Friday, October 12, 2012

Apa yang korang kena tahu??

Picture ni dicelop ketika aku sedang menggodek fb aku baru sekejap tadi.Ayat dia sekali aku baca aku buat derk jer,tapi bila aku scroll naik semula then aku baca untuk kali kedua.Pergh tetiba aku teringat kat seorang mamat ni,kalau dia baca ayat ni mesti memberi kata-kata smangat juang kat dia.Boleh la jadi hujah dia untuk berbahas pasni.



Perempuan kena tahu:

Seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi, tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun.Dan jawapan aku untuk statement diatas tu,lelaki tu mesti tahu dan harus tahu bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan dahulu sebelum memperjuangkan semangat cinta dia tu kepada perempuan tu.Sebabnya kenapa?ok sebabnya dia mungkin akan merana untuk kemudiaan hari nanti apabila cintanya ditolak oleh perempuan itu.Kecuali kalau kedua-duanya fall in love and ada tentangan dari luar contoh family ke,boleh la ikhtiar cara lain untuk selesaikan masalah korang tu,tapi jangan amik jalan mudah.Fikir sebaik-baik jalan penyelesaian ok.Walau macam mana sukar pun sesuatu keadaan tu kalau niat hati korang betul insyaAllah dipermudahkan oleh Nya.Yang pasti aku nak korang lelaki mesti check dahulu status perhubungan korang,halal ke tidak sebelum nak berperang habis habisan demi cinta yang tak tahu bawak kemana lagi.

Lelaki kena tahu:

Seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara,tetapi masih terus menerima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya.Dan jawapan aku untuk statement diatas tu,lelaki tu jangan plak terperasan or ter over untuk membezakan mana satu sayang sebagai kawan or mana satu cinta.Tak bermakna marah=cinta,marah adalah satu subjektif,bagi seorang perempuanmarah boleh jadi sayang,cinta,meluat,menyampah dan benci.Pandai-pandai la korang nak mentafsir marah orang perempuan tu macam mana.Makna penerimaan seadanya tu mungkin wujud dalam diri setiap perempuan tapi walau sebaik mana pun kamu lelaki mahu mengubati sesuatu luka itu kamu mesti ingat parut tu masih ada kerana hatinya pernah sakit dan nak melupakannya  sangat la susah walaupun dia begitu tenang umpama tidak pernah sakit hati ngan korang.

sekian~ayie

No comments:

Post a Comment