengan kalor-kalor.Tapi bila start print td,syukur sumenya back to normal.Tak tahu la sebab aspan dia kering ke or sebab lain.Tapi nak selamat ikut ja la petua kat atas tu.Kalau tak jelas klik sini

Dan untuk canon ip2700 error number 5200,aku selalu gak dapat error ni,apakata try cara ni:

Method 1:
First of all unplug the printer then open the top and bring the ink cartridge holder to the middle and now raise the gray bar and remove the print head assembly with the cartridges in it. After it lower the gray bar with the head missing and close the top with the head out. Now restore the power and wait till the printer starts.It will tell you to put in the cartridges, Put in the cartridge and restore the print head, close the top and the printer will resume working and Error will be removed.

Method 2:
Remove your printer from the PC and uninstall the printer software. Now reinstall the printer software and connect the Printer to be detected and installed. Check printer properties to see the ink levels. UseUse head cleaning before a test is taken . It is possible that the head is not reacting to the need of the command , can be an issue with ink drying , can also be poor ink cartridge contacts


Method 3:
First power off the printer. Next, while holding STOP/RESET button, power on the printer. While holding POWER button, release STOP/RESET button. Then push STOP/RESET button twice.

Method 4:
With the printer turned on,unplug it
  • Open the top and bring the ink cartridge holder to the middle
  • Raise the gray bar and remove the print head assembly with the cartridges in it
  • Lower the gray bar with the head missing and close the top with the head out
  • Restore the power,wait till the printer starts
  • It will tell you to put in the cartridges, Put in the cartridge
  • Restore the print head, close the top and the printer will resume working

Error will be removed.
If you have already tried all of the above and still you have error then it is probably that your Canon printer is in need of servicing by a service professional. 
So go to the Canon Service Center. If you want to get support on Call then Call Canon Support by phone, at             1-800-OK-CANON      (            1-800-652-2666      )

Ok selamat mencuba