Assalamualaikum....
Malam ni masuk malam yang ke 11 aku belum sempat dengar suara maa aku.Ya Allah,terasa sempitnya dada ini bila mengenangkan yang Kau hanya menguji aku dengan sedikit dugaan namun aku telah kalah diawal-awal lagi.Bukan kerana aku bergaduh dengan maa tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan berlaku untuk aku postpone kan niat aku untuk bercakap dengannya.Tiap kali aku col mesti line putus.Tu baru sedikit dugaan yang diberikan.Menyebabkan aku terpaksa tunggu maa aku balik umah kat kelantan baru aku boleh col panjang.Itu baru sebelas hari,aku dah jadi tak keruan,tak dapat fokus dalam bagai hal,tak dapat nak tido malam,tak masuk ilmu dalam otak.Kalaulah Allah bawa pergi maa dari hidup aku....aku tak tahu apa nak jadi dengan aku sekarang ni.Memang aku tak bersedia,dan bila-bila pun aku tak kan bersedia.Sebab aku tak mahu benda yang aku paling takut itu berlaku.Dalam setiap doaku,ku panjatkan kepadaNya agar aku lebih tabah dalam menjalani kehidupan seharian,dan Dia memperkenankan doa aku.Aku diuji dengan bagai masalah supaya lama kelamaan aku akan menjadi tabah.Ya Allah,begitu Kau memahami setiap kehendak hambaMu ini.Walaupun kadang-kadang aku berasa amat lemah dan tak sanggup lagi nak hadapi semua ini.Hati kecil aku selalu berbisik.Allah tidak akan buat semua itu tanpa ada hikmah disebaliknya.Dan Allah tak kan sia-siakan hambanya.Berdoalah kepada Nya kerana Dia lebih menyukai orang yang tidak sombong.Dikesempatan ini aku menasihatkan semua agar berjumpa ibu bapa anda selagi mereka masih bernafas dan ada bersama-sama kita lagi.Jika berada jauh,telefonlah mereka selalu kerana kita belum tahu samada kita masih ada kesempatan itu lagi untuk berbual-bual bersama mereka,Adakah mereka atau kita yang akan pergi dahulu.
I LOVE MY MUM UNTIL THE LAST OF MY BREATH
No comments:
Post a Comment