Thursday, October 25, 2012

Open ur mind and think!!!!


Jawapan nya,tak kisah la samada nak :

1)alih  satu lidi yang tegak pada simbol + dan letak pada huruf 6 supaya jadi 8 so,8-5=3

or 

2)buang satu lidi yang tegak pada simbol +  dan tukar lidi pada huruf 5 supaya jadi 3 so,6-3=3

walaupun kadang-kala cara kita betul dan kadang-kala cara kita salah namun nawaitu kita mesti kena betul iaitu nak jawapan iaitu 3

Kadang-kadang kita kena bukak minda kita,berfikir diluar kemampuan.Biar pun pada mulanya sekadar menjadi angan-angan tapi siapa tahu angan-angan tu yang menjadi penyuntik semangat untuk kita merealisasikannya..:)

Sunday, October 21, 2012

Yeah ni habuannya...

Assalamualaikum....

Sedang aku sibuk menaip entry ni sedang itu jugak la hingus cair mengalir laju keluar dari lubang hidung aku ni.Panas dan putih warnanya,bila aku rajin maka aku akan kesat.Kalau malas sangat maka aku akan biarkan ia tap!!!tap!!!jatuh atas keyboard.Semalam aku bersorak kegembiraan dengan abah aku,kami sama-sama menyambut kemenangan Piala Bola Sepak Malaysia yang dimenangi oleh of cos la juara berturut-turut my Kelantan!!!!!!! kelas gitu.Dalam tak sedar aku dah berada hampir dekat sebelah abah,dan tidak semena-mena abah telah terbatuk dan terbersin kat muka aku dan ni la habuan yang aku dapat balik kelantan pagi semalam.Aku kena batuk selsema da...kesian-kesian.Nak dekat raya haji ni kena plak sakit sana-sana sikit.Nak raya macam mana ni..huhu..tapi apa pun aku bangga menjaga anak kelate,samada kelate mene or kalah semalam aku tetap sokong negeri tanah tumpah darah ku k...!!!!

Friday, October 12, 2012

Surat untuk bekas kekasih...

Berita baik untuk korang,ngeh-ngeh..tadi bila aku tengah tengok balik entry yang tak terpost yang still lagi dalam draft tetiba ja aku terjumpa ni.....apa dia????Surat untuk exbf.haha...baca-baca balik nak gelak la plak.Suwet gitu,tapi sekarang ni da ta da dah camtu.Keras macam tulang hati ni hehe...Dan berita baeknya aku nak share ngan korang benda ni..nasihat aku jangan la jadi macam aku yang dulu,lost sangat-sangat dah.Bila clash tu adat la kena ada sedey-sedey sikit untuk tunjukkan kita ikhlas nak kat dia,tapi jangan terover dan lama sangat.Apa kata tukar rasa sayang ngan cinta tu pada Allah SWT yang satu.Tak rugi pun malah hidup bertambah kebahagiaan.Tak ada perasaan nak cemburu dekat orang sebab semua orang cinta Allah SWT .Dan kalau kita nak lebih dicintai oleh Nya pergandakan amalan kamu..heee..

Surat tersebut berbunyi begini..

Hi awak?apa khabar sekarang.Tadi saya rindu awak,sekejap jea tapi berkesan dalam hati.Air mata mintak nak keluar tapi saat tu juga sebelah lagi hati saya menahan ia dari keluar.Saya masuk bilik cari-cari berita ngan gosip yang nak pakai sebagai modal untuk berbual ngan teman sebilik.Sebab saya nak lupakan sebelah hati saya yang tengah rindu kat awak.Awak tahu tak saya jadi macam tu?Tadi bila saya da nak start study,baru jea nak bukak buku,saya kalah lagi.Alangkan bestnya kalau awak ada lagi,boleh la saya nak lepaskan strees saya ni.Bila saya ceritakan kat member,diorang sendiri pun ada masalah.Bila saya tepon kawan saya yang duk jauh tu dia plak yang ceritakan masalah dia kat saya.Jadi saya dengar jea la.Bukan macam awak,bila kita sembang,awak jea yang banyak cakap dan saya ni la tukang dengarnya.Tapi bila saya tengah tension awak pandai ja pujuk.Cuma yang bezanya sekarang orang yang dipujuk tu bukan saya.

