Monday, April 30, 2012

Hidup Yang Simple

"Jika mahu BARAQAH, maka berselawatlah.

Jika mahu merasa MUDAH, maka bacalah Al-Quran.

Jika hendak KESIHATAN yang baik, maka berpuasalah.

Jika mahu merasa BAHAGIA, maka solatlah di awal masuk waktu.

Jika ada MASALAH yang mendatang, maka perbanyakkanlah beristighfar.

Jika merasa DUKACITA, maka berdoalah di waktu senang sebelum waktu susah.

Jika mahu WAJAH BERSERI, maka bangunlah di sepertiga malam untuk berqiamullail.

Jika berasa GAWAT dan terlalu RUMIT di dalam sesuatu perkara, maka sebutlah "La Haula Wala Quwwata illa Billah".

Saturday, April 28, 2012

Tanggungjawab Yang Halal

 Lama aku berfikir,nak start ngan apa la mula-mula penulisan ni?Hurm entah la,biarlah hati yang berbicara dan tangan bergerak mengikut rentaknya.Perkara yang kadang-kadang datang menyelit dalam kepala otak aku yang dah sedia maklum berserabut dengan perbagai formula yang nak kena hafal.Boleh ke diteruskan dengan persahabatan ini walaupun ada diatara kita yang mempunyai perasaan lebih dari sahabat.Tidak dinafikan perasaan cinta itu suci,ia umpama hadiah yang diletakkan Allah kedalam hati seseorang untuk sayang kepada hambanya yang lain.


Tapi bila cinta tak berbalas,kecewanya mungkin tidak seberapa jika nak dibandingkan dengan perasaan menipu kerana cinta,bercinta kerana terpaksa.Kecewa itu mungkin sakit tetapi berpura-pura cinta itu semakin hari semakin menghiris.Bisanya sangat pedih,persoalan aku??boleh ke diantara dua sahabat yang berlainan jantina mengaku lagi bersahabat walaupun ada diatara mereka mempunyai perasaan cinta terhadap sahabatnya itu???Akhirnya bila persoalan itu semakin terungkai,semakin banyak lagi persoalan yang datang bertimpa-timpa. Boleh ke mereka berdua bersahabat ikhlas kerana Allah??? melakukan pekerjaan hanya kerana Allah???


Bila diteruskan dengan persahabatan itu,salah seorang mesti berasa tidak senang.Segala perlakuan dan tindakan sebelum terlahirnya perasaan cinta itu akan menjadi kaku dan bersebab.Mereka sudah tidak boleh berkawan lagi,salah seorang harus mengundur diri kerana dia tidak boleh menerima sahabat yang mempunyai perasaan cinta kepadanya,hanya untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.Meskipun dia sayang dengan nilai persahabatan yang sudah lama terjalin dengan niat kerana Allah,namun dia terpaksa memutuskannya demi kerana Allah.Kerana dia tidak mahu perasaan itu terus berbunga mekar dihati sahabatnya itu.Biarlah dia dipersalahkan,biarlah dia dikata orang.Namun untuk terus menjadi bunga dalam taman indah,yang tak bisa disentuh oleh tangan kotor.Dia akan tetap teguh dengan pendiriannya.Kawan tak kan mungkin menjadi suami,tetapi biarlah dia berkawan dengan suaminya sendiri.Pinanglah dia dengan cara yang baik,sabar lah wahai hati andai kau mahu bunga yang kau petik itu berada dari taman yang harum yang tidak dicemari oleh dari mana-mana tangan kotor.InsyaAllah jika dia adalah hak kau,dia akan berjaya menepis mana jua tangan kotor yang lain,percaya la padanya.Usah terburu-buru jika kau sendiri tak bersedia nak memikul tanggungjawab yang pahala berbanding meneruskan tanggungjawab yang dosa.Pilih lah mana satu yang kau mampu,sesungguhnya aku memilih untuk berada pada tanggungjawab yang pertama.


Dan yang terakhir sekali,aku berpesan kepada yang dah terlanjur meluahkan rasa cinta dia kepada teman rapat,aku nasihatkan untuk meminta maaf atas ketelanjuran kata-kata kamu itu.Kerana kita hanya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan.Jangan pernah menyesal dengan apa yang dah berlaku.

 

Monday, April 23, 2012

Pengat pisang @ sira pisang

Assalamualaikum...

Bila petang-petang ni class tak ada,then duk plak bersantai kat bilik yg aman damai ni tetiba kepala otak ni duk teringat plak kat kampung kat kelantan.Bila penat-penat buat keja sekolah kat ruang tamu tiba-tiba ma bawak kuar sira pisang(pengat pisang ) yang sejuk dari peti.




