Monday, April 29, 2013

Just be....

Hi..boleh nak berkenalan dengan awak tak.Owh cukup tak boleh blah dengan ayat tersebut,ayat lama yang orang sekarang da tak pakai dan buang dalam tong sampah.Assalamualaikaum is better 10 times and thousand times compare to "Hi" ok.Awek yang tolong dengar pun boleh sejuk hati sebab mesti dia cakap mamat ni tahu agama jugak sikit-sikit.Reti pulak bagi salam walaupun niat sebenar nak berkenalan.Orang perempuan ni walau macam mana pun pilihan lelaki dalam hidup dia mesti nak yang beriman dan boleh bimbing dia menjadi solehah.So bagi lelaki haruslah dan wajib menjadi tanggungjawab anda untuk membimbing isteri anda agar sama-sama dapat masuk syurga dan menjadi pasangan bahagia di syurga nanti,tapi jangan pulak jadi terbalik,anda selaku ketua keluarga harus memikul tanggungjawab dalam menjadi contoh dan teladan kepada ahli keluarga anda yang tersayang.

But,tapi ada sebabnya juga.Jika dahulu,zaman bujang-bujang kita la kan,punya la gangster dan jahilnya diri ini  tapi ada terdetik niat dihati untuk berubah kearah kebaikan.Maka,kita harus berubah,sebab tak rugi pun jadi baik ni.Semua kita dapat,Allah sayang kita,malaikat sayang kita,masyarakat sayang kita,mak bapak sayang kita,keluarga sayang kita,cikgu sayang kita,kawan-kawan sayang kita,haiwan pun sayang kita.Silap-silap hari bulan musuh kitaa pun boleh sayang kita,aminnn...Tapi bila kita nak berubah jadi baik tu haruslah jangan sebab sesiapa,ikhlas kerana Allah dan kita menyesali segala kejahatan yang pernah kita buat dahulu.Sebab utama aku cakap macam tu sebab tak nak kamu semua berubah jadi jahat balik bila ianya bersebab,dan kamu kecewa atas sesuatu yang menimpa kamu.

Kamu masih jadi diri kamu lagi kalau berubah kepada kebaikan pun,bukan nya bertukar jadi wawa zainal ke?nora danish ke?izzue islam ke?unless kamu buat operate muka dan seluruh badan kamu jadi sebijik macam mereka.Fizikal jea la.Apa yang nak aku katakan pada entry kali ni ialah just be ursefl ok.If u want to change or berhijrah kepada kebaikan ok good,aku setuju tapi tak perlu sebab orang ke?sebab benda ke?but mesti sebab Allah.When some  gurl ask her pakwe/boy to be someone yang beriman it's good.But  for boy/pakwe must have the intention to change not because of his gurl but because of he must to change to be a better person to guide she when they are married and want live happy together.

Haha..actually this thing is happen to me,thats why aku emo memanjang jer.Of cos la as a girl, i need someone that i believe he be able guide me when we live together as husband and wife.Disebabkan hidup aku yang terumbang ambing ni,maka sangat la memerlukan kriteria tersebut di full fillkan oleh Mr.Right.And because of that i ask him to wait for me.Bukan suruh tunggu sebab nak berubah sesama ok.Tunggu aku bersedia nak jadi bini dia nanti.


So aku mintak la Mr.Right sorang ni pergi dalami ilmu-ilmu agama biar penuh didada.Kadang-kadang tu bila dia dah terover dan lupa akhirat ada la aku cuba tegur-tegur sikit.But aku kan,sepatutnya dia mesti la yang patut tahu dan pandai dari segi agama lebih dari aku.Ni jadi macam terbalik pulak dah.Sampai satu tahap aku rasa macam dia ni betul ke jodoh aku??Aku konfius sendiri,tapi pernah juga aku try slow talk tengok macam mana.Dia kata ok go on and continue,so aku bagi syarat kalau dia sanggup tunggu aku sambil mendalami ilmu agama lagi aku cakap ok.Lama punya lama aku  tengok dia berubah la jugak.Tak berapa nak sosial dengan orang lagi dah,tapi aku takut juga takut dia berubah semata-mata sebab aku.Parah jugak tu.

Jadi kami still lagi tak berhubung sampai sekarang,cuma memegang janji untuk tunggu bila betul-betul bersedia.Memang best kalau bercinta lepas nikah ni.



