Friday, March 23, 2012

Nasihat...

Assalamualaikum....

Ok,aku tido time magrib lagi..haha..tak tahu ni hari yang keberapa dah.But seingat-ingat aku la,baru tiga hari selepas class petang.Aku balik bilik and bumm,coz penat seharian belajar-belajar.Tadi aku hampir terbabas  solat magrib,but syukur la hosmate aku,kak nurin kejut aku untuk sembahyang.Sembahyanglah anda sebelum anda disembahyangkan.....

Ok malam ni before aku nak bizikan diriku mengemas bilik,basuh baju yang belonggok seminggu dalam bakul kerana ketiadaan masa so aku decide untuk tulis entry ni.Coz banyak yang bertanyakan aku pasal ni???

So dats why la entry aku bertajuk nasihat...for me.Aku suka bagi nasihat kat orang..tapi diri sendiri tak pernah nak terima nasihat orang laen.haha...selalu keras kepala,keras hati jer.Ok2 camni soalan yang ditanya...

Masalah pertama:
Soalan:Saya ada masalah hati,bukan penyakit hati.Saya suka kat seorang ni but dia macam no response jea kat saya.Bila saya bagi hint or luahkan perasaan saya dekat dia,dia terus cakap dapat terima saya sebagai kawan jer???Wat the hell!!!!apa boleh saya buat,saya betul-betul kecewa ni....:(

Jawapan aku:Hurm sabar yea,dalam dunia ni tak semua yang kita nak,kita akan dapat.Kita tak boleh nak paksa orang suka kita,dalam bab hati ni sensitive sikit.Budak kecil pun,kalau kita paksa dia makan,dia pun tahu nak tolak,nak menangis sebab tak suka kena paksa.Ni apatah lagi orang dewasa yang fikirannya lebih matang.Jadi apakata tutup jea pintu hati awak tu kepada dia dan bukak kepada wanita yang lebih layak dapat cinta awak.

Masalah kedua:
Soalan:Saya  suka kat seseorang ni,dah lama saya usha dia.Dia pun kelihatan on jea dengan apa yang saya buat(buat means saya selalu bantu dia dalam matapelajaran,tolong dia ketika dalam kesusahan dan macam-macam lagi la,selagi tidak melampaui batas agama).Yang menjadi persoalannya,bila saya tanya awak suka saya tak???Dia direct cakap tak???Huh..sampai hati dia,dah la macam-macam saya buat kat dia,penat tau x!!!!

Jawapan aku:Orang perempuan ni laen sikit dik,she very complicated person.Dia buat baik dengan awak bukan juga bermaksud dia suka kat awak.Mungkin dia jenis yang baik hati,jika dia tak pernah ceritakan tentang couple dalam hidup bukan bermaksud dia tak pernah couple and tak da balakz..Just dia tak suka nak kecoh-kecoh.Saya pernah dengar yang lelaki tak dapat berkawan dengan wanita,buat wanita can.Hurm nasihat saya,jangan buat sesuatu benda tu dengan niat nak kan balasan,contoh balasan cinta dari dia coz nati kamu juga yang akan kecewa...Buat sesuatu itu ikhlas kerana Allah walaupun syaitan selalu membisikkan untuk mengubah niat kamu yang sebenar.

Masalah ketiga:
Soalan:Saya kecewa ni tau tak!!!!saya tak boleh terima dia reject saya untuk lelaki yang tak mampu nak sayang dia lebih dari saya sayang dia!!!kenapa dia buat??dia tak nampak ker yang saya da berusaha bertahun-tahun ni nak memenangi hati dia??Tapi last-last laki tu jugak dia dia terima,senang-senang jea dia boleh masuk dalam hati dia,sedangkan saya??nak jenguk pun tak dapat..