Wah-wah...terus stop menulis,tapi tu 4 tahun yang lepas ok.Masa duk mengaji kat sekolah menengah lagi.Konon-konon ma nak bagi semangat la tu suruh study petang-petang siapkan keja sekolah terus.Nanti malam tak payah nak sengkang mata tidur sampai lewat malam semata-mata nak siapkan keja sekolah yang cikgu bagi.Atau pun disebabkan ma tak nak kejut aku sampai empat kali nak suruh bangun mandi p sekolah sebab malam semalam tu tido lambat....waaaaa....rindu zaman tu..Kalau sekarang macam tu jangan harap la ko...

Tapi sekarang mana ada tu semua,ko dah besar so ko survive la sendiri.Kalau petang tu lapar goreng pisang kuar beli,kalau lapar keropok keping ko kuar beli,kalau lapar jagung manis ko suruh pak cik depan tolong gaulkan.Pendek kata ko kena p jalan and keluarkan duit untuk makan.Maka macam tu la ko nak hidup.Tak dek nya orang nak tolong hidang kat ko petang-petang camni bila ko da jauh dengan ma.Rindunya...

Sedang menghitung hari untuk balik semula kat kelantan bulan 9 ni...huhu sesungguhnya sangat haru la....:'(

Saturday, April 21, 2012

Apa Pandangan Korang?

Assalamualaikum..dan selamat pagi..

Mulakan pagi kita dengan breakfast coz ianya sangat penting kepada badan kita.Kenapa aku jadi seorang yang mementingkan kesihatan ni???what happen???Ok,meh nak citer,sebenarnya semalam aku beserta rumate telah pergi check kesihatan kat stokis herbalife kat Arau.Lepas timbang berat bedan and ukur ketinggian so dia ada la explain sikit-sikit pasal berat tulang aku,lemak kat jantung,lemak bawah kulit,usia organ aku dan macam-macam lagi la.

Yang aku nak kongsikan disini ialah minumlah air walaupun kamu dalam kekenyangan.Nak tahu kenapa???Sebab....cuba tengok bumi..30% dari liputan permukaan adalah darat dan selebihnya adalah air.Jadi air pentingkan..sebab tu kena ada banyak.So macam badan kita la jugak.Aku seorang yang suka bersenam tetapi dah lama tak melakukan aktiviti tu sebab kesibukan yang melanda.Jadi walaupun aku jarang bersenam dan kurang minim susu serta makan sayur but kesihatan aku ok2 ja la sebab umur organ aku baru 16 tahun but my age is 22 years old.Muda kan umo organ aku????walaupun tuan badan dan jauh berbeza tuanya.Ini kerana air yang aku minim dalam badan mencukupi untuk badan aku proses semua aktiviti dalam badan.Lemak kat jantung aku ialah 1 means good dan aku kena kekalkan coz dia cakap lemak kat jantung aku sikit.Sebab apa yea??sebab air juga.Lapisan lemak tepu bawah kulit aku pun sikit 22% jadi dia suh maintainkan sahaja sebab apa yea camtu???sebab aku selalu minum air.Tetapi dalam banyak2 yang ok kat atas tu ada yang tak ok jugak.Coz aku seorang yang tak mengamalkan diet yang betul dan senaman yang kurang.Disebabkan aku tak minum susu,aku mengalami berat otot yg critikal coz terlalu tak cukup.Jadi kenala rajinkan diri minum susu yea,dan makan sayur.

Jadi jagalah kesihatan anda,sebab ia sangat la penting dari kecantikan wajah.Dalam pada itu aku nak share satu berita yang mengejut aku pagi ini

tengok disini KLIK dan juga disini KLIK

Apa-apa pun kita semua sedekahkan Al-fatihah kepadanya.Tak baik buat spekulasi sendiri,hanya Allah dan dia yang tahu apa sebenarnya yang berlaku.Kita boleh menbaca berita sahaja tapi tidak menghukum seseorang tu tanpa mengetahui kesahihan...Nama pun berita,ntah betul ntah tidak...

Chow dulu..

Friday, April 6, 2012

Belagak tahu

Assalamualaikum...