Haha...jadi aku nasihatkan kepada orang yang sudi membaca blog aku ni agar simpan rasa cinta korang-korang tu dalam hati.Kalau dah kemaruk sangat rindu tu just share dengan Allah. Amik air semayang pastu doa banyak-banyak kat tikar sejadah.Betulkan niat kita yang sebenar.


Kalau aku boleh buat kenapa kamu-kamu semua tak boleh kan.Dalam hidup kita kena juga tegas dalam sesuatu hal yang kita rasa ianya bagus dan baik untuk agama.Jika kita kalah dan kecewa,mesti berprasangka baik dalam segala hal.Allah tak kan menimpakan ujian kepada hambanya kalau hambanya tak mampu untuk memikul.Jadi diri kita sediri,keep our originality inside.


Kalau kita nak sesuatu yang mahal tu mesti la berusaha,mana bleh dapat free.Jadi la yang mahal sebab ianya berharga  dan bernilai.Tak hot tak pe asal kita indah sebab  kat neraka tu hot dan kat syurga tu indah-indah belaka.

Sunday, April 28, 2013

Payah aihhhh

Ok jam laptop menunjukkan angka 4.15 a.m dan aku masih lagi belum tidur,lampu bilik sudah aku biarkan bergelap sedari pukul 4 a.m tadi lagi.Jadi aku sedang menaip dalam keadaan gelap,sambil meneka-neka dimana butang-butang huruf.Bunyi yang tadi senyap-senyap tiba-tiba riuh rendah dek kerana masalah yang dipanggil lapar.Jus pancreas aku sedang merembeskan asid apa ntah aku da lupa.Cacing-cacing sedang berenang-renang ketepian bersama-sama air susu yang aku bancuh pukul 2 a.m.tadi.Arghhh begitu seronok mereka bermaharajalela dalam perut aku tanpa meminta keizinan aku terlebih dahulu.Ini negara demokrasi,kau nak duduk free memang tak dapat la.Lalu aku telan air mineral dengan rakusnya..gluppppp..gluppppp dan glupppp.Aishhhh...final year project aku masih jugak belum jalan-jalan,sudah sekian lama begitu. Aku pun tak dapat mencari dimana patut aku menyambung kerja itu.Kepala-kepala,kesian kat kau sebab kena bersabar dengan badan dan mata.Lalu aku membuka plastik kacang gajus,krekkkk...krekkk bunyi plastik tu,lalu aku hulurkan tangan masuk dan mengambil dua tiga biji lalu aku kunyah dengan slownya.. emmm...emmmm....emmm....disebabkan gigi bongsu aku yang mula mengorek-ngorek permukaan gusi aku,jadi aku memperlahankan kunyahan bagi memberi laluan kepada gigi untuk tumbuh dengan cepat.Tadi laptop aku hang dan aku tidak dapat meneruskan simulation aku disebabkan file corrupted.Baru aku ingat,aku berasa rajin benar hari ini hendak membuang virus berjenama antarabangsa dalam laptop aku.Akibatnya aku terbuang sekali software project aku.Lalu aku bertenang dan menginstal kembali software tu,nasib aku agak baik sebab design aku masih tersimpan rapi dalam fail tersebut.Tak sia-sia aku memilih kau sebagai software yang aku mahu pakai dalam project akhir ni.Tetiba aku teringat gwiyomi,lalu aku buat.Tapi dalam gelap,sebab tu tak nampak.


Lepas dah selesai aku sambung tido aku...krohhh..krohhh nite

Friday, April 26, 2013

Our mother

Cuba try layan video ni sekejap,alah bukan lama sangat pun.Dalam 3 minute lebih jea.


