Friday, October 18, 2013

Dah grad Dan dah Jadi penganggur Terhormat

Assalamualaikum semua....

Tepat pada tarikh 21 September 2013 adalah tarikh paling bermakna bagi aku selaku mahasiswi yang nak lepaskan title tu dan bergelar seorang graduan.Pada tarikh tersebut aku konvo untuk degree aku yang pertama dan juga kali pertama aku konvo sepanjang hayat aku.Al-maklum la,budak yang tak dak diploma,jadi bergantung harap pada degree ni semata-mata untuk bekerja.

Dan disebalik tabir hari konvo aku itu terselit beberapa kisah pahit manis aku bersama geng untuk menyelaraskan plan untuk hari konvo.Yea la kan,masing-masing bawak family pergi tengok kita  naik stage amik sijil degree,so bagi yang duduk dekat dengan rumah senang la sebab tak payah nak pikir nak stay mana malam tu lepas habis acara.Bagi yang ada saudara mara terdekat tu boleh la tumpang semalam dua kat umah saudara mara,tak kurang juga aku tengok ibu bapa yang terpaksa tido dalam kereta semata-mata nak tunggu anak hantar jubah pada keesokan harinya ....Iskhhhh KONVO-konvo.

Dan kisah aku pulak bermula disini.....
Pada 19/9 aku bersama member ak bertolak ke Perlis pada pagi tu sebab pada malam tersebut ada raptai konvokesyen la katakan.Sapa yang tak pergi raptai maka tak boleh masuk dewan dan amik sijil pada hari konvokesyen.So disebabkan aku dan geng nak konvo dan disebabkan dah bayar duit untuk jubah apa semua so tak kan tak datang.Jadi semasa dalam perjalana menuju ke utara,didalam bas sudah ada ujian kepada kami.Membe ak col bagitau umah sewa yang kami booking tu dah disambar orang,dia cakap ada orang lain menyamar jadi member ak tu then daftar masuk.Iskh2 sapa la yang tak bertimbang rasa tu????So kami kalut la menelefon orang cari homestay ka?hotel ka?or apa-apa la untuk nak tinggal malam ni dan malam besoknya.Dan finally membe ak jumpa la bilik hotel untuk kami tinggal dua malam kat situ.

Dan kesulitan tak abis lagi sebab aku dengan membe aku lagi dua orang nak kena cari umah family nak stay malam konvo tu,jadi pepagi lagi kami kuar menuju ke homestay hujung bukit nak booking rumah sebab semalam col dia bagitau ada kosong lagi.So bergerak lah kami menuju kesana dengan perut yang lapar,nak cari umah satu hal,nak cari tempat tak jumpa-jumpa lagi ni.Bila dah sampai alangkah terkejutnya,dalam sawah padi rupanya homestay tu.Memang parah la nak masuk dengan jalan yang hanya muat-muat sebijik kereta.Lepas dapat umah nak tinggal kami pergi la buat prekonvo kat pauh kampuns Unimap.  Nak dijadikan cerita,kami stay kat situ malam yang lepas konvo,dengan penat dan lapar lepas konvo aku belanja family makan ikan bakar kat kedai titi(LIza Mat).Habis gak la duit aku mau dekat-dekat dua kping seratus tu.Tapi tak pa la kan skali skala belanja family,hasil dari duit pampasan gaji aku kena buang kerja kat Penang dulu.

So pagi 22/9 tu kami betolak ke Penang sebab nak kutip barang aku kat rumah sewa di Tanjung Tokong.Jadi selepas makan maka kami meneruskan perjalanan sefamily ke Penang.Sampai-sampai sana dalam pukul 2.30 macam tu.Lepas dah angkut barang,kami singgah sekejap kat taman padang kota lama makan laksa penang kat situ,ma aku abiskan dua mangkuk kot.Katanya dia teringat laksa penang yang dulu masa dia makan skali ngan abah aku time muda mudi kat situ.Layan jea la....lepas rehat-rehat tengok laut kami balik terus ke sungai petani.

Begitu la panjang kisah nak dapatkan sekeping sijil yang sangat berharga.Payah bukan main lagi,tapi semuanya kenang kenangan sebelum masing-masing buat haluan sendiri.

 prekonvo


 with my family, maa abah



No comments:

Post a Comment