Nak pasangan hebat kite mesti kena hebat juga
Nak pasangan rajin kite mesti kena rajin juga
Nak pasangan elok budi pekerti kite mesti elok juga
Nak pasangan yang sedap mata memandang kite mesti kelihatan elok pada pandangan
Nak pasangan yang baik beriman kite mesti kena baik beriman juga
Pernah ke kite dengan perempuan yang baik untuk lelaki yang jahat
Atau
Lelaki yang baik dengan perempuan yang jahat
Mesti kite selalu dengar perempuan yang baik dengan lelaki yang baik
Sebab selama ini itulah pegangan kite untuk memperoleh yang terbaik dalam hidup
Bila kite dapat yang sebaliknya jangan sesekali kite merasa tuhan telah berlaku tidak adil kepada kita
Kerana pasti kita tidak layak dapat yang lebih baik
Oleh itu cuba perbaiki diri dari sehari ke sehari
InsyaAllah kite pasti akan mendapat yang baik-baik dalam hidup
Tidak kira pasangan mahupun kawan-kawan yang baik-baik dan beriman pada yang satu iaitu Allah
Dan jangan sesekali kite menyombong2kan diri apabila sudah menganggap diri itu sudah baik dan sempurna kerna itu dusta semata-mata
Dan jagalah perckapan yang keluar dari bibir itu kerana tiadalah sebaik-baik perbuatan dari berdiam diri ketika tidak sepatutnya bercakap
bersyukurlah dengan apa yang telah kamu peroleh dari pasangan masing-masing kerana itulah sebaik-baik untuk kamu
Tiada guna untuk kamu berharap pada ketinggian yang kamu sendiri berasa tidak tergapai oleh kamu mesti pun kamu terlompat-lompat untuk memautnya
Mungkin jodoh kamu disitu,bersama dia yang selayaknya untuk kamu
Bersyukur lah walau sekali....
Amin...
No comments:
Post a Comment