Jawapan aku:Sian nyer aku dengar soklan ni,camni la dik.Bukan aku tak support tapi aku ada dengar satu pepatah ni "biarkan masa yang mengubah segalanya".Tapi tunggu punya tunggu sapa yang sanggup kan???Aku sendiri pun tak sanggup tunggu lama-lama.But yang bagusnya,bila orang tu dah tak mo layan kita,blah ja la.Tak payah nak berusaha lebih-lebih,Pandang pertama tu penting,orang pompuan ni sekali dia tengok dia tak bekenan,datang la macam mana sekali pun.Dia still tak kan pandang orang tu,kalau dia pandang pun maybe bukan sebab suka/cinta but kasihan.Kita mesti tak nak orang suka kita sebab kasihan kan??biar la dia suka kita dengan seadanya...And untuk jawapan adik tu,aku rasa dia memang tak suka kat ko la dik,sebab tu the other right guys senang-senang jer dapat masuk dalam hati dia tanpa berusaha keras.Ok aku bagi perumpamaan:seorang gurl ni suka kat adik,giler-giler punya suka.Tahap makan sampai kenyang,mandi sampai selalu basah jea rambut tu,sembur minyak wangi habis setengah botol sebab nak goda adik.But adik tak suka kat dia,bukan tak suka means benci but tak nak dibuat teman.Gurl ni da lama suka ni.Last-last kena reject,mesti dia cakap camni kat adik "kau rugi sebab melepaskan seseorang yang sayang kau".So apa adik rasa???unfair la kan..Sebab perasaan adik kat dia tak ada,adik ddipersalahkan sebab tolak cinta dia..Sedangkan adik tahu perasaan suka ni bukan boleh dipaksa2.Jadi nasihat aku,adik biar ja la gurl tu berbahagia dengan teman yang dipih dia,kena ingat,tak kan berbunyi kalau tepuk sebelah tangan,kecuali pegi tepuk dengan benda laen.Jadi dalam perhubungan mesti ada sama-sama suka.Adik cari ja other gurl yang suka kat adik and adik suka kat dia.Yang paling penting dia sayang adik and adik sayang dia...<3

Masalah keempat:
Soalan:Saya suka kat dia ni,dan saya pernah bagitahu pada dia tentang perasaan saya yang terpendam ni.But disebabkan kitaorang masih study lagi,dia mintak tempoh untuk fikir benda-benda ni selepas habis belajar.Tapi dia tak pernah nak menjanjikan apa-apa samada nak balas cinta saya atau tidak,tetapi dalam tempoh perjanjian itu,saya try la usha-usha dia sebab kawan-kawan saya selalu tanya perkembangan saya dengan dia.Tiba-tiba satu hari dia mintak saya lupakan tentang couple lepas belajar tu???wat???why???saya tak faham la..kenapa nak mungkir janji???

Jawapan aku:Sengal betul la ko ni dik,yang ko p usha dia time dia duk tengah study sapa suruh.Bodo punya orang,Kan dia da mintak tempoh sampai selepas da abis belajar tu,yang ko tu tergopoh gapah nak try market sekarang sapa suruh??kan tak pasal-pasal kena reject awal..haha..nak tolong gelak bagi pihak ko.Dia nak pikirkan lepas belajar tu mungkin sebab dia nak bagi masa kat ko fokus dalam study dan dapat result yang bagus bila dah abis belajar nanti dan dapat keje bagus,baru la ko ada harga dimata dia.Tak kan lah dia nak pilih bakal teman hidup ni dikalangan seseorang yang tak ada aset,ilmu didada,harta dan paling penting kesabaran.Sabar tu separuh dari iman tau tak,no sabar means iman da turun.Jadi kali ni tak da nasihat,sebab kau dulu yang mungkir janji,janji nak kapel lepas abis belajar tapi alih-alih usha time study.Hampeh,tak boleh diharapkan,sekali kau da buat perangai yang dia tak suka,maka mata markah ko da jatuh abis...so terima la seadanya,let go dat gurl with the other guys that deserve for her love.

Putus cinta/cinta kena reject/cinta tak dilayan/tak mendapat cinta/cinta tak kesampai bukan setaraa mana sakitnya jika nak dibandingkan dengan dipaksa untuk menyintai sesorang yang kita tak cinta,memang cinta itu boleh dipupuk,tapi selama mana masa yang perlu diambil untuk perasaan itu terbit dalam hati,lebih-lebih lagi bila hati kita dah diserahkan kepada orang laen.Setiap masa kena hipokrit sebab terpaksa..kesian.Then bila hati dan mula memberontak mula lah berlaku clash,sebab dah tak tahan.Tak elok la kan???.So nasihat aku,jangan kamu pandai-pandai nak letakkan cinta sejati kamu kepada orang lain lebih dari cinta kamu kepada Allah,Dia telah bersama kamu sebelum kamu jumpa bakal pasangan kamu lagi.Dia lebih mengetahui mana yang layak untuk kamu,kamu cuma perlu berdoa kepadaNya untuk segala yang akan berlaku pada masa akan datang.That's call redha and berserah.

orite dats for tonite..aku nak sambung basuh baju plak..

dear-ayie -- miss Q/mrs H  <3 4 eve

No comments:

Post a Comment