Aku bukan nak cakap tapi kalau tersentuh or termasuk topik bab-bab parents ni mudah jer hati terasa sayu pilu.Hati mula nak rasa sensitive semacam walaupun bukan masa datang bulan pun masa tu.Mungkin Allah dah tetapkan hati untuk selalu mengingati kedua ibu ayah.Bila masa aku jumpa video ni masa dalam wall facebook tadi aku berasa tertarik dan ingin berkongsi dengan sesiapa sahajayang bukak entry untuk kali ni.Please,please,please and please la,tolong hargai kedua ibu bapa anda dirumah,ditempat kerja,dikedai atau dimana-mana sahaja mereka berada.Bagi yang sudah kehilangan mereka,anda masih lagi boleh berbakti kepada mereka.Jadi anak yang baik,yang tak tinggal solat,yang selalu menjaga maruah tatasusila sendiri. Sedekahkan bacaan Al-Quran kepada meraka dan selalu mendoakan kesejahteraan mereka disana.Dan bagi mereka yang masih mempunya ibu bapa disamping mereka,aku mintak tolong, tolong dan tolong sayangi ibu bapa anda seadanya. Anda masih lagi diberi peluang untuk bersama dengan mereka walaupun kita tidak tahu berapa lama masa lagi yang kita ada untuk bergembira bersama dan meluangkan masa bersama.Tak perlu nak ambik port kalau orang cakap ibu bapa kita tak setanding sesiapa pun,sebab hanya kita jea yang tahu siapa mereka ketika bersama kita susah senang,jatuh bangun,sakit demam.Mengapa kita perlu mengambil kira  hati orang lain sedangkan  manusia yang selayaknya kita jaga hati adalah kedua ibu bapa kita.Aku berasa hairan dengan kes anak bakar emak,anak bunuh emak.Aku tak mahu mengeji tetapi cukup la aku mengambil iktibar dari setiap kejadian aneh yang sedang berlaku disekeliling.

Pernah,cuti second time aku balik rumah kat kampung.But before tu aku kena datang seminggu ke universiti disebabkan ada kuliah untuk minggu tersebut.Dalam tempoh seminggu berada  di kediaman rasmi selaku masih bergelar student ni aku selalu tak boleh nak lelapkan mata.Until 4 a.m then aku baru dapat tido.Every night,until i call my mum and ask her.Why i become like that.Then my mum ask me back wether i go anywhere with my friend.Then i answer her,no.Tak jalan mana pun,pegi class then balik class.Tapi lupa pulak aku nak cakap yang sebelum tu aku selalu lenguh kaki kanan,ok kaki kanan sahaja disitu.So kalau nak cakap aku kuat berjalan ke mesti la kedua kaki lenguh sebab aku jalan menggunakan kedua-dua belah kaki ok.Then selapas aku cerita perihal tersebut maka mak aku buat donno la.Aku ingat semua berakhir kat situ,tapi tidak.

Rupa-rupanya dalam senyap-senyap dia pergi mintak air tawar dekat rumah ustaz pasal masalah lenguh kaki aku ni.Aku dapat tahu bila akuda sampai kat rumah petang tu.Ma tiba-tiba datang dekat masa aku sedang melayan tv.Dia tanya semalam tido pukul berapa ,dapat tido tak,lenguh kaki lagi tak,nak ma urut tak,sakit lenguh macam mana.Sampai aku tenganga sendiri.Mak aih,ma ingat lagi.Aku yang duk lenguh tiap-tiap malam ni pun boleh lupa sakit sendiri inikan pulak ma tolong ingatkan.Then untuk menyedapkan hati ma,aku tipu sunat.Aku cakap la dah tak lenguh dan boleh tido macam biasa.Bila tengok air muka dia,aku boleh letak keyakinan bahawa dia sangat tak percaya aku 100%.Bila masuk hari kedua dia dah suruh aku mengurut,then aku ikut jea la walaupun  memang aku  dah lama giler tak mengurut ni since aku berumur 12 tahun sampai sekarang 23 tahun.Mak aih geli pun ada bila tersentuh dekat urat tu,bila da mengurut tu mesti la baik sikit.Tapi cuma bertahan sampai hari keempat sahaja,masuk hari kelima rasa da jem balik.

