Monday, April 29, 2013

Just be....

Hi..boleh nak berkenalan dengan awak tak.Owh cukup tak boleh blah dengan ayat tersebut,ayat lama yang orang sekarang da tak pakai dan buang dalam tong sampah.Assalamualaikaum is better 10 times and thousand times compare to "Hi" ok.Awek yang tolong dengar pun boleh sejuk hati sebab mesti dia cakap mamat ni tahu agama jugak sikit-sikit.Reti pulak bagi salam walaupun niat sebenar nak berkenalan.Orang perempuan ni walau macam mana pun pilihan lelaki dalam hidup dia mesti nak yang beriman dan boleh bimbing dia menjadi solehah.So bagi lelaki haruslah dan wajib menjadi tanggungjawab anda untuk membimbing isteri anda agar sama-sama dapat masuk syurga dan menjadi pasangan bahagia di syurga nanti,tapi jangan pulak jadi terbalik,anda selaku ketua keluarga harus memikul tanggungjawab dalam menjadi contoh dan teladan kepada ahli keluarga anda yang tersayang.

But,tapi ada sebabnya juga.Jika dahulu,zaman bujang-bujang kita la kan,punya la gangster dan jahilnya diri ini  tapi ada terdetik niat dihati untuk berubah kearah kebaikan.Maka,kita harus berubah,sebab tak rugi pun jadi baik ni.Semua kita dapat,Allah sayang kita,malaikat sayang kita,masyarakat sayang kita,mak bapak sayang kita,keluarga sayang kita,cikgu sayang kita,kawan-kawan sayang kita,haiwan pun sayang kita.Silap-silap hari bulan musuh kitaa pun boleh sayang kita,aminnn...Tapi bila kita nak berubah jadi baik tu haruslah jangan sebab sesiapa,ikhlas kerana Allah dan kita menyesali segala kejahatan yang pernah kita buat dahulu.Sebab utama aku cakap macam tu sebab tak nak kamu semua berubah jadi jahat balik bila ianya bersebab,dan kamu kecewa atas sesuatu yang menimpa kamu.

Kamu masih jadi diri kamu lagi kalau berubah kepada kebaikan pun,bukan nya bertukar jadi wawa zainal ke?nora danish ke?izzue islam ke?unless kamu buat operate muka dan seluruh badan kamu jadi sebijik macam mereka.Fizikal jea la.Apa yang nak aku katakan pada entry kali ni ialah just be ursefl ok.If u want to change or berhijrah kepada kebaikan ok good,aku setuju tapi tak perlu sebab orang ke?sebab benda ke?but mesti sebab Allah.When some  gurl ask her pakwe/boy to be someone yang beriman it's good.But  for boy/pakwe must have the intention to change not because of his gurl but because of he must to change to be a better person to guide she when they are married and want live happy together.

Haha..actually this thing is happen to me,thats why aku emo memanjang jer.Of cos la as a girl, i need someone that i believe he be able guide me when we live together as husband and wife.Disebabkan hidup aku yang terumbang ambing ni,maka sangat la memerlukan kriteria tersebut di full fillkan oleh Mr.Right.And because of that i ask him to wait for me.Bukan suruh tunggu sebab nak berubah sesama ok.Tunggu aku bersedia nak jadi bini dia nanti.


So aku mintak la Mr.Right sorang ni pergi dalami ilmu-ilmu agama biar penuh didada.Kadang-kadang tu bila dia dah terover dan lupa akhirat ada la aku cuba tegur-tegur sikit.But aku kan,sepatutnya dia mesti la yang patut tahu dan pandai dari segi agama lebih dari aku.Ni jadi macam terbalik pulak dah.Sampai satu tahap aku rasa macam dia ni betul ke jodoh aku??Aku konfius sendiri,tapi pernah juga aku try slow talk tengok macam mana.Dia kata ok go on and continue,so aku bagi syarat kalau dia sanggup tunggu aku sambil mendalami ilmu agama lagi aku cakap ok.Lama punya lama aku  tengok dia berubah la jugak.Tak berapa nak sosial dengan orang lagi dah,tapi aku takut juga takut dia berubah semata-mata sebab aku.Parah jugak tu.

Jadi kami still lagi tak berhubung sampai sekarang,cuma memegang janji untuk tunggu bila betul-betul bersedia.Memang best kalau bercinta lepas nikah ni.



Haha...jadi aku nasihatkan kepada orang yang sudi membaca blog aku ni agar simpan rasa cinta korang-korang tu dalam hati.Kalau dah kemaruk sangat rindu tu just share dengan Allah. Amik air semayang pastu doa banyak-banyak kat tikar sejadah.Betulkan niat kita yang sebenar.


Kalau aku boleh buat kenapa kamu-kamu semua tak boleh kan.Dalam hidup kita kena juga tegas dalam sesuatu hal yang kita rasa ianya bagus dan baik untuk agama.Jika kita kalah dan kecewa,mesti berprasangka baik dalam segala hal.Allah tak kan menimpakan ujian kepada hambanya kalau hambanya tak mampu untuk memikul.Jadi diri kita sediri,keep our originality inside.


Kalau kita nak sesuatu yang mahal tu mesti la berusaha,mana bleh dapat free.Jadi la yang mahal sebab ianya berharga  dan bernilai.Tak hot tak pe asal kita indah sebab  kat neraka tu hot dan kat syurga tu indah-indah belaka.

No comments:

Post a Comment