Monday, April 22, 2013

ONce

Orang cakap instinct orang perempuan ni lebih kurang tepat,dan aku sendiri pun tak dapat nak buktikan kesahihan pasal hal ini.Mungkin suatu hari nanti ya tapi yang aku dapat katakan disini ialah instinct seorang ibu lagi kuat dari instinct seorang awek kepada pakwenye.Sebab ianya pernah berlaku dalam hidup aku bukan setakat dua or tiga kali tapi banyak kali.

Story 1:
Masa aku duduk kat asrama masa darjah 6 dulu,balik dari mengaji beramai-ramai kami bermain berebut tiang pasai dah tak dak permainan lain yang nak dimainkan pada waktu tu.Tengah duk berebut-rebut tu macam mana tangan ni gatai pergi bergayut kat palang tiang yang kat atas tu.Disebabkan urat dan tulang tangan tak dapat nak menampung berat badan maka satu-satu jari cuba meleraikan dari memegang palang tersebut.Aku jatuh gedebuk!!!!!sakit wooo...jatuh teletang kebelakang,best pulak rasanya.Disebabkan tempat kami main tu dekat sangat dengan surau tempat kami mengaji.Dicampur dengan budak lelaki yang masih lagi ada saki baki tengah mengaji kat situ,aku pom bangun-bangun releks.Buat-buat betulkan urat,dan terus blah dari situ.Bila jauh sikit mula la air mata kuar mengalir laju.Tak kira dah kat kawan perempuan yang duk tanya pasai pa.Then petang tu jugak la,maa abah aku mai melawat aku kat asrama sambil bawak air oren.Maa tanya ok ke ari ni,aku buat-buat biasa jea walaupun sakit tu Tuhan ja tahu.

Story 2:
Time aku darjah 6 jugak la,biasa la kalau budak berada jauh dari family maka segala luck-luck akan semakin menjauh.hehehe..jangan percaya ini semua,karut ok.Nak dijadikan cerita aku turun dari dorm dan kedewan,disebabkan ada member-member yang buat persembahan kat dewan bawah hari tu maka aku turut sama join jadi penonton.Dan disebabkan persembahan dierang terlalu lawak,maka aku terlebih gelak sampai kerusi yang aku duduk tu terangkat dua kaki kat depan dan akhirnya debukkkk kebelakang...pergh teletang lagi...skali ngan kepala-kepala duk baring kat lantai.Mak aih sakit campur ngan malu pun ada ni,tapi aku da tak aboleh tahan aku blah la.Tak kan nak tunggu situ lagi setelah segala tragedi berlaku.Aku jalan naik atas dorm then sapu ubat gamat kat belakang,mau tak senaknya.Terasa macam tulang belakang aku ada lari sikit dari struktur asal dia.Petang tu jugak la maa ak mai ngan abah,berdua.Aku dah tak boleh nak sembunyi lagi aku suruh kawan aku panggil maa aku naek atas.Dan petang tu jugak maa aku mintak kebenaran ngan warden asrama sebab nak bawak balik aku.Then aku balik umah.

Story 3:
Time ni aku taun dua kat universiti,something bad happen masa aku kerja jadi  operator kat kilang kat penang.Because of some worst thing happen and aku plak difitnah masa tu so aku tak boleh nak terima benda tu.And seperti biasa la anak manja la katakan,lagi pom sepanjang hidup tak pernah aku difitnah macam tu skali.Tapi bagus jugak sebab perkara tersebut aku banyak belajar  hal kehidupan dengan lebih kental.Berbalik kepada cerita aku tadi,sepanjang masa air mata kuar sampai la aku balik dari kerja and aku berehat sorang-sorang kat bilik.Rumate aku kena shift malam so dia dah pergi kerja masa aku balik umah.Malam tu lewat jugak la maa aku telefon aku sebab nak tanya khabar.Nak jer aku aku jerit nak balik umah,but disebabkan aku dah berumur 21 tahun and aku mesti tunjukkan bahawa aku bukan anak mak lagi.So diam jea la sampai sekarang..ngeh-ngeh.

Hebat tak ibu-ibu kita,tahu secara otomatik bila masa anak dia susah hati ke senang hati.Tapi jangan sesekali bila susah jea nak cari ibu ok,samada kita senang or susah mesti kena bagitahu ibu bapa kita.Jangan bagi mereka  bimbang tentang kita.Always laporkan keadaan anda samada setiap hari ke,setiap hujung minggu ke.Ok babai...

No comments:

Post a Comment