Saturday, May 12, 2012

Kawan

Aku ada seorang kawan,meski pun baru kenal tapi kami selalu bertukar pendapat.Dia seorang yang berterus terang, sangat lurus orangnya.Tak pernah bengkang bengkok dalam percakapan, bila dia ada buat salah dia akan cepat-cepat minta maaf.Begitu juga dengan aku,kadang-kadang aku sibuk dengan perjalanan hidup aku,kadang-kadang aku terlupa dengan kawan-kawan yang jauh.Tapi kami ada satu persamaan,bila aku sedih biar pun aku tak pernah beritahu pada sesiapa kecuali hanya mengadu pada Allah,dia akan hantar message semangat untuk meneruskan dugaan dalam hidup.Kadang-kadang aku juga begitu,bila aku ada mesage yang best-best yang nak dikongsi aku akan message dia.Pernah satu hari,dia message aku,teruskan persahabatan ni sampai bila-bila.Jangan pernah lupakan kawan.Tapi hari demi hari,mungkin salah aku atau salah dia atau salah kami berdua.Kami lost contact,mungkin dia sibuk atau dia menganggap aku sangat sibuk.Jadi kami masing-masing mengambil hala tuju,menganggap bahawa ukhwah ini tidak hanya berakhir.Biar la sampai kiamat kami bersahabat,moga pabila satu hari nanti bila dia mendengar khabar kematian aku dia akan sedekahkan al-fatihah pada aku dan begitu juga aku.Supaya satu hari nanti apabila dia sudah berjaya aku dapat mengatakan tengoklah!!!itulah kawan aku dahulu.Dan harapan aku pada suatu hari nanti kami boleh kekal rapat macam dulu,bertukar pandangan dan saling memberi motivasi sesama sendiri kerana kita hanyalah insan yang lemah yang kadang-kadang memerlukan orang sekeliling bagi menyuntik semangat untuk meneruskan kehidupan.



Sayangi kawan-kawan anda,jangan pernah membezakan dan melupakan mereka.

No comments:

Post a Comment