Assalamualaikum semua....
Haha...tengok tajuk dah tahu dah aku nak cerita satu peristiwa yang sengal yang berlaku pada aku hari ni...Aishhh penat plak hari ni,kuar umah pukul 8 pagi,pukul 8 malam tadi baru sampai kat umah balik.Gigih jugak aku study sem ni..hahaha...
Ceritanya bermula pada pukul 6.40 pagi tadi..hurm..Semalam lagi aku begitu asyik mengcopy esemen dari seorang hamba Allah yang sudi meminjamkan esemen beliau pada aku.Ok,sibuk-sibuk mengcopy tu tetiba jerk...lampu padam,sume padam.Letrik tak dak...aku teriak kuat-kuat hah..nak buat macam mana,laptop aku tak pakai bateri,jadi bila da power supply tu mati so otomatik laptop aku pom mati.Gelap gelita la aku sesorang dalam bilik tu hah.Aku lari kuar bilik cepat-cepat panggil hosmate aku yang lain.Lama duk ngan dierang rugi plak masa aku.Jadi aku pun gigih la pegi pinjam lampu ngan kipas usb rumate aku.Kerana beliau tiada dirumah buat masa ini.Pulun ni nak siapkan esemen yang nak kena hantar pagi ni..Dalam duk buat tu,akhirnya siaplah aktiviti tiru meniru aku.Lebih kurang 1.30 pagi baru ok balik letrik satu kawasan umah tu.Oleh kerana penat tangan sebab keja duk menulis ja,jadi aku pun tido dengan lena malam tu..
Tetiba...kringggggggggg...kringggggggggg
Enset aku bunyi la,tengok-tengok kul 6.30 pagi.Mak aih, kenapa la sem ni banyak sangat class pagi.Aku snooze kan 10 minit, kul 6.40 pagi aku bangun mandi sume.Siap-siap pakai bedak tu sume dalam 7.10 aku pun teringat,kenapa hosmate aku tak ketuk pintu nak gerak aku pagi ni hah...Pikir punya pikir,Ya Allah,apasal aku sengal sangat ni.Class kul 9 la mak cik oihhhh..nyanyuk tol la hang ni...umo da 22 da start nyanyuk,lau da tua bangka nanti macam mana la.Oleh kerana aku geram dengan jam loceng aku yang tolong kejutkan aku pagi tu,aku salin baju tidur balik sebab aku taknak baju aku kedut.Jadi aku lompat atas katil dan sambung tido...And sampai la pukul 7.40 pagi.hosmate aku datang ketuk pintu,Oleh kerana aku da mandi pagi tadi pukul 6.40 jadi aku pikir siap-siap lambat sikit dan kot.Tiba-tiba aku dengar ada orang panggil aku..ain..ain...celik-celik mata tengok jam 8.Waaa...aku kalut-kalut terus salin baju pegi class,tak basuh muka tak pakai bedak.Aku pakai tudung terus.Capai beg ngan KitKat terus blah.
Untuk elakkan dari kawan-kawan aku cam muka aku yang baru bangun tido.Aku buat-buat kunyah kitkat tu dengan syoknya...pandai aku belakon.Sampai kat kelas ja,mula-mula tu aku semangat la,tapi kalau dah 4 jam berturut-turut mana nak masyuk beb,jadi separuh masa kedua tu aku tido dalam kelas,siap sandar dan tangan letak kat dahi lagi.Nak buat-buat tengah berpikir dengan serius lagi.Padahal aku tengah membuta..haha..tapi aku tahu yang cikgu da tahu aku tengah tido.Mungkin dia ingat yang aku tekun buat esemen dia semalam sampai tak tido.hahaha....
Hampeh tol la aku hari ni.Macam mana la boleh lupa,bukan minggu first pun baru p class.Nampak sangat terlebih semangat.Ni kalau la kengkawan aku yang baca,mau kena perli sampai sebulan la gamaknya...
Nite..
No comments:
Post a Comment