Ok jam laptop menunjukkan angka 4.15 a.m dan aku masih lagi belum tidur,lampu bilik sudah aku biarkan bergelap sedari pukul 4 a.m tadi lagi.Jadi aku sedang menaip dalam keadaan gelap,sambil meneka-neka dimana butang-butang huruf.Bunyi yang tadi senyap-senyap tiba-tiba riuh rendah dek kerana masalah yang dipanggil lapar.Jus pancreas aku sedang merembeskan asid apa ntah aku da lupa.Cacing-cacing sedang berenang-renang ketepian bersama-sama air susu yang aku bancuh pukul 2 a.m.tadi.Arghhh begitu seronok mereka bermaharajalela dalam perut aku tanpa meminta keizinan aku terlebih dahulu.Ini negara demokrasi,kau nak duduk free memang tak dapat la.Lalu aku telan air mineral dengan rakusnya..gluppppp..gluppppp dan glupppp.Aishhhh...final year project aku masih jugak belum jalan-jalan,sudah sekian lama begitu. Aku pun tak dapat mencari dimana patut aku menyambung kerja itu.Kepala-kepala,kesian kat kau sebab kena bersabar dengan badan dan mata.Lalu aku membuka plastik kacang gajus,krekkkk...krekkk bunyi plastik tu,lalu aku hulurkan tangan masuk dan mengambil dua tiga biji lalu aku kunyah dengan slownya.. emmm...emmmm....emmm....disebabkan gigi bongsu aku yang mula mengorek-ngorek permukaan gusi aku,jadi aku memperlahankan kunyahan bagi memberi laluan kepada gigi untuk tumbuh dengan cepat.Tadi laptop aku hang dan aku tidak dapat meneruskan simulation aku disebabkan file corrupted.Baru aku ingat,aku berasa rajin benar hari ini hendak membuang virus berjenama antarabangsa dalam laptop aku.Akibatnya aku terbuang sekali software project aku.Lalu aku bertenang dan menginstal kembali software tu,nasib aku agak baik sebab design aku masih tersimpan rapi dalam fail tersebut.Tak sia-sia aku memilih kau sebagai software yang aku mahu pakai dalam project akhir ni.Tetiba aku teringat gwiyomi,lalu aku buat.Tapi dalam gelap,sebab tu tak nampak.
Lepas dah selesai aku sambung tido aku...krohhh..krohhh nite
No comments:
Post a Comment