Monday, March 12, 2012

Class cancel OK

Assamualaikum...

Ok ari ni aku rajin sikit nak study,al maklumlah.Sudah lama tahap kerajinan aku ni pergi belalu meninggalkan aku(seperti lagu feminin-angin bayu camtu).Ok,bila sedap-sedap membelek nota control yang satu haram aku tak paham bila p kelas,aku berasa suhu sekeliling makin menurun,aku bangun mengadap tingkap umah aku.Wah-wah..mendung...yeay,time tu jam menunjukkan dalam pukul 4 lebih-lebih sikit.Aku pun masih meneruskan dengan study yang sedikit tergendala tadi.20 minit berlalu,setan menggoncang dengan rakusnya bulu mata aku,bergayut sakan na..amboih-amboih mentang-mentang bukan bulan pose,sesuka hati kau ja nak gayut kat mata aku.Dah basuh kaki tangan ntah sebelum nak gayut tu.Ok,otak pom menerima arahan,kita tido dulu.Lagi pun sejuk ni,jap lagi mesti hujan.Jadi syoknya bleh selimut.Korang tak tahu,perlis ni tempatnya bukan main panas nak mampus.Kipas kena pakai sorang satu,tu pun tak xukup lagi.Macam kena ikat badan ja,mana-mana nak p kena ada kipas.Jadi bila dah mendung ni,ia merupakan satu rahmat pada kami yang sedang panas ni.

Otomatik buku-buku beserta let note aku tolak-tolak kat sebelah.Tengah-tengah dalam proses nak membuta tu,aku sempat mesage member aku,ida untuk tolong kejutkan aku time nak p class petang nanti.Pintu bilik aku sengaja aku biarkan terbuka luas-luas supaya kakak-kakak senior nampak aku yang sedang terbongkang tidur.Jadi mereka bolehla kejutkan aku bila mereka balik nanti.Syok-syok tidur tetiba aku dengar DUM DAM...mak aih benda pa tu.Aku ni kalau da tido memang tido mati.Kilat rupanya,kuat tu...Cepat-cepat aku angkat kepala dan bukak mata untuk shut down laptop aku yang sedia ada kat tepi kepala sejak dari taun lepas lagi tempat beliau disitu.Tunggu punya tunggu lama jugak laptop ni nak mampus,kena fomat ni.Pikir aku dalam mamai..selepas tu aku sambung tido,best nya kalau tak da class petang ni.bleh la aku membuta sampai pagi esok.

Lama bermimpi,aku dengar Ting Tong ...Ting Tong...sekali bunyi mesage aku da.Aku buat derk ja.Lama-lama aku dengar lagu da core.Sinonim jugak lagu ni,aku terus bukak mata.Tengok-tengok jam kul 5.26 p.m
Hah,tak mandi lagi nak pegi class ni.Aku jawab panggilan arh.jiran sebelah umah,merangkap classmate.

Arh : ain nak g kelas tak ni?
Aku : diam...
Arh : ada kelas tak ni?
Aku : owh,nanti ain mesage dr praba tanya dulu
Arh : ok
Ain : bye

Termenung sekejap tengok siling,baru aku bleh berfikir dengan waras.Bila da dalam keadaan sedar tu aku pom mesage la leturer tu,lama giler nak tunggu dia balas.Nasib la class dekat ni jea.Kalau hujung dunia tu pastu kami da otw nak sampai dia ckap kelas cancel plak.Memang nak dengar aku jadi mak nenek malam ni.Bila da  dapat tahu class cancel before we decide to go to class today.Syukurnya tak terhingga la.Patut la tulang belikat rasa macam malas bangun ja.hehe...rupanya dia terlebih awal tahu dari aku.Sambung tido kemalam la plak....membuta lagi

No comments:

Post a Comment