Apa yang anda rasa bila berhadapan dengan situasi ini:

Anda bersama dengan seorang kawan ni masing-masing blur dan tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah mathematic yang telah diberikan oleh cikgu sekolah.Oleh itu,anda beserta rakan anda itu telah mengambil alternatif untuk bertanyakan kepada seorang budak yang pandai didalam kelas anda.Bila berhadapan dengan budak pandai itu,secara outomatik rakan anda itu berkata begini "aku dah tau ni".Ok tak pa la kan,mungkin idea datang kat kepala dia secara tiba-tiba tanpa sempat bertanya apa-apa kepada budak pandai itu.Bila anda dan rakan anda balik ketempat masing-masing anda ingin bertanyakan soalan tadi kepada rakan anda anda.Alangkah berasa nak menyepak jea rakan anda itu bila dia sendiri tak reti nak selesaikan problem tersebut walhal tadi dia yang beria-ria tahu jawapan.Umpama depan cakap lain tetapi belakang cakap lain atau secara tepatnya tak nak nampak bodoh didepan orang,sedangkan dia tak perasan yang dia sebenarnya nampak bodoh didepan sahabatnya ini.

Ada satu lagi situasi,anda bertanyakan kepada leturer anda tentang soklan yang anda kurang pasti ketika dalam ujian pertengahan.Leturer anda pun buat pembetulan kat depan,anda terdengar rakan anda cakap "owh aku kata dah tadi ni salah,patut tak dapat jawapan pun".Anda pun berkata dalam hati,dah tahu salah kenapa buat senyap jea.Dan tiba-tiba rakan anda yang belagak pandai tu bertanyakan soklan tu dan beserta formula dengan anda???Wat da hell???Dia ni betul-betul ok ke x ni???

Jawapan aku:
Apa kita dapat bila kita berlagak pandai,mungkin bagi dia nak jaga standard la kot.Tapi bila kita buat sesuatu yang bodoh yang kita tak tahu, itu sebenarnya lebih terserlah kebodohannya.Maaf kalau aku terlebih kasar disini.Dan kalau dalam pembejaran itu,standard la kita bertanya sesuatu kepada orang yang lebih pandai.Sebab tu namanya belajar,ni tak selalu jea dengar ayat "aku tau ni","aku tau tu","aku kata dah".Macam la dia boleh predict apa yang akan berlaku pasni,tak baik tau.Tu namanya meramal.Kalau betul la dia kata dah,cakap sebelum benda tu terjadi,kalau dah terjadi baru bleh cakap aku kata dah.Tapi tak elok la sebab ayat tu umpama kita berasa puas dan tidak puas hati dengan apa yang berlaku at dat time.Kalau betul just say Alhamdulillah...

Cuba ubah sikap kita sebelum ada orang terdekat yang menegur kita sebab tak tahan dengan perangai syok tahu kita tu.Tak elok kan ayat tu????if u know sumtin,just be humble and terima pandangan orang lain.Mana tahu kita salah...

Wasalam...

Monday, April 2, 2012

Aku minat khuntoria

Assalamualaikum...

Lama dah aku tak mai tabiat obses ni,huhu...tetapi bila tengok satu program tb korea ni aku tetiba ja adict kat satu couple ni,nama dia khuntoria..gabungan nama antara nickhun 2p.m and victoria f(x). Sweet ar giler couple ni, sama - sama comel and cute... sorang pandai masak, sorang lagi caring...wah..wah...lau dapat laki camni tak kuar umah seminggu pun tak pa...haha...gedik ja ko ni ain.

But berita sedisnya,aku tak dapat tengok habis episode ni coz yang donlod sampai episode brape jah.Nak donlod sekarang tak dapat,jadi kena la tunggu insan misteri datang bawak full episode.Walaupun cerita ni berlaku pada taun 2010 lagi but ada aku kisah bila ???yang penting isi dalam tu tak pudar,even kalau cerita tu baru making pun tapi isi tak dak value still tak dak market gak kan???

Benda ni da lama ada dalam external aku,but cam biasa ja la.Aku ni penyimpan cerita ja,tapi tengok nya idak la...satu hari tu aku habiskan Adam couple,pastu tiba-tiba tangan ni gatai p klik Khuntoria diari...then,apa lagi.Lepas tengok satu episode tengok lagi next episode sampai la habis.Kul 4 5 pagi tak tido sebab ngadap benda ni tau tak...hahaha...korang-korang yang free2 tu boleh la layan citer ni.Bagus untuk pasangan bercinta..sweet couple gitu...but aku tak da la..still waiting my prince charming yang tak muncul-muncul lagi ni...aishhh...

Ok la,aku lastkan word aku malam ni dengan harapan aku dapat tengok full episode Khuntoria diari.....Dan aku nak sambung study,minggu ni test ko...haha..stay cool beb...wacaaaa!!!!!







 Sweet kan???kan aku da cakap dah...ok la..gua chow dulu beb..moga-moga nickhun masuk dalam mimpi malam ni

Salam