Aku da tak boleh nak berjalan dengan betul,kena pegang mana-mana yang patut kalau tak mau tumbang rebah jatuh tersungkur.But infront of my mum ,aku jadi natural balik.Tuhan jea la tahu betapa perit aku tahan jalan yang terkepit-kepit tu.Malam tu pulak,ma aku dapat tahu yang aku tak dapat tido,then dia jadi risau balik.Bila dia tanya aku da tak boleh nak tipu sebab cuti sema aku dah nak habis,nak tak nak aku kena bagitau hal yangsebenarnya.Then mak aku nekad nak urut aku malam tu,bila dia sentuh ja urat dia tanya aku ada jatuh mana-mana tak???Then aku cakap tak,then dia cakap sembunyi la lagi dari dia,sana nanti sakit sorang-sorang.Then bila aku ingat-ingat balik memang tak pun,last aku tebalik moto tapi tu masa tahun dua kat unimap.Harri-hari mak aku urut sampai la malam aku nak pergi bertolak balik perlis.Dia siap bagi minyak urut lagi kat aku suruh urut sendiri kalau lenguh lagi.Second day aku da start kuliah ma tefon,dia tanya da berapa lama aku pergi.Then aku cakap la,baru dua hari.Then dia cakap rindu la pulak since anak sedara aku yang kecik tu dah balik sungai petani,jadi tinggal la dia berdua bersama abah aku.Dia tanya kaki ok tak,urut jangan tak urut,the aku balas,yea mak sekarang tak lenguh dah.Nanti bila lenguh urut ok.

Tengok,hebat tak mak-mak kita.Cuba ingat balik,pernah tak kita tanya pasal kesihatan mak kita or bila kali terakhir kita tanya dia dah makan ubat ke?dah sihat ker?demam ker?kenapa suara lain sebab selsema ker?or kuantiti ubat dia semakin bertambah or berkurang ker?Pernah??see..you ask yourself la why you become like this.Anyway aku blah dulu sebab malam pun dah larut,esok aku kena hadap final year project lagi,mata pun dah naik lingkaran gelap kedua.Sari kata last dari aku,just be yoursefl dan jadi baik-baik untuk kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

Monday, April 22, 2013

ONce

Orang cakap instinct orang perempuan ni lebih kurang tepat,dan aku sendiri pun tak dapat nak buktikan kesahihan pasal hal ini.Mungkin suatu hari nanti ya tapi yang aku dapat katakan disini ialah instinct seorang ibu lagi kuat dari instinct seorang awek kepada pakwenye.Sebab ianya pernah berlaku dalam hidup aku bukan setakat dua or tiga kali tapi banyak kali.

Story 1:
Masa aku duduk kat asrama masa darjah 6 dulu,balik dari mengaji beramai-ramai kami bermain berebut tiang pasai dah tak dak permainan lain yang nak dimainkan pada waktu tu.Tengah duk berebut-rebut tu macam mana tangan ni gatai pergi bergayut kat palang tiang yang kat atas tu.Disebabkan urat dan tulang tangan tak dapat nak menampung berat badan maka satu-satu jari cuba meleraikan dari memegang palang tersebut.Aku jatuh gedebuk!!!!!sakit wooo...jatuh teletang kebelakang,best pulak rasanya.Disebabkan tempat kami main tu dekat sangat dengan surau tempat kami mengaji.Dicampur dengan budak lelaki yang masih lagi ada saki baki tengah mengaji kat situ,aku pom bangun-bangun releks.Buat-buat betulkan urat,dan terus blah dari situ.Bila jauh sikit mula la air mata kuar mengalir laju.Tak kira dah kat kawan perempuan yang duk tanya pasai pa.Then petang tu jugak la,maa abah aku mai melawat aku kat asrama sambil bawak air oren.Maa tanya ok ke ari ni,aku buat-buat biasa jea walaupun sakit tu Tuhan ja tahu.

Story 2:
Time aku darjah 6 jugak la,biasa la kalau budak berada jauh dari family maka segala luck-luck akan semakin menjauh.hehehe..jangan percaya ini semua,karut ok.Nak dijadikan cerita aku turun dari dorm dan kedewan,disebabkan ada member-member yang buat persembahan kat dewan bawah hari tu maka aku turut sama join jadi penonton.Dan disebabkan persembahan dierang terlalu lawak,maka aku terlebih gelak sampai kerusi yang aku duduk tu terangkat dua kaki kat depan dan akhirnya debukkkk kebelakang...pergh teletang lagi...skali ngan kepala-kepala duk baring kat lantai.Mak aih sakit campur ngan malu pun ada ni,tapi aku da tak aboleh tahan aku blah la.Tak kan nak tunggu situ lagi setelah segala tragedi berlaku.Aku jalan naik atas dorm then sapu ubat gamat kat belakang,mau tak senaknya.Terasa macam tulang belakang aku ada lari sikit dari struktur asal dia.Petang tu jugak la maa ak mai ngan abah,berdua.Aku dah tak boleh nak sembunyi lagi aku suruh kawan aku panggil maa aku naek atas.Dan petang tu jugak maa aku mintak kebenaran ngan warden asrama sebab nak bawak balik aku.Then aku balik umah.