Sebab tu la wak perangai saya da banyak berubah,start dari tu saya da tak suka nak merajuk-rajuk ni.Dulu saya suka manja-manja ngan awak tapi sekarang tak lagi.kalau dulu saya selalu mengadu banyak hal kat awak tapi sekarang tak lagi.Walaupun kadang-kadang saya cuba bersabar dan bersikap"OK",tapi sebenarnya sayu dalam hati ni saya "KO".Mesti awak pelik kan???Pada siapa saya luahkan perasaan saya.Saya da ada pengganti awak ke???Kalau awak nak tahu,pada Allah tempat saya mengadu,bila saya dah terlalu sangat rindu tahap meroyan tu cepat-cepat saya berdoa pada Allah dan cuba berfikir positif.Tapi kan awak,saya ni manusia biasa yang tak lepas dari mengalami perasaan nak sayang kat orang.Bila dah terlebih kasih sayang tu saya suka nyanyi pelamin anganku musnah.Musnah dah ke pelamin saya ni???mungkin dengan awak kita da tak ada apa lagi.Saya pun tak patut terus berharap pada awak lagi sebab awak pernah bagitau serius nak p meminang si dia taun depan...bila dengar-dengar tu saya sedih jugak la tapi saya berbangga bagi pihak awak,awak masih lagi kekalkan ciri-ciri gentle awak tu.Kadang-kadang saya terfikir juga,awak bagi dia bunga macam yang awak pernah bagi pada saya juga ke?Dia pernah tahu coklat apa yang awak suka?,lagu apa yang selalu awak nyanyi?,kalor baju macam mana yang awak selalu pakai?makanan apa yang awak suka?game apa yang awak suka main?atau dia lagi hebat dari saya.Tapi semua tu tak penting kan ...sebab dia boleh belajar tu semua.Tapi saya harap awak akan jaga dia sebaik-sebaiknya.Maapkan saya yea awak.Sekarang ni saya pegang satu jawapan yang pasti,awak mungkin tak layak untuk saya lagi.Mungkin jodoh saya lebih baik diluar sana,bye.

sekian~ayie

Apa yang korang kena tahu??

Picture ni dicelop ketika aku sedang menggodek fb aku baru sekejap tadi.Ayat dia sekali aku baca aku buat derk jer,tapi bila aku scroll naik semula then aku baca untuk kali kedua.Pergh tetiba aku teringat kat seorang mamat ni,kalau dia baca ayat ni mesti memberi kata-kata smangat juang kat dia.Boleh la jadi hujah dia untuk berbahas pasni.



Perempuan kena tahu:

Seorang lelaki yang benar-benar mencintai anda tidak akan membiarkan anda pergi, tidak kira bagaimana sukar keadaan sekalipun.Dan jawapan aku untuk statement diatas tu,lelaki tu mesti tahu dan harus tahu bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan dahulu sebelum memperjuangkan semangat cinta dia tu kepada perempuan tu.Sebabnya kenapa?ok sebabnya dia mungkin akan merana untuk kemudiaan hari nanti apabila cintanya ditolak oleh perempuan itu.Kecuali kalau kedua-duanya fall in love and ada tentangan dari luar contoh family ke,boleh la ikhtiar cara lain untuk selesaikan masalah korang tu,tapi jangan amik jalan mudah.Fikir sebaik-baik jalan penyelesaian ok.Walau macam mana sukar pun sesuatu keadaan tu kalau niat hati korang betul insyaAllah dipermudahkan oleh Nya.Yang pasti aku nak korang lelaki mesti check dahulu status perhubungan korang,halal ke tidak sebelum nak berperang habis habisan demi cinta yang tak tahu bawak kemana lagi.

Lelaki kena tahu:

Seorang wanita yang benar-benar mencintai anda akan memarahi anda untuk banyak perkara,tetapi masih terus menerima anda seadanya walaupun anda telah menyakiti hatinya.Dan jawapan aku untuk statement diatas tu,lelaki tu jangan plak terperasan or ter over untuk membezakan mana satu sayang sebagai kawan or mana satu cinta.Tak bermakna marah=cinta,marah adalah satu subjektif,bagi seorang perempuanmarah boleh jadi sayang,cinta,meluat,menyampah dan benci.Pandai-pandai la korang nak mentafsir marah orang perempuan tu macam mana.Makna penerimaan seadanya tu mungkin wujud dalam diri setiap perempuan tapi walau sebaik mana pun kamu lelaki mahu mengubati sesuatu luka itu kamu mesti ingat parut tu masih ada kerana hatinya pernah sakit dan nak melupakannya  sangat la susah walaupun dia begitu tenang umpama tidak pernah sakit hati ngan korang.

sekian~ayie