Friday, April 19, 2013

Penangan Mocha

Aku bangun lambat hari ni,entah lah kenapa sejak dua tiga hari ni asyik buat tahi mata dalam bilik.Owh tidak,sebenarnya disebabkan aku telah terbeli mocha dari kedai Hi-Tea yang baru dibuka di kuala perlis baru-baru ni.Oleh sebab power mocha tu telah menyebabkan aku tidak dapat tido selama dua hari dan bagi menstabilkan kehidupan normal aku maka terpaksa la aku sambung buat tahi mata balik.

Sesudah bangun tadi tengah hari maka aku berjalan bersama kawan yang telah sekian lama bangun awai sejak pagi tadi pergi ke kafe bagi membeli apa yang patut untuk di isi kedalam perut.Tapi sayang,makanan yang tinggal hanya secebis yang tidak berapa nak sisa.Selepas mengaut kuah-kuah yang berbaki kami berjalan pulang dan makan terus sebab lapar.Disebabkan kecederaan yang aku rasa semasa cuti semester dekat rumah aku nekad untuk telan susu tiap-tiap hari.!!!!!!bermula hari ini.Jadi aku biarkan kawan-kawan aku menjamah makana mereka terlebih dahulu sementara menunggu aku buat minuman susu.

Bila sudah makan kami mula buat kerja masing-masing,dan seperti biasa aku akan bukak email dan periksa inbox baru.Bila sudah terlampau kenyang ni mata mintak ditutupkan ,otak mula mencari alasan bagi menyokong tindakan mata.Tangan sibuk-sibuk menolak ketepi segala benda yang bersepah atas katil bagi memberi laluan kepada badan dan kepala untuk baring pada keadaan yang selesa.Akhir sekali aku mata aku pejam,sedar-sedar bila masa kawan aku masuk bilik sebab nak kutip duit beli baju running man.Habis urusan jual beli aku sambung tido lagi,tapi sebelum tido aku sempat melantak keropok lekor yang kawan kasi.Tanpa sempat mengunyah sampai habis aku lena lagi sampai kepetang.Bila-bila sedar terasa macam mulut termuncung kedepan,rupa-rupanya keropok ada lagi tinggal separuh kat gigi depan.

Lalu aku habiskan sisa makanan tersebut dan terus kebilik air.Sesudah magrib kami berjalan keluar lagi mencari sedikit makanan buat alas perut.Sepanjang perjalanan aku hanya berdiam diri bagi menstabilkan hidup paranormal aku.Seharian tidur mana tak bengong.Disebabkan slera aku makin kurang nak makan nasi,jadi aku mintak bihun tomyam.Selepas mengisi perut kami pulang membawa perut masing-masing.Sesampai jea dirumah cerita "sebenarnya dia isteri saya" baru nak start tayang.Tapi aku buat biasa,sebab nak tunggu member serumah tolong downloadkan.

Aku pergi menunaikan tanggungjawab sebagai manusia dulu,bakul kain yang dah penuh aku angkat pergi mesin.Cukup sejam aku pergi ambik sidai.Bila selesai semua aku tekad untuk untukbuat simulation untuk final year project aku.Dan seperti biasa untuk memulakan sesuatu kerja mesti liat.Akhirnya pukul 12 aku mula mencari-cari balik journal dan tutorial simulation.Bila simulation aku tersangkut,aku cuba selesaikan sendiri tanpa merujuk pada tutorial.Dan bila dah semakin menemui jalan buntu,aku pasrah dan redha.So secara sendirinya tangan bergerak mencari mouse dan jari menekan close pada screen laptop.

Aku cuba mencari secara simulation secara teori tapi segalanya hampeh bila aku tak tahu nak start dari mana.Terlalu banyak perkara aku kena selesaikan.Sampai tahap,aku terbuka video gwiyomi.Layan~~~ sampai buku-buku semua tolak tepi.Ditambah pula dengan internet yang semakin laju kemuncak,aku sedaya upaya mendownload segala cerita yang dirasakan berbaloi untuk disimpan dalam D.

Dan sampai sekarang aku menunggu jam 4.00 a.m untuk menyambung kembali kerja yang tertunggak dari pukul 2a.m tadi.


No comments:

Post a Comment