Assalamualaikum .....
Lama siot aku tak update blog neyh almaklum la sejak-sejak akhir ni kan da bergelar pekerja yang bakal hilang pekerjaan dalam masa tiga bulan lagi.Hee.. but bukan tu sebenarnya yang aku nak ceritai...yang nak diceritakan adalah peningkatan umur yang sejajar dengan kematangan diri ini.Ewah-ewah....ayat sungguh aku tak boleh baca dua kali.Mungkin sebelum ni aku tak hebohkan mengenai hubungan aku dengan dia yang sudah putus ditengah jalan.Sob sob agak sedih sebenarnya disitu tapi aku bukan seorang yang cepat putus harapan kerana aku percaya setiap orang pasti didatangi seseorang buatnya sebagai peneman hidup.So aku dengan setiap hari menerima ketentuan takdir sambil memkirkan dimanala silap kami.
Dan bila sampai satu tahap aku berfikir sampai bila aku nak jadi macam tu???Dan aku putuskan untuk menutup dulu pintu hati untuk seseorang yang bernama lelaki buat sementara waktu setelah diberitahu kelak.Ngeh..ngeh..bunyi macam siot ja.Dan almost 8 month aku hidup bujang then dia datang lagi dalam hidup aku.
Kali ni aku tak dapat nak jangka kedatangan dia untuk apa sebenarnya.Jika dia datang untuk bekawan balik dengan aku maka aku terima dia balik disebabkan aku sayang dia sebagai kawan sejak sekolah lagi.Aku bukan seorang yang akan lupakan persahabatan disebabkan aku sakit hati dengan seseorang tu.Yang aku boleh bantu aku doa jea la dekat dia moga-moga fikiran dia boleh terbuka dan jangan nak fikir dalam kotak jea.
Bebalik kepada cerita aku kat atas,so selepas terputusnya hubungan ak dengan si dia,so semuanya memang putus habis la,setakat wechat,wasap,fb,skype,email and also no tel memang tak berhubung langsung la.Dan disebabkan itu la aku makin berfikir samada salah aku ke semuanya yang jadi macam ni.Kalau aku yang memutuskan semua ni tak apa la jugak,ni tidak malah aku jadi mangsa keadaan..hee...macam nak lempang ngan dulang jea muka ni.Ok aku fikir mungkin dia tak dapat nak terima pepisahan ni dengan cara baek jadi aku ikut la rentak dia.Dia nak block ke nak remove fren aku ke tak pe la.
Then tetiba jea ari ni macam satu keajaiban balik bila dia add balik fb ak as a fren.Wow amazing...padahal aku ni jugak la yang dia block dulu.Tapi disebabkan aku malas nak panjangkan cerita yang dah sedia panjang ni so aku approve jea la kan.kalau nak diikutkan hati aku yang dulu memang tak la aku nak approve dia balik but disebabkan akal aku yang waras ni dan sifat manusia yang tak lepas dari buat kesilapan so aku maafkan dia.But aku hanya boleh maafkan jea la tapi bukan melupakan dan juga tak kan mengulangi balik.
Yang aku nak highlight kat sini kenapa mesti 8 bulan untuk dia lupakan semua tu dan kenapa dalam tempoh tu jugak baru dia nak cari aku balik.Mungkin sebab dia nak ajak aku pergi kenduri dia ngan awek dia kot.Sekarang ni kan senang ajak-ajak pergi kenduri pakai fb jea.
Sekian.
No comments:
Post a Comment