Assalamualaikum....
Malam ni nyer story mory aku nak cerita pasal zaman matrik aku dulu.Baik punyer perangai lar,bukan macam sekarang,habuk pun tarak.Aku ingat time tu sem2 waktu study kat matrik.Matrik akan bagi buku praktikal laboratory awal-awal sem lagi. Jadi untuk menyenangkan aku,tiap-tiap hujung minggu aku akan cover 2 or 3 lab yang akan datang.Jadi aku akan tulis siap-siap pre lab untuk seminggu or dua minggu sebelum kami akan buat lab tersebut.Tujuannya supaya aku tak payak nak kalut-kalut bila time lab besok hari tu.Jadi aku sudah siapkan jotter book setebal 200 muka surat.
Tapi sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua.But yang bezanya,aku bukan tupai,aku manusia seperti ampa sume.Aku ingatkan cikgu Ok bila aku da maju kehadapan dari student-student lain sebab aku terlebih rajin p buat pre lab untuk lab yang lambat lagi nak buat.Bila cikgu tu check jotter book aku,kembang kempis lubang hidung.Sebab tak sabar nak terima pujian,tapi malang memang selalu berbau awal,cuma aku ja yang tak dapat hidu lebih awal.Cikgu tu siap marah lagi kat aku,dia cakap:
Cikgu:buku awak?
Me:ya
Cikgu:mana pre lab ngan result?
Me:ni cikgu
Cikgu:sambil belek-belek jotter book aku,ni kat belakang ni apa?
Me:pre lab
Cikgu:lab mana?
Me:lab yang akan datang
Cikgu:Awak buat balik buku ni,start dari lab lepas.
Me:hah??muka blur jap
Cikgu:sapa suruh awak rajin-rajin dah buat pre lab untuk lab akan datang ni.Tujuan saya suruh kamu-kamu semua buat jotter book ni sebab saya nak suruh awak prepare awal sebelum masuk class saya.
Me:saya da prepare la tu cikgu,lab untuk satu sem dah ni
Cikgu:banyak la awak punya alasan,awak ingat saya tak tahu.Awak dah prepare awal-awal ni sebab awak malas nak buat tiap-tiap minggu kan.Macam ni awak mana ingat lab yang nak kena buat.Jotter book ni function dia untuk awak jot down apa yang awak faham untuk lab besoknya,bukannya tulis siap-siap camni.Lau camni tak dak guna la wak jotter book.Sebab awak still tak kan paham lab yang awak buat.Awak just tulis sahaja,anak saya pun boleh buat camni.
Me:abis tu saya kena buat balik la ni?
Cikgu:ya,dan saya tak nak yang terlebih rajin kat belakang-belakang ni.(sambil belek-belek buku aku).Buat pre lab ikut lab,jangan nak meramal masa depan.
Me:hurm ok la(dalam hati,rajin pun salah,aku malas lagi la salah,jotter book jea kot)
Lepas daripada tu,perangai aku terus berubah 360 degree.Aku tak buat lansung pre lab,start dari taun 1 sampai ke taun 3 nak masuk taun 4 ni.Yang aku buat,aku copy pre lab orang ja.Ngeh-ngeh..
Moral of da story:buat sesuatu keja tu kena maintain.Jangan sebab nak dapatkan pujian orang or nak ambik hati orang.Pasti kamu akan berjaya sampai kemati
No comments:
Post a Comment