Story 3:
Time ni aku taun dua kat universiti,something bad happen masa aku kerja jadi  operator kat kilang kat penang.Because of some worst thing happen and aku plak difitnah masa tu so aku tak boleh nak terima benda tu.And seperti biasa la anak manja la katakan,lagi pom sepanjang hidup tak pernah aku difitnah macam tu skali.Tapi bagus jugak sebab perkara tersebut aku banyak belajar  hal kehidupan dengan lebih kental.Berbalik kepada cerita aku tadi,sepanjang masa air mata kuar sampai la aku balik dari kerja and aku berehat sorang-sorang kat bilik.Rumate aku kena shift malam so dia dah pergi kerja masa aku balik umah.Malam tu lewat jugak la maa aku telefon aku sebab nak tanya khabar.Nak jer aku aku jerit nak balik umah,but disebabkan aku dah berumur 21 tahun and aku mesti tunjukkan bahawa aku bukan anak mak lagi.So diam jea la sampai sekarang..ngeh-ngeh.

Hebat tak ibu-ibu kita,tahu secara otomatik bila masa anak dia susah hati ke senang hati.Tapi jangan sesekali bila susah jea nak cari ibu ok,samada kita senang or susah mesti kena bagitahu ibu bapa kita.Jangan bagi mereka  bimbang tentang kita.Always laporkan keadaan anda samada setiap hari ke,setiap hujung minggu ke.Ok babai...

Saturday, April 20, 2013

Another Day

Today was a second day aku tidur lambat,selain melayan video artis serta membuang masa dengan memperabiskan WGM tapi tak sempat habis pun lagi.Meluat eh kalau tengok lama-lama dalam setu hari.Tak pe,simpan la untuk hujung minggu ni pulak,takut tak ada cerita nak melayan la plak.Sepanjang hari tiada apa yang menarik selain sekali lagi aku bangun lambat.Dan oleh kerana itu maka maggi dengan air susu  la jadi sarapan pagi dan tengah hari aku hari ni.Tapi walaubagaimana pun  aku tetap bersyukur sebab dikurniakan rezeki walaupun hanya sebungkus maggi ayam.

Selepas habis melantak maggi aku sambung bukak balik journal dan cuba meluaskan kembali fikiran aku yang sejak semalam lagi kusut masai.Pelan-pelan aku search resonant frequency,density of water,air and steel.Selepas aku puas hati dengan semua info yang aku dapat aku cuba cari-cari kalkulator aku yang hilang entah disorok kat mana.Aku kira-kira dan kira lagi,peluh betina sedang merayap keluar dari lubang-lubang pori.Aku tak suka,tapi aku biarkan.Muka mula menampakkan tegang,jangan sesiapa tegur aku waktu tu.Event nyamuk yang lalu depan muka pun tak nak mai hisap darah.Sampai aku pun tak sanggup nak tengok muka sendiri,aissshhhh cepat tua aku macam ni.Berkata aku dalam hati...lalu aku sumbat telinga dengan earphone dan bukak volume 100.Terasa seperti cecair mau mengalir keluar dari telinga maka aku bangun pergi amik cottonbud dan melakukan apa yang patut.Wah...lega rasa ,lalu aku turunkan volume kepada 70,lebih clear rasanya dari yang tadi.

Dalam tengah leka berkira-kira kepala aku sudah berputar seperti tidur atas lantai lebih better dari tidur atas tilam.Pergh betapa penat otak aku memikirkan formula ni.Otak ligat mencari sesuatu untuk menghilangkan ketegangan muka yang ketat,lalu kaki aku berjalan keluar dari bilik.Aku tarik laci meja dan aku capai sebungkus sumi lalu aku bawa kebilik dan aku perabiskan.Sampai ke sumi terakhir mulut dah tak boleh nak terima.Lalu aku stop dan aku bawak bahan-bahan design aku ke atas katil pulak.And aku tak continue calculation pom,mungkin akan disambung pada pukul 6 a.m nanti.Dan sekarang berkira-kira mahu buat lab system on chip.

