Thursday, December 29, 2011

Mampu Tersenyum

Assalamualaikum

Sekarang ni aku mampu tersenyum sahaja.Bukan kerana sudah puas dan berasa bagus tetapi kerana berserah kepadaNya.Dan aku sudah berjanji bahaya aku akan berubah sedikit demi sedikit.Terutama dari segi perangai mula-mula sekali.Sebab yang tu yang penting.

Pertama,bila aku tak suka sesuatu benda tu aku akan diam,diam seluruhnya.Kalau dulu aku mungkin akan marah-marah dan lepaskan rasa ketidak puashati aku tu pada yang berkenaan,Tapi sekarang aku nekad untuk let it go.Biar la dalam hati ni menanah macam mana pom.Aku akan sedaya upaya mengawal marahku.Dulu-dulu masa kat matrik kakak angkat aku sudah banyak kali berpesan.Dik cuma ada satu ja kelemahan,iaitu marah.Kalau adik boleh kawal marah adik tu.InsyaAllah semuanya akan baik.Adik x mo kawan ngan syaitan kan,Jadi jangan ikut perangai dia.

Kedua,bila hati tak meredhai.Aku cuma akan cakap sekali ja.Lepas tu aku akan diam.Diam yang tak bermakna aku mengiakan segalanya.Tapi sebab aku sudah menyatakan hati aku.Dan tiada kali kedua lagi.Jadi selepas menyuarakan pendapat aku,lebih baik diam and wat don now ja.Jangan layan.

Ketiga,aku kena lebih rajin beribadat.Bukan sahaja yang wajib perlu dilakukan tetapi mesti dususuli dengan yang sunat.Supaya aku lebih berdisiplin dalam kerja seharian aku.Agar hidup lebih teratur

Cukup dulu 3 perkara ni untuk aku setelkan.Sebelum lagi banyak perkara yang bakal menjengah aku...

Wasalam

No comments:

Post a Comment