Dengan akhir kata,tiada kata-kata yang mampu diucapkan selain Alhamdulillah....   

Friday, April 19, 2013

Penangan Mocha

Aku bangun lambat hari ni,entah lah kenapa sejak dua tiga hari ni asyik buat tahi mata dalam bilik.Owh tidak,sebenarnya disebabkan aku telah terbeli mocha dari kedai Hi-Tea yang baru dibuka di kuala perlis baru-baru ni.Oleh sebab power mocha tu telah menyebabkan aku tidak dapat tido selama dua hari dan bagi menstabilkan kehidupan normal aku maka terpaksa la aku sambung buat tahi mata balik.

Sesudah bangun tadi tengah hari maka aku berjalan bersama kawan yang telah sekian lama bangun awai sejak pagi tadi pergi ke kafe bagi membeli apa yang patut untuk di isi kedalam perut.Tapi sayang,makanan yang tinggal hanya secebis yang tidak berapa nak sisa.Selepas mengaut kuah-kuah yang berbaki kami berjalan pulang dan makan terus sebab lapar.Disebabkan kecederaan yang aku rasa semasa cuti semester dekat rumah aku nekad untuk telan susu tiap-tiap hari.!!!!!!bermula hari ini.Jadi aku biarkan kawan-kawan aku menjamah makana mereka terlebih dahulu sementara menunggu aku buat minuman susu.

Bila sudah makan kami mula buat kerja masing-masing,dan seperti biasa aku akan bukak email dan periksa inbox baru.Bila sudah terlampau kenyang ni mata mintak ditutupkan ,otak mula mencari alasan bagi menyokong tindakan mata.Tangan sibuk-sibuk menolak ketepi segala benda yang bersepah atas katil bagi memberi laluan kepada badan dan kepala untuk baring pada keadaan yang selesa.Akhir sekali aku mata aku pejam,sedar-sedar bila masa kawan aku masuk bilik sebab nak kutip duit beli baju running man.Habis urusan jual beli aku sambung tido lagi,tapi sebelum tido aku sempat melantak keropok lekor yang kawan kasi.Tanpa sempat mengunyah sampai habis aku lena lagi sampai kepetang.Bila-bila sedar terasa macam mulut termuncung kedepan,rupa-rupanya keropok ada lagi tinggal separuh kat gigi depan.

Lalu aku habiskan sisa makanan tersebut dan terus kebilik air.Sesudah magrib kami berjalan keluar lagi mencari sedikit makanan buat alas perut.Sepanjang perjalanan aku hanya berdiam diri bagi menstabilkan hidup paranormal aku.Seharian tidur mana tak bengong.Disebabkan slera aku makin kurang nak makan nasi,jadi aku mintak bihun tomyam.Selepas mengisi perut kami pulang membawa perut masing-masing.Sesampai jea dirumah cerita "sebenarnya dia isteri saya" baru nak start tayang.Tapi aku buat biasa,sebab nak tunggu member serumah tolong downloadkan.

Aku pergi menunaikan tanggungjawab sebagai manusia dulu,bakul kain yang dah penuh aku angkat pergi mesin.Cukup sejam aku pergi ambik sidai.Bila selesai semua aku tekad untuk untukbuat simulation untuk final year project aku.Dan seperti biasa untuk memulakan sesuatu kerja mesti liat.Akhirnya pukul 12 aku mula mencari-cari balik journal dan tutorial simulation.Bila simulation aku tersangkut,aku cuba selesaikan sendiri tanpa merujuk pada tutorial.Dan bila dah semakin menemui jalan buntu,aku pasrah dan redha.So secara sendirinya tangan bergerak mencari mouse dan jari menekan close pada screen laptop.

Aku cuba mencari secara simulation secara teori tapi segalanya hampeh bila aku tak tahu nak start dari mana.Terlalu banyak perkara aku kena selesaikan.Sampai tahap,aku terbuka video gwiyomi.Layan~~~ sampai buku-buku semua tolak tepi.Ditambah pula dengan internet yang semakin laju kemuncak,aku sedaya upaya mendownload segala cerita yang dirasakan berbaloi untuk disimpan dalam D.

Dan sampai sekarang aku menunggu jam 4.00 a.m untuk menyambung kembali kerja yang tertunggak dari pukul 2a